43

1.3K 198 45
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Woi, Jisoo!!" Taehyung mengetuk pintu bilik dengan kuat.

Dia tak puas hati lagi dengan jawapan yang Jisoo bagi tu.

"Apa?!" Soal Jisoo bengang, kacau je orang je nak tidur.

"Macam mana kau boleh balik ke sini? Jujur jelah!!"

"Lain kali boleh? Aku nak tidur. Esok sekolah" Jisoo menguap perlahan, dia betul-betul mahu tidur sekarang.

"Ouh esok sekolah ek? Tapi esok aku cuti" kata Taehyung polos.

"Memang la esok kau cuti takkan esok nak pergi sekolah tayang kepala kau yang masih berbalut tu, kau ni pun" Jisoo menggelengkan kepala dengan malas lalu masuk semula ke dalam bilik.

Meninggalkan Taehyung yang masih termangu di depan biliknya.

+++

Jisoo POV

Keesokan harinya, jam loceng mula berdering meminta aku bangun dari lena aku tapi aku malas la nak bangun.

"Woi bangun!!" Aku merengus geram, pagi-pagi ni perlu ke dia nak sibuk kejutkan aku? Tahu la aku nak bangun sendiri.

"Aku dah bangun la!! Blah ah kau!" Jerit aku, rasa nak sepak pun ada. Dah tahu kepala tu cedera buat la cara cedera.

"Hah ok!! Aku nak sambung tidur bye!!"

Aku bangun dari baringan, tch baru pukul 7 pagi lek-lek sudah la. Aku mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Nasib baik aku dah iron baju siap-siap takde la kelam kabut nanti hehe.

Usai sahaja aku membersihkan diri dan pakai baju seluar dengan sikat rambut siap letak minyak wangi, aku keluar dari bilik sambil menggalas beg aku turun ke bawah.

"Morning omma! Appa!" Sapa aku ramah lalu duduk di kerusi untuk sarapan.

Omma dengan appa dah pandang aku pelik.

"Kenapa pandang Jisoo macam tu? Ada benda kat muka Jisoo atau Jisoo pakai baju terbalik?" Soal aku hairan, lagi hairan apabila omma tiba-tiba peluk lepastu menangis.

"Kenapa omma menangis ni?" Soal aku lagi tapi bernada risau.

"Ni Jisoo ke?" Omma memegang muka aku dengan tak percaya.

"Iyelah ni Jisoo takkan jebon pula kan?" Gurau aku untuk menceriakan suasana yang tiba-tiba suram.

Baru aku perasan, bukan ke lagi dua hari omma dengan appa balik? Ni kenapa ada kat rumah ni?

"Awalnya omma dengan appa balik" kata aku.

"Memang la awal dah ada orang kena culik takkan la kami masih lagi menetap kat negara orang kan" sindir appa. Aku pula hanya mampu tersengih kena sindir macam tu.

Patutlah omma peluk aku siap menangis bagai, diorang dah tahu aku kena culik. Ni mesti Seungcheol yang bagitahu. Tahu mengadu kat orang je mamat unta ni.

"Macam mana kamu boleh larikan diri? Dan bila kamu sampai? Tak bagitau omma dengan appa pun" omma mengusap kepala aku manakala aku hanya makan roti sambil memandang omma.

"Kawan Jisoo selamatkan Jisoo lepastu dia hantar Jisoo semalam" jawab aku.

"Kawan Jisoo yang Seungcheol tu ke?" Soal appa.

"Bukan, kawan Jisoo kat LA" kata aku dan menghirup susu suam.

"Patutlah Taehyung beria-ia pergi ke bilik kamu rupanya dia dah tahu kamu dah balik" ujar omma seram, seperti marah dengan Taehyung.

Padan muka kau Taehyung. Tak bagitau omma lagi rasakan huahahahahaha.

Habislah kau huehehehe (─‿─)

"Jisoo dah habis makan? Jom appa hantarkan kamu" appa mula bangun dari duduknya, dengan sekali nganga aku menyumbat roti yang tinggal separuh lalu mencium omma.

"Bye omma!!"

"Bertuah punya budak, habis berbekas jem kat pipi aku" omma menggelengkan kepalanya perlahan.

Usai sahaja aku pakai kasut. Aku terus meluru masuk ke dalam kereta appa.

"Aik appa, driver mana?" Aku menutup pintu selepas aku dah selamat duduk kat sebelah appa.

"Dia balik kampung jadi appa la yang kena pandu sendiri huehehe" ujar appa dengan gelaknya yang agak teruk itu.

"Nasib baik kamu dah balik kalau tak hari ni omma dengan appa buat laporan polis" sambung appa lalu menghidupkan enjin kereta.

Kereta mula bergerak keluar dari perkarangan rumah.

"Jisoo pun terkejut juga sebab kawan Jisoo tiba-tiba selamatkan Jisoo" cerita aku lalu melihat pemandangan di luar tingkap.

Tiba-tiba aku ternampak kelibat Junmin yang memakai uniform sekolah sedang berjalan seorang diri sambil menggalas beg.

"Appa berhentikan kerja kejap!!" Appa terus memberhentikan keretanya lalu aku keluar dari perut kereta mencari Junmin.

"Junmin?" Aku mula melihat sekeliling, tapi dia tiada di situ macam dah lesap.

"Mana pula dia ni? Tadi ada je dia berjalan kat situ" aku menghampiri tempat di mana kali terakhir aku nampak dia tadi.

Ada sekeping gambar di atas jalan itu, aku mengambilnya dan lihat. Memang tak salah lagi mata aku ni, dia ada je lalu tadi.

Aku menyimpan gambar itu lalu masuk ke dalam kereta appa semula.

"Cari siapa?" Soal appa pada aku.

"Kawan tapi dah lesap, dia jadi ninja kot" aku berseloroh, cuba untuk happy.

"Hmm ok, pergi makan ubat cepat kejap lagi nak sampai sekolah" appa kembali menghidupkan enjin kereta. Kereta mula bergerak dan aku hanya pandang di luar dengan pandangan kosong.

"Makan ubat Jisoo nanti terlupa" aku tersentak, eish appa ni buat terkejut je.

"Hmm ok" aku mengambil ubat di dalam poket seluar aku dan botol air.

Dua pil aku masukkan di dalam mulut, dengan sekali teguk aku menelannya berserta air.

Aku mengeluh perlahan, ada lagi dua haish dah la pahit.

Perasan dengan riak muka aku yang keruh macam air teh tarik, appa mengusap kepala aku lembut.

"Ini untuk kebaikan Jisoo juga" kata appa cuba untuk menyedapkan hati aku.

Aku mengangguk faham. Nak tak nak kena la juga makan ubat ni hiks.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now