34

1.3K 221 41
                                    

"Taehyung, jaga Jisoo elok-elok appa dengan omma letakkan kepercayaan kat kamu" pesan Tn.Kim lalu mengusap bahu Taehyung.

'Buat apa nak jaga dia -,- dia boleh jaga diri sendiri la' bisik hati Taehyung.

"Ok appa" Taehyung senyum palsu bagi melegakan sikit rasa risau di hati Tn.Kim.

"Jisoo jaga diri dan jaga kesihatan jangan sakit lagi ok?" Pn.Kim mengusap rambut Jisoo lembut.

"Ok omma pun jaga diri elok-elok" kata Jisoo.

Pn.Kim mengangguk lalu menghampiri anak tunggalnya yang sudah muncung bibir sedepa setengah suku.

"Ommaaaaa kenapa tinggalkan Taehyung dengan Jisoo tu??" Rengek Taehyung manja.

"Tak suka ke tinggal dengan Jisoo? Bukan korang rapat ke?" Pn.Kim mengerutkan dahinya.

"Janggal la kalau tinggal berdua nanti kena tangkap kering macam mana?!" Pn.Kim mengetuk kepala Taehyung.

"Apa yang kamu merepek ni?! Tangkap kering pula masuk!! Takdenya la korang kan lelaki nafsu masing-masing normal kan?!" Pn.Kim mencekak pinggang.

"Nafsu Taehyung memang normal tapi Jisoo tuuuuu tak dapat dikenal pasti lagi" Taehyung mengusap kepalanya yang pedih kerana diketuk oleh Pn.Kim.

"Dia normal la otak kamu je yang tak normal fikir macam-macam" Pn.Kim menggelengkan kepalanya.

"Hehe"

"Dah la omma dah lambat ni! Yeobo!! Cepatlah apa benda yang awak borak dengan Jisoo lama sangat tu?!" Pn.Kim memandang Tn.Kim yang sibuk berborak dengan Jisoo.

"Yelah otw la ni Jisoo jaga diri tu lepastu ingat pesan appa tadi" Tn.Kim menepuk bahu Jisoo lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Bye Jisoo! Bye Taehyung! Nanti omma dengan appa balik secepat yang mungkin!!" Pn.Kim memeluk Taehyung dan Jisoo lalu masuk ke dalam perut kereta.

Taehyung dan Jisoo melihat kereta itu yang sudah keluar dari perkarangan rumah banglo dan semakin menghilang.

Suasana janggal mula datang.

"Jadi..." Taehyung memandang Jisoo.

"Aku nak masuk bilik nak rehat" kata Jisoo lalu masuk ke rumah.

"Aku keluar tau!!" Jerit Taehyung.

"Ok" Jisoo menggangguk dan melihat Taehyung yang sudah keluar dari rumah.

Akhirnya dia berseorangan di rumah banglo yang besar.

Jisoo duduk di sofa tak jadi ingin masuk ke bilik.

Jisoo mengeluh kecil, pesanan Tn.Kim sebelum bertolak tadi masih terngiang di ingatannya.

"Jisoo-ah... appa nak minta sesuatu dari kamu. Tak susah pun benda ni" Tn.Kim merenung Jisoo sedalamnya.

"Appa nak minta apa? Kalau benda tu Jisoo boleh buat Jisoo akan cuba" kata Jisoo.

"Buat rawatan kemoterapi(?)" Jisoo terdiam sejenak.

"A-appa"

"Appa tak minta pun kamu buat rawatan kat LA buat kat sini pun dah cukup" Jisoo menggaru kepalanya.

"Bukan Jisoo tak nak tapi doktor dah kata kan Jisoo takde harapan" Tn.Kim mengeluh kecil.

"Ada satu lagi harapan Jisoo. Buat pembedahan" Jisoo tercengang.

"Tapi app—

"Takde tapi-tapi Jisoo, belum cuba belum tahu jadi Jisoo nak tak?" Soal Tn.Kim.

"Tengoklah nanti"

"Takde tengoklah nanti Jisoo... kamu fikir nyawa kamu tu apa? Bila-bila masa Jisoo bila-bila masa je nyawa kamu boleh melayang" kata Tn.Kim tegas.

"Sekarang ni yang tahu kamu sakit appa, appa kandung kamu dengan kawan baik kamu" Jisoo memandang Tn.Kim terkejut.

"K-kawan?"

"Ye kawan kamu yang ada kat hospital hari tu dia pun tahu jadi tolong ingat orang lain juga Jisoo... ramai sayangkan kamu" Tn.Kim tersenyum kecil.

"Yeobo!! Cepatlah apa yang awak borak dengan Jisoo lama sangat tu?!"

"Yelah otw la ni Jisoo jaga diri lepastu ingat pesan appa tadi" Jisoo mengangguk lemah.

Tiba-tiba Jisoo bangun dari duduknya. Dia teringat seseorang yang appanya kata tadi. Lagi seorang yang tahu apa yang jadi padanya.

"Seungcheol!!!"

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now