52

1K 157 63
                                    

Jisoo POV

Aku memandang pemandangan Seoul di luar tingkap, bosan duduk kat wad ni semua dah balik hmmm.

Tiba-tiba aku dapat satu panggilan dari Taehyung, oh reti pula nak call orang tapi tak reti nak balik tau tak omma dengan appa risau! Ish dengan geramnya aku mengangkat call itu.

"Apa kau nak? Dah la tak reti balik rumah buat maksiat kat rumah Jimin ek? Omma dengan appa risau tau" bebelku padanya, imagine mesti dia tengah tutup telinga dia tu hoho.

//aku nak jumpa dengan kau, kat taman depan rumah kita tu//

Katanya dingin, itu membuatkan aku dah seram sejuk dah la tak jawab soalan aku tadi.

"O-ok" dia terus end call, kuanghajor betul.

"Dah kenapa dengan dia ni?"

Malas memikirkan perangai tak semegah Taehyung, aku terus bersiap dengan hanya memakai jeans and hoodie hitam.

Sepatutnya aku tak boleh keluar tanpa keizinan doktor hmm takpe la sekali sekala aku jadi nakal sikit lagipun aku dah tak lama.

Dipandang cermin di depanku, aku mengeluh macam mana nak sorok muka pucat aku ni? Ahh lantak la!

Aku menutup kepalaku dengan hoodie lalu keluar dengan senyap, cantik takde nurse lalu.

"Seludup, seludup, seludup hekhek"

Selepas beberapa cabaran yang aku harungi untuk keluar dari hospital jahanam ni akhirnya aku sudah berdiri di depan hospital.

"Yeahhh akhirnya Hong Jisoo bebas dari penjara ubat-ubatan!!!" Jeritku, orang yang lalu lalang terus pandang aku pelik.

Aku hanya membuat tak tau lalu pergi ke lokasi yang baru sahaja Taehyung hantar.

+++

Author POV

Taehyung memandang gelongsor yang berada di depannya, ye dia hantar lokasi kat Jisoo di taman permainan tempat dia pernah bertemu Joshua.

"Nak apa jumpa aku? Dengan dah nak senja ni? Dah la tidur rumah orang tak bagitau mak bapak kau" Taehyung tersentak apabila Jisoo sudah berada disebelahnya dengan muka agak pucat.

Mahu bertanya tentang keadaan lelaki itu tapi dia rasa lebih baik diam sahaja.

"Diam la.. sekarang aku nak kau mengaku! Betul ke kau ni Joshua kawan lama aku tu?" Jisoo terpana seketika, apa ni orang baru je duduk nak bernafas pun belum tiba-tiba dapat soalan macam ni.

"H-huh? Siapa Joshua?" Soal Jisoo bingung, dia harus cover sebaik mungkin.

"Manusia la jarang aku jumpa binatang! Bagitau jelah!" Jisoo mengeluh perlahan, nak cakap Taehyung bangang tapi dia kena diam takut lelaki tu koyak pula, ada je nama binatang namanya Joshua apa la.

"Kau dah tahu? Dari siapa?" Soal Jisoo datar, malas nak cover benda rahsia dia dah terbongkar, kita bagitau jelah benda yang sebenar.

"Jimin dengan Seungcheol"

'Tak guna kau Seungcheol! Yang Jimin tu aku boleh terima lagi!!' Jisoo mengetap bibir geram, siap la mamat tu bila dia jumpa nanti.

"Yang pasal parut kau tu pun aku dah tau" ujar Taehyung sambil memeluk tubuh.

'CHOI SEUNGCHEOL LAHANATTTT' carut Jisoo, diraup wajahnya dengan kesal.

"Aku minta maaf sebab tak bagitau kau awal-awal" kata Jisoo kesal. Dia bangun dari duduknya dan Taehyung terus memegang bahu lelaki itu.

"Kau sebenarnya anggap aku apa? Kenapa kau tak terus terang je terus? Huh? Aku sedih tau tak bila tau dari mulut orang bukannya dari mulut kau" Terang Taehyung sedih, dia tak marah Jisoo tinggalkannya dulu tapi dia sedih lelaki itu tidak memberitahu perkara sebenar.

Perlu ke orang lain yang kena bagitau? Bukannya dia.

"Taehyung, sorry aku sebenarnya tak sanggup nak bagitau"

"Kau tahu tak! Aku tunggu kau setiap hari kat taman!! Pagi dan petang! Kalau hujan aku pun redah!! Dan waktu tu barulah aku sedar yang kau sebenarnya imaginasi aku" air mata Taehyung mula mengalir, makin rasa bersalah Jisoo melihatnya.

"Taehyung—

"No! Bagi aku bercakap!! Kenapa kau tak luahkan?! Aku ada dengan kau! Aku boleh setia mendengar kisah perit kau! Kenapa kau kena telan benda ni seorang diri?" Jisoo tersenyum nipis, ditolak tangan Taehyung yang memegang bahunya.

"Sebab takde guna aku bagitau kat orang lain.. bendanya sama je takkan berubah" kali ni Jisoo pula yang mengalirkan air matanya.

"Aku tak nak orang nampak aku ni menyedihkan nampak kesian dengan aku cukup la hanya Seungcheol dengan Junmin je yang tahu"

"And then aku ni bukan kawan kau? Dulu kau la kawan pertama aku sebelum Bts walaupun diorang ada kat sisi aku tapi aku tetap tak boleh lupakan kau"

"Jadi belajar la rapat dengan diorang, aku tak yakin aku boleh kekal dengan kau" Jisoo menepuk bahu Taehyung. Diseka air matanya perlahan.

"Jisoo apa maksud kau?"

"Sorry, aku betul-betul minta maaf, aku tak boleh nak hadapi benda ni, aku penat" langkah Jisoo mula kebelakang, dia berlari meninggalkan Taehyung seorang diri.

Dia penat, dia nak balik. Dia dah tak larat nak hadapi semua ni lagi.

Taehyung yang mengejar Jisoo dari berlakang, matanya membulat apabila melihat kereta meluncur laju menghampiri Jisoo yang melintas.

"Jisoo!!!" Langkah Taehyung terus dicepatkan, dia perlu selamatkan Jisoo.

Jisoo memberhentikan langkahnya, jantungnya tiba-tiba rasa sakit. Dia berdiri di tengah jalan sambil memegang dadanya.

"S-sakit"

Pinnnn!!!

Dia memandang depan, kereta semakin menghampirinya. Tak sempat untuk dia lari, ditutup matanya redho kena langgar.

"Joshua!!!"

Bam!

"Aduhh..." Jisoo memegang lengannya, dia sekarang duduk di tepi jalan. Siapa yang menolaknya?

Terlihat sekujur tubuh, yang berlumuran darah membuatkan Jisoo terus mengalirkan air matanya sekali lagi.

"T-taehyung?? Taehyung!!!" Jisoo terus menghampiri lelaki itu lalu kepalanya dipangku.

"Wehhh asal kau tolak aku?!!! Taehyung?!!! Pabo la kau!!" Marah Jisoo bersama tangisannya. Orang sekeliling mula menghampiri mereka, ada yang tengah mendail nombor untuk memanggil ambulans.

"A-aku nak kau h-hidup" ujar Taehyung, lemah.

"And then kau?! Nak mati?!"

"U-uljima.. k-kau buat a-aku ra-rasa s-sedih..."

"Hiks macam mana aku tak nangis kalau kau buat aku macam ni?!" Taehyung tersenyum manis, dilap air mata Jisoo yang masih mengalir

"S-saranghage chingu.." Taehyung terus menutup matanya, Jisoo mula gelabah.

"Yah Kim Taehyung! Bangun la! Tak lawak la bengong!!! Kim Taehyung!!! Hiks.. bangun la..." Jisoo memeluk Taehyung yang sudah terkulai dengan erat.

"Tolong la bangun..."

Orang yang berada disekeliling hanya memerhati ada juga yang cuba memujuk Jisoo sehingga la ambulans tiba.




___________

Sedih? Tu baru sikit huahahahaha btw author dah buat chap sampai 67 yang dialog je sebenarnya panjang lagi chapnya

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now