70

411 93 9
                                    

"Jisoo!! Aku dah sampai!!" jerit Taehyung apabila dia menendang pintu wad Jisoo, rasanya dah nazak pintu wad tu asyik kena tendang je dari semalam.

"Lambatnya kau sampai" kata Jisoo, tidak terkesan dengan jeritan jejaka itu walaupun ada la dua tiga orang nurse hampir nak marah si Taehyung sebab bising sangat.

"Hehehe sorry tetiba perut aku buat hal" Taehyung menggaru kepalanya cuba menutup rasa malunya.

"Appa aku mana?" soal Jisoo, rasanya lepas dia bersawit dengan appa dia, Tn.Hong kata nak buang sampah kat luar kejap tapi sampai sekarang tak muncul-muncul, tong sampah lari ke apa.

"Kena halau" jawab Taehyung tanpa memandang Jisoo yang sudah buat muka macam nak tumbuk jejaka tu sekarang juga.

"Ok! Dia pergi makan dengan member aku lamak tak payah la buat muka macam tu" tegur Taehyung bengang, asal mention pasal Tn.Hong je mesti buat muka macam tu tau la tak hensem.

"Mana kau hah? Ada Bts je diorang kata kau pergi tandas lama juga la aku tunggu sampai aku curious kau berak ke atau buat jamban?" soal Jisoo lagi, cuba menukar topik, bukan dia sengaja buat muka hodoh dah refleks nak buat macam mana.

"Kan aku dah kata aku sakit perut, buat-buat pekak pula dia" balas Taehyung geram. Jisoo mengangguk faham lalu membuat muka.

Taehyung mendengus geram, asal dia je mesti Jisoo buat muka bukannya nak senyum kalau dengan yang lain boleh pula dia murah dengan senyuman.

"Kau tak nak pergi sekolah ke? Pengetua Jaehoon dah start rindu kau tau tak" kata Taehyung tiba-tiba, takde angin takde khabar berita sekolah terbakar tetiba je mention pengetua baru diorang tu.

"Ewww.."

"Aku main-main jelah"

"Aku memang nak pergi sekolah tapi tengoklah keadaan aku ni macam mana" Jisoo menghela nafas sedih, dia dah mula rindu nak pergi sekolah tapi dia tak rindu pengetua dia la.

"Nampak elok je tak cacat pun..." ujar Taehyung sengaja ajak gaduh dengan Jisoo.

"Aduh! Sakitlah!" jejaka bermarga Kim itu meringis perlahan lalu mengusap lengannya yang baru sahaja dicubit oleh Jisoo.

"Kau ni suka sangat buat loyar buruk!!" marah Jisoo.

"Biarlah" balas Taehyung yang masih tak serik lepas kena cubit dengan kembar angkatnya itu.

"Ishh.." Jisoo menatap Taehyung yang sedang menjelirkan lidahnya dengan geram, dia mengambil bantal lalu dilempar sekuat hati mengena tepat di wajah Taehyung.

"WOIII"

"AHAHAHAHAHAHA PADAN MUKA" gelak Jisoo dengan kuat seolah mengejek Taehyung yang sudah memasang wajah cemberut.




__________

Kosabajap hshshshshshshhshs

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now