44

1.3K 182 184
                                    

Author POV

"Thanks appa sebab hantarkan Jisoo" Jisoo memberikan senyuman kepada Tn.Kim sebelum dia menutup pintu Tn.Kim membuka mulut.

"Balik ni macam mana? Nak appa ambil?" Soal Tn.Kim.

"Takpe, Jisoo balik jalan kaki" Tn.Kim mengangguk selepas mendengar jawapan dari Jisoo.

"Hati-hati ye jangan sampai kena culik lagi" pesan Tn.Kim seloroh.

"Iyelah appa, annyeong" Jisoo melambai lalu menutup pintu kereta itu.

Dalam beberapa saat kereta itu mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.

Jisoo menoleh hadapan, matanya tiba-tiba tertancap pada seseorang. Dengan hati yang riang dia berlari ke arah remaja yang sedang jalan dengan longlai.

"WOI CHAN!!" Hampir tercarut remaja itu disitu akibat disergah sebegitu oleh Jisoo.

"Ish hyung!! Buat terkejut aku je" Chan mengusap dadanya perlahan, tiba-tiba matanya membesar.

"Kau pahal pandang aku macam tu? Seram siot"

"Bukan ke hyung kena culik?" Soal Chan cepumas, Jisoo mengerutkan dahinya.

"Mana tahu ni?"

"Seungcheol hyung bagitau kat grup chat, hyung takde lagikan dalam grup tu? Hoho sorry terlupa nak add hyung" ujar Chan lalu meneruskan jalannya diikuti Jisoo.

"Kitaorang baru je nak pakat cari hyung satu Seoul ni, nasib baik hyung selamat" sambung Chan lagi.

"Hoho thanks my brother kerana risaukan gue hiks gue terharu" Jisoo memeluk Chan siap laga-laga pipi lagi.

"Eewwwii hyung lepas!!!" Chan mula meronta apabila ada beberapa pasang mata memandang perlakuan Jisoo terhadapnya.

"WOI CHAN! HAMBOI SEJAK BILA SONGSANG NI?! Ingatkan otak je songsang nafsu pun sama?" Soal Soonyoung yang baru sahaja tiba di depan mereka.

Soonyoung memandang Jisoo, terus tak berkelip mata sepet itu.

"J-jisoo hyung??"

"Yow wassup?" Jisoo menolak Chan ketepi lalu berjabat tangan Soonyoung macam takde benda yang berlaku semalam.

"Macam mana hyung boleh selamat ni? Bukan kena culik ke? Ke Seungcheol hyung reka cerita?" Bertubi-tubi soalan keluar dari remaja bermata sepet itu.

"Aku selamat la, Seungcheol tak reka cerita pun" jawab Jisoo selamba.

"Mana Seungcheol? Dah arwah ke?"

"Rasanya dia dah sampai awal mungkin tengah buat mesyuarat untuk cari hyung satu Seoul kat kelas dia" Jisoo membesarkan mata, segera dia menarik kedua-dua dongsaengnya pergi ke kelas Seungcheol.

"HYUNG SLOW HYUNG, ENGKO TU TAK BERAPA SIHAT YA TUHAN"

"KENAPA CHAN KENA IKUT SEKALI NI?! CHAN TAK SIAP LAGI KERJA SEKOLAH HUWAHH CHAN NAK BUAT HOMEWORK CHAN KAT KELAS SEKARANG!!"

Jeritan syahdu milik Soonyoung dan Chan tidak diendahkan Jisoo, makin galak la jawabnya jeritan diorang kat lobi sekolah.

Mingyu dan Seokmin yang baru sahaja ingin mengambil buku di loker terus tak jadi lepas dengar jeritan diorang berdua tu.

"Aik tu bukan Soonyoung hyung dan Chan ke? Teruk bebenor diorang buat highnote" Seokmin menggelengkan kepalanya perlahan.

"Siapa yang tarik diorang berdua tu?" Mingyu mengecilkan matanya untuk melihat gerangan yang buat Soonyoung dan Chan menjerit tak ingat sekolah ni bukan bapak diorang punya.

"Jisoo hyung?" Seokmin memandang Mingyu pelik.

"Jisoo hyung? Kan dia kena culik, apa la kau ni" kata Seokmin, baru sahaja dia ingin mengambil buku tiba-tiba lengannya ditarik oleh Mingyu.

"Woi pahal ni?!"

"Tu Jisoo hyung la!! Jom kejar diorang! Kalau Jisoo hyung pengsan kau boleh volunteer angkat Jisoo hyung!" Seokmin buat muka datar.

"Kau fikir lawak la tu? Hanat.."

"Jom ah!!!" Dengan malas Seokmin redo lengannya ditarik Mingyu. Dah la tarik kuat-kuat cuba la tarik perlahan.

+++

"Baiklah!! Kita akan cari Jisoo disetiap tempat di Seoul ni, dalam jamban! Tong sampah!! Semua kita cari!! Ada soalan?!" Seungcheol memandang membernya yang datang awal satu persatu.

"Hyung sure hyung nak cari dia kat rumah pengetua tu?" Soal Seungkwan curious. Gila tak curious rumah pengetua tu weh bukannya bilik air dia.

"Yes! Mana tahu pengetua TUA tu dengki kat kita lepastu dia culik Jisoo" jawab Seungcheol. Ingat lagi dia, waktu rehat dia nampak pengetua baru mereka iaitu Tuan Jaehoon pergi skodeng acik cleaner basuh jamban kat tandas guru perempuan.

Dia pun curious, pengetua tu nak skodeng acik cleaner ke nak skodeng batang mop yang bogel takde baju.

"Lain?" Jeonghan memandang Seungcheol series. Dia tak boleh nak main-main member dia kena culik woo bukannya macam Seungcheol kejap series kejap tak.

"Rumah kau"

"PAHAL RUMAH AKU PULA?!" Jeonghan menepuk meja Jeongyeon dengan kuat.

Tetiba sia mamat ni.

"Kau pahal jebon? Aku nak tidur pun susah janam betul" Jeonghan memegang dadanya, pagi-pagi lagi dah dapat serdas carut.

"Mana tahu en kau suka sangat kat Jisoo tu sampai kau simpan dia kat rumah kau" semua mata terus memandang Jeonghan termasuk classmate Seungcheol.

"PAHAL DIA NAK SIMPAN AKU PULA?!" Soal satu suara dengan tiba-tiba. Rambutnya panjangnya dilibas geram.

"DIAM AH KAU! PERASAN! AKU TAK CAKAP KAU EN! PERGI MAIN TALI SKIPPING DENGAN LISA SANA!! SEBOK AH" Hampir terbaling kerusi disebelah Seungcheol mendengar Kim Jisoo yang tiba-tiba menyampuk.

Dan akhirnya Jisoo kemurungan lepas kena tampar dengan Jennie. Tak nak ngaku kawan weh.

"Menyesal gila buat mesyuarat kat kelas hyung ni" Minghao menepuk bahu Seungcheol cuba untuk menenangkan hyungnya itu.

"Aku tak faham la classmate perempuan aku semua suka cari pasal dengan aku, KAU NAYEON DIAM! AKU IKAT MULUT KAU NANTI" jerit Seungcheol tiba-tiba lalu menunding Nayeon yang baru nak buka mulut.

Nayeon facepalm.

'Sengal.. aku nak cakap dengan Momo je engong betul (_)' bisik hati Nayeon geram.

"Nasib baik classmate perempuan kat kelas aku baik" kata Jeonghan dengan penuh bersyukur.

Seungcheol mula memanjat dan berdiri di atas meja, semua mendongak memandang dia. Pahal ni?

Pagi-pagi dia memang salah makan ke apa ni? Otak ke lutut je ni.

Seungcheol membeti isyarat pada Jennie dan mendapat anggukan dari gadis itu.

"Pahal main telepati ni? Ada something— WOIIII UMPPHHH" semua memandang Jennie yang sedang mengheret Jisoo keluar lalu memandang Seungcheol semula.

"Hyung dah kenapa?" Jihoon mengangkat kening. Tiba-tiba dia terasa nak hempuk kepala hyung dia dengan meja.

"BAIKLAH! BALIK NI KITA TERUS CARI JISOO! BUKAN JISOO TADI YE JISOO MEMBER AKU! SIAPA TAK NAK IKUT LANTAK MU LA KUBUR MASING-MASING EN?! AKU TAU TAKDE KENA MENGENA! HADE AKU KESAH?!" Semua menggangguk dengan keadaan ternganga.

Bam!

"CHOI SEUNGCHEOL!!" Hampir tercabut pintu kelas tu ditendang kuat oleh seseorang.

Seungcheol mula jatuh terlentang, patah leher aku tak nak tanggung.  Semua memandang orang itu dengan tak percaya.

Yelah tak percaya, badan kurus keding tapi bila tendang melayang pintu.

"JISOOOOOOOOOOOOOO!!!"

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now