63

906 138 21
                                    

"Taehyung, jom balik ke wad kamu nae?" Pujuk Pn.Kim sambil menepuk bahu anaknya lembut, dari tadi Taehyung duduk disitu menunggu Jisoo sedar.

"Tak nak Taehyung nak temankan Jisoo kat sini" bantah jejaka itu, dia mengenggam tangan Jisoo dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya.

"Taehyung...." Pn.Kim menatap anaknya dengan lirih, tiba-tiba teringat kembali kisah 13 tahun yang lepas.

"Taehyung sayang!! Balik jom hujan ni!!" Jerit Pn.Kim cuba menarik anaknya masuk ke dalam kereta, hujan makin lama makin lebat.

"Tak nak!!! Taehyung nak tunggu Joshua!!!" Balas Taehyung sambil mengenggam tali buaian dengan erat, menahannya dari ditarik oleh ommanya.

"Joshua takkan datang!!"

"Tipu! Omma tipu!! Joshua dah janji dengan Taehyung! Dia akan datang!!" Air mata jernih mengalir di pipi tembam budak lelaki itu, walaupun hujan membasahi mereka Pn.Kin tetap menyedari yang anaknya sedang menangis.

"Joshua tu cuma imaginasi kamu je!!" Ujar Pn.Kim lagi, dia perlu bawa Taehyung pulang sebelum anaknya diserang demam tapi apakan daya Taehyung memang jenis yang keras kepala.

"No!! Joshua kawan real Taehyung!! Dia takkan tinggalkan Taehyung!!!" Taehyung menarik lengannya kasar sehingga membuat pegangan mereka terlepas lalu budak lelaki itu berlari meninggalkan ommanya yang turut mengejarnya berteriak memanggil namanya.

"Taehyung tolong la jangan buat perangai lama kamu ni lagi, kamu kena rehat" pujuk Pn.Kim lagi, masih sama anaknya tidak bergerak seinci pun dari tempat duduknya.

"Tak nak!! Taehyung tak nak Jisoo tinggalkan Taehyung lagi!! Taehyung nak tunggu dia bangun!!" Jawapan yang sama, anaknya tidak mahu meninggalkan Jisoo seorang disini.

"Taehyung rehat la dulu nanti lepas Taehyung dah sihat dah keluar dari hospital ni Taehyung boleh melawat dia" kali ni Tn.Kim pula yang cuba memujuk anak tunggalnya.

"Tapi Taehyung takut Jisoo tinggalkan Taehyung macam dulu" Taehyung memandang appanya dengan tatapan risau seperti jejaka itu trauma ditinggalkan.

"Tak.. kali ni dia takkan tinggalkan kamu"

"Betul ni?!" Tn.Kim mengangguk perlahan apabila melihat sinar bahagia di kedua-dua mata anaknya.

"Hah ok!! Jumpa esok Jisoo pastikan kau bangun! Bye!!" Ujar Taehyung setelah termakan dengan pujukkan appannya itu, dia mengekori ommanya keluar dari wad Jisoo.

"Anak kau betul-betul rindukan dan sayangkan Jisoo" Tn.Kim memandang Tn.Hong yang baru sahaja masuk ke dalam wad itu, dia tersenyum nipis.

"Itulah, Jisoo baru je terbaring macam ni dia dah jadi macam tu, aku tak boleh bayangkan kalau Jisoo takde apa akan jadi kat dia" Tn.Kim mengusap rambut Jisoo perlahan, dia tau Taehyung amat menyayangi Jisoo mereka seperti adik beradik.

"Aku harap dia kena bersedia" ujar Tn.Hong lalu keluar dari wad itu meninggalkan Tn.Kim yang kelihatan dilema apabila mendengar kata-katanya.

+++

Keesokkan harinya, Junmin keluar dari keretanya lalu menghampiri rumah banglo tiga tingkat itu, kedengaran di dalam rumah itu agak bising seperti bunyi gelak tawa dan pergaduhan. Dia menarik nafas sedalamnya lalu dihembus dengan tenang lalu dia meneka loceng rumah itu.

"Ye cari siapa?" Soal jejaka yang kelihatan agak muda darinya tersenyum manis dengan ramah walaupun wajahnya kelihatan agak pucat sedikit mungkin tidak cukup tidur.

"Ni rumah Choi Seungcheol kan?" Soal Junmin dengan wajah series walaupun sebenarnya dia tak nak pun series.

"Haah nak jumpa dia ke? Jap ek.. UNTA BERUK BABENG HYUNGGGG ADA ORANG CARIIII" jerit jejaka itu, jeritannya yang agak nyaring itu membuatkan hampir kesemua rakannya mencarut padanya turut Junmin yang dari tadi mengelus dadanya perlahan tahan diri dari carut katanya.

"Woi mulut tu!!! Tagune kau Chan!!" Marah Seungcheol lalu meluku kepala si maknae dengan geram. Dah la menjerit, panggil dia dua binatang pula tu siapa je tak marah.

"Hah nak apa cari aku? Eh kau Junmin kan yang kita pernah jumpa kat wad Jisoo hari tu" ujar Seungcheol setelah menendang Chan masuk ke dalam rumah semula. Junmin tersenyum perlahan mengiyakan soalan jejaka berkulit putih mayat itu.

"Member kau yang lain ada ke?" Seungcheol mengangguk kepalanya, bagus ini memudahkan dia untuk berbincang dengan rakan-rakan Jisoo.

"Kalau macam tu aku nak bincang dengan korang sikit" ujar Junmin series lalu masuk ke dalam rumah Seungcheol setelah dirinya dijemput masuk. Semoga perbincangan mereka tiada lawak-lawak bodoh- eh tibe.





________________

HSHSHSHSHHSHSHS MAAF LAMBAT UPDATEEEEE

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now