50

1K 154 61
                                    

"Korang pergilah!! Aku tak nak jumpa sesiapa!! Pergi!!!" jerit Jisoo di dalam wad, sebenarnya dia tak tuju pun kat Tn.Kim dan Pn.Kim, dia lebih tujukan kat Amanda tu.

"Jisoo ni omma ni" ujar Pn.Kim sayu, Jisoo mengeluh perlahan.

"Please Jisoo tak nak jadi kurang ajar dengan omma jadi Jisoo merayu tolong la pergi" Jisoo memandang Pn.Kim dengan pandangan merayu.

"Jisoo..."

"Dah awak kita bagi dia tenang dulu" Tn.Kim mengusap bahu Pn.Kim lalu menariknya keluar dari wad.

Sekarang hanya tinggal dia dan Amanda di dalam wad itu. Jisoo memandang wanita itu tajam.

"Aku dah kata pergi kan?"

"Aku dah suruh kau ikut aku kan?" Balas Amanda tidak mahu kalah.

"Aku tak nak la!! Tak faham ke?! Appa aku ada kan pergi la ajak dia!!" Geram Jisoo dibuatnya dengan perangai Amanda ni. Orang kata tak nak jadi tak nak la.

"Masalahnya nenek kau nak jumpa kau bukannya appa kau!! Bahenol betul"

"Aku tak nak"

"Balik"

"Tak nak"

"Balik!"

"Kau tahu kan aku dah nak mati buat apa nak suruh aku balik? Aku kata tak nak!!" Tengking Jisoo tapi itu tidak membuatkan Amanda takut akannya makin rilek ada la.

"Ada satu cara iaitu pembedahan" ujar Amanda.

"Siapa je yang nak bagi jantung dia kat aku?"

"Aku sanggup" Jisoo ketawa sinis mendengar jawapan Amanda.

"Kau balik perempuan"

"Susah la nak bincang dengan orang macam kau ni"

"Dah tau susah buat apa bincang dengan aku?" Amanda memggulingkan biji matanya, sejak bila Jisoo savage ni dia pun tak tau tapi ayatnya memang berbisa sekali.

"Ikan josh ni..." akhirnya Amanda keluar dari wad Jisoo dalam keadaan meluat dan marah.

"Blah pun"

+++

Di luar wad, sebelum Amanda beredar dia sempat menunduk hormat kepada pasangan Kim itu dan berlalu pergi.

"Tak guna punya Joshua, makin lama makin keras kepala dah aku suruh balik jadi balik la apa bontot tu berat sangat ke apa" rungut Amanda.

"Eo Amanda?" Langkah gadis itu terhenti, dia menoleh kebelakang dan rupanya Tn.Hong yang menegurnya.

"Eh pak cik! Junmin?" Gadis itu memandang lelaki muda di sebelah Tn.Hong.

Walaupun Amanda dan Tn.Hong adalah adik beradik angkat, lelaki tua itu lebih sarankan Amanda memanggilnya pak cik sebab dia rasa geli bila ada orang panggil dia oppa. Ewww.

"Albino?" Soal Junmin balik.

Pak!

"Akh! Aduhh..." lelaki itu mengusap kepalanya akibat mendapat pukulan serdas dari Tn.Hong.

"Mulut tu memang nak kena stepler ke apa?"

"Buat apa kau datang sini?" Soal Tn.Hong sambil menjeling Junmin yang sudah berlalu pergi.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now