53

930 153 30
                                    

Jisoo POV

Aku meraup wajahku, kenapa lama sangat doktor dalam tu? Dah nak masuk sejam dia dalam tu.

"Harap-harap dia selamat" aku melihat jam seketika.

"Asal tak keluar lagi ni?" Aku merengus geram, baru sahaja aku bangun dari dudukku omma dan appa baru sahaja tiba. Aku menghampiri mereka.

"Omma—

Pang!

Aku memegang pipi kananku, bibirku juga pecah selepas ditampar oleh omma. Ok dia lempang aku.

"Pergi kau dari sini!!! Aku tak nak tengok muka kau!! Disebabkan kau! Anak aku kemalangan!!" Omma memukul badan ku, dan yeah aku relakan je dia buat macam tu.

Memang salah aku pun nak buat macam mana.

"Awak! Dia tak salah pun! Yang nak lempang dia dah kenapa?!" Appa menahan omma dari memukul aku.

"Disebabkan dia la anak kita dalam wad kecemasan!! Dia seorang je anak yang kita ada!!" Kata omma dengan esakkannya.

"J-jisoo minta maaf..." aku menunduk ke bawah dengan penuh kesal.

"Minta maaf? Itu je? Kalau anak aku mati macam mana? Kau nak bayar nyawa kau kat dia ke?" Aku tersenyum nipis.

"Lee Naera!!"

"Jisoo sanggup" ye aku sanggup bagi nyawa aku kat Taehyung kalau la aku boleh bagi.

omma menatap wajahku dengan geram.

"Pergi la!! Aku tak nak tengok muka kau lagi!!" Omma menolak aku dan dia terus berlalu pergi.

Appa pula macam malas nak kejar omma jadi dia menghampiri aku.

"Jisoo ok?" Soal appa risau.

"Jisoo ok la appa, mianhei sebab buat keadaan jadi macam ni"

"Takpe dah takdir cuma omma kamu tu la dia sayang sangat kat Taehyung lepastu dia ni jenis suka bertindak melulu harap jangan terasa ye?" Aku mengangguk perlahan. Nasib baik la appa faham huhuw.

"Jisoo pergi balik wad sekarang, muka dah pucat sangat tu dah makan ubat?" Soal appa lagi, aku menggaru telingaku yang tetiba rasa gatal.

"Belum hehehe okok Jisoo makan ubat!!" Jawabku apabila appa dah start nak bebel. Kalau dia dah bebel dah tak boleh berhenti dah.

"Nanti bagitau tau keadaan Taehyung macam mana"

"Iyelah jaga diri tu elok-elok nak appa hantarkan?" Aku menggeleng perlahan.

"Takpe-takpe Jisoo boleh pergi sendiri"

"Betul ni?" Ish appa ni risau sangat dengan aku ni, pergi la risau kat Taehyung tu. Nanti omma marah pula hmmm.

"Iye Jisoo ok" appa hanya mengeluh perlahan lalu mengangguk.

Dengan lemah longlai aku berjalan untuk pergi ke wad aku, confirm kejap lagi kena marah dengan doktor sebab keluar senyap-senyap dengan keadaan Taehyung lagi. Omma pula marah kat aku haish masalah-masalah.

Tiba-tiba jantung aku terasa sakit, aduhai dia dah mula buat hal dahhh. Tolong la jangan sekarang. Tiba-tiba aku rasa macam tak larat.

Ok jangan pengsan kat sini woi!! Kalau nak pengsan pergi la pengsan kat depan wad kau sendiri!!

Badan aku mula terasa ringan and...

Buk!

Badan aku dah menyembah bumi, mata pun dah mula samar-samar, ramai yang menghampiri ku.

Sebelum aku menutup mataku, sempat lagi aku mendengar jeritan appa memanggil aku kemudian semuanya gelap.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now