2

2K 266 242
                                    

Taehyung meraup mukanya perlahan, cermin didepannya dipandang masih kelihatan lagi matanya yang sembap kerana sampai sahaja di tandas dia menangis sepuas hati.

"asal aku menangis tadi? Tak pernah-pernah lagi aku menangis kat sekolah" Taehyung menggelengkan kepala.

Usai sahaja membersihkan muka Taehyung terus masuk kelas takut gurunya sudah mulakan pelajaran.

Sampai sahaja di kelas tiada kelibat guru pun di dalam kelasnya semua pelajar membuat hal sendiri.

Mesti gurunya tidak hadir.

Taehyung duduk di kerusinya lalu menongkat dagu, dia mula kebosanan maklum la Jimin bukan sekelasnya.

Taehyung memandang meja disebelahnya yang tidak berpenghuni dari awal tahun lagi tiba-tiba dia rasa kesunyian.

Walaupun grupnya selalu membuat dia happy hatinya tetap berasa sunyi sejak kawan pertamanya hilang tanpa jejak.

Taehyung termenung panjang tanpa sedar ada seseorang duduk di meja sebelahnya.

Akibat bunyi seretan kerusi yang kuat Taehyung tersedar daripada lamunannya. Dia memandang empunya badan yang suka hati duduk di meja kosong itu.

Taehyung terkejut.

"kau lagi?" terus tegak Taehyung melihat orang yang mencari gaduh dengannya pagi tadi dan buat dia menangis tanpa sebab.

"apa? Cikgu tadi suruh aku duduk sini la lagipun semua tempat dah ada orang selain meja ni" jawab orang itu.

"by the way nama aku Hong Jisoo" sambung lelaki itu lalu memberikan tangan kepada Taehyung untuk berjabat.

"Kim Taehyung" Taehyung berjabat tangan dengan Jisoo. Jisoo hanya tersenyum kecil.

"kenapa senyuman ni macam aku pernah nampak?" bisik hati Taehyung.

"ok tu je aku nak kata" Jisoo mula meleraikan suasana sepi itu lalu membuat kerja sendiri.

"sebelum pindah sini kau pindah mana?" Taehyung terus menutup mulutnya apabila tercakap, ingatkan hanya otak dia sahaja yang berkata tak sangka mulut pun ikut kata sekali.

"sebelum ni aku duduk kat LA" jawab Jisoo. Taehyung hanya 'oh'kan je cover malu punya pasal.

Suasana menjadi sepi seketika.

Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri meja Jisoo.

"ermm hai Jisoo" sapa pelajar itu. Taehyung hanya memerhati.

"hai!" balas Jisoo.

"nama aku Yoon Jeonghan panggil Jeonghan je" Jeonghan tersenyum.

"hai kawan!!" Jisoo menepuk bahu Jeonghan.

Taehyung mencebik perlahan tiba-tiba dia rasa cemburu.

"aku nak kenalkan kau dengan kawan aku kejap lagi dia sampai" Jisoo mengangguk.

"yah Jeonghan......" muncul seorang lelaki di depan pintu, elok-elok dia pandang Jeonghan matanya terus pandang Jisoo.

"Seungcheol? Kau Choi Seungcheol kan?" pelajar di dalam kelas itu mula diam apabila melihat drama yang bakal bermula.

Choi Seungcheol leader kepada grup Seventeen iaitu kingka kedua di sekolah itu femesnya pun lebih kurang sama dengan Bts.

"tak mungkin... macam mana kau reti balik Korea ni?" tanya Seungcheol jujur.

"aik? Kenal ke?" Jeonghan menggaru kepalanya.

"SEUNGCHEOL!!" Jisoo terus memeluk kawan lamanya. Habis meja diflipnya.

"JOSH-- akhh sakitlah!!!" Seungcheol mendengus perlahan apabila kakinya yang tak bersalah kena pijak.

"jangan sebut nama tu seton" bisik Jisoo.

"yelah JISOO!!" Seungcheol membalas pelukan Jisoo.

Taehyung memandang tempat lain sakit hatinya melihat drama murahan itu.

"ok la memandangkan korang dah kenal lama kita bersurai jelah, kau Seungcheol pergi balik ke kelas jahanam!" Jeonghan menyepak Seungcheol sehingga depan pintu.

"ok bye Josh-- Jisoo!!" Jisoo hanya tersenyum kekok.

"dah abaikan unta tu pergi duduk tempat kau" arah Jeonghan bagaikan usain bolt Jisoo sudah berada di mejanya.

Mood tengah baik malas la nak cari gaduh dengan orang.

"mesra nampak" tegur Taehyung.

"boleh la kawan lama kan" jawab Jisoo.

"asal kau jeles ke?" sambung Jisoo sinis.

"takde maknanya!!" bantah Taehyung.

"habistu asal pensel box kau nyemak kat tengah-tengah meja?" Jisoo menunjukkan pencil box yang menjadi penghalang meja mereka berdua.

Setahu dia pencil box tu memang takde masa dia muncul.

"biarlah macam tu" kata Taehyung.

"tak nakk" Jisoo menolak pencil box ke arah Taehyung.

Taehyung meletakkan pencil box ketempatnya tadi dan benda itu berulang banyak kali.

Tanpa sengaja Taehyung terpukul bahu Jisoo, akibat terkejut Jisoo tidak sengaja menolak pencil box itu sehingga jatuh.

"KAU NAK APA SEBENARNYA?!" jerit Taehyung tiba-tiba, semua memandang kearah Taehyung dan Jisoo.

Jisoo terdiam tangannya masih memegang bahunya.

Jisoo bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari kelas itu, Jeonghan terus mengejar Jisoo.

Taehyung mengambil pencil boxnya sambil merungut.

"asal pandang aku macam tu?" tanya Taehyung apabila perasan classmatenya tak lepas memandang dia.

"kau dah kenapa Taehyung? Budak baru tu just terjatuhkan pencil box kau je tak payah la marah macam tu" tegur Taeyong.

"aku geram sebab tu aku marah" jawab Taehyung bengang.

"kau ni tak matang la dia tu budak baru lagi mesti la dia nak kawan dengan kau itu pun nak jual mahal" kata Seongwoo pula.

Semua mula menyambung membuat kerja sendiri.

Taehyung mula rasa bersalah.

+++

"Jisoo!!" panggil Jeonghan, Jisoo menoleh kebelakang mukanya kelihatan pucat.

"asal kau keluar dan kenapa muka kau pucat?!" Jeonghan menilik wajah Jisoo.

"kat mana bilik rawatan?" tanya Jisoo perlahan.

"asal tanya?"

"please la bahu aku sakit ni" Jisoo berdecit sakit.

"bagi aku check!!" Jeonghan menyelak baju seragam Jisoo sehingga menampakkan bahunya.

Jeonghan menekup mulutnya.

"Jisoo bahu kau lebam teruk ni!! Jom pergi bilik rawatan!!" belum sempat Jeonghan menarik lengan Jisoo tiba-tiba Jisoo jatuh pengsan.

"Jisoo!! Bangun la woi!! Agak-agak la aku nak angkat kau berat!!" Jeonghan menepuk pipi Jisoo tetapi senyap.

Jeonghan melihat sekeliling tiada orang di kaki lima ini kerana sekarang waktu belajar.

Tiba-tiba Jeonghan ternampak Seungcheol yang sedang elok minum air.

"WOI UNTA!! KAU SAYANG AKU KAN?! TOLONG AKU ANGKAT KAWAN LAMA KAU NI PERGI BILIK RAWATAN CEPAT!!" jerit Jeonghan padahal jarak dia dengan Seungcheol 20m je.

Tersedak Seungcheol disitu elok-elok air keluar ikut mulut, Seungcheol pula
air keluar ikut hidung.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now