1

2K 268 148
                                    

Beberapa tahun kemudian

"KIM TAEHYUNG BANGUN!! KAMU DAH LAMBAT NAK PERGI SEKOLAH NI!!" seorang remaja lelaki yang elok tidur nyenyak terjatuh dari katilnya akibat jeritan ommanya, dia mengerang sakit.

"ye omma!! Taehyung nak mandi la ni" Taehyung bangun dari duduknya untuk masuk ke bilik air sesekali dia mengusap punggungnya.

Kini umurnya sudah masuk 18 tahun, kisah lamanya sudah dia lupakan mungkin.

Beberapa minit kemudian Taehyung sudah bersiap tinggal menyikat rambutnya sahaja.

"awww Kim Taehyung hensem betul kau hari ni rugi betul siapa yang tak dapat kau" Taehyung tersenyum pendek di depan cermin, usai sahaja sikat rambut dia mengambil beg lalu turun kebawah.

"morning omma!!" Taehyung mencium pipi ommanya lalu mengambil roti ditangan ommanya.

Appanya sudah lama pergi ke kerja maklum la orang yang jenis tepati masa.

"Taehyung!! Kamu dah lambat!! Cepat pakai kasut pak cik Jongkook dah lama tunggu kamu!" omma Taehyung menolak badan sasa Taehyung sehingga depan pintu rumah.

Tak salah jadikan Jongkook driver kita tengok nanti siapa jadi guru disiplin ( ̄∀ ̄)

"tapi omma! Taehyung belum lagi makan!!" kata Taehyung, roti yang baru dia ambil disumbatkan dalam mulut.

"kalau macam tu nah ambil dua roti ni lepastu pergi sekarang" omma Taehyung beri dua roti berserta jem kepada Taehyung.

"yelah" Taehyung memakai kasut sekolahnya lalu masuk kedalam kereta.

"bye Taehyung!! Belajar elok-elok!!" omma Taehyung melambai kearahnya, Taehyung pun melambai balik. Hilang sahaja kelibat kereta itu omma Taehyung terus masuk kedalam rumah untuk telefon seseorang.

+++

Sampai sahaja Taehyung di Seoul Highschool, dia melepasi pagar sekolah dengan megahnya lagi-lagi bila ada mata yang melihatnya siapa lagi kalau bukan pelajar perempuan di sekolah itu.

Maklum la kingka top 1 paling hensem kat sekolah mestilah ramai peminat.

Kelihatan pelajar perempuan yang lalu berdekatannya berbisik sesama rakan kadang kala mata mereka memandang Taehyung.

Sempat lagi Taehyung curi-curi dengar bisikan mereka.

"awww hensemnya Taehyung hari ni macam biasa la"

"ani! Orang yang kat belakang dia tu lagi hensem!!"

"haah la! Mesti budak baru!! Rambut hitam dia yang tutup sebelah mata dia tu buat dia lagi hensem!!"

"rambut hitam? Budak yang kat belakang aku?" langkah Taehyung terhenti, dia rasa hari ni rambut dia berwarna coklat mana datang hitamnya.

Tiba Taehyung jatuh kedepan seperti dilanggar oleh seseorang.

"adoi punggung aku sakit lagi" rungut Taehyung.

Dia memandang orang itu dengan geram tetapi orang itu hanya buat muka selamba dia terus berjalan tanpa menghiraukan Taehyung.

Pelajar yang berada disekeliling memandang orang itu tidak percaya.

"woi! Tak reti nak minta maaf ke?!" jerkah Taehyung, langkah orang itu terhenti dia menoleh kebelakang.

"apa? Minta maaf? Kau yang berhenti tiba-tiba nak salahkan aku pula" jawab orang itu.

Taehyung bangun lalu menghampiri orang itu jarak mereka hanya 20cm sahaja, tiada langsung perasaan takut dihati orang itu.

"kau kenal tak aku ni siapa?"

"ermm tak sorry perlu ke aku kena tau siapa kau?" sinis ayat orang itu.

Taehyung mengepal penumbuknya, dadanya turun naik menahan diri daripada menumbuk orang itu.

Kini pelajar mula berkumpul melihat mereka berdua yelah setakat ni takde siapa yang berani cari gaduh dengan Taehyung.

"Taehyung!!!" jerit kawan lamanya Jimin.

Geng Taehyung iaitu Bts mula menghampiri Taehyung sempat juga mereka menghalau pelajar lain masuk ke kelas takut guru nampak tak pasal-pasal kena soal siasat.

"asal tadi?" tanya Kim Namjoon, leader kepada grup itu. Soalannya tidak dijawab Taehyung.

"kau siapa?" tanya Jung Hoseok.

Di dalam grup mereka terdiri daripada tujuh orang tetapi lagi dua sudah habis sekolah lalu sambung belajar di universiti.

"dah la malas nak cari gaduh dengan kau" orang itu sambung berjalan meninggalkan grup itu tanpa menjawab soalan Hoseok.

"perghh dia tak jawab soalan aku sombong gila" Hoseok memandang seorang kepada orang itu.

"poyonya" komen Jimin.

"pengecut!!" jerit Taehyung, tiba-tiba air matanya mengalir dengan laju.

Kawannya yang lain terkejut melihat Taehyung yang menangis secara tiba-tiba.

Orang itu tetap berjalan tanpa mengedahkan Taehyung.

"h-hyung! Asal menangis?" tanya Jungkook risau.

Taehyung mula tersedar yang dia menangis segera dia pergi ke tandas untuk membersihkan mukanya.

Belum sempat Jimin mahu mengejar Namjoon terlebih dahulu menghalang.

"berikan dia masa untuk bersendirian" Namjoon menepuk bahu Jimin lalu beredar masuk ke kelas bersama Hoseok.

"hyung jom masuk kelas sama-sama" pelawa Jungkook, Jimin mengangguk lalu mengikuti Jungkook.

'aku tau kau tak boleh lupakan dia Taehyung aku tau' bisik hati Jimin.


________

Sorry ye kalau chap ni tak berapa best

Thanks to Imtyrah sebab tolong buatkan cover story ni dengan acik cleaner s.2 THANKS

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now