10

1.6K 223 74
                                    

Flashback

"omma!!" Taehyung berlari memeluk Pn.Kim lalu menangis.

"kenapa ni?" Pn.Kim mengelap air mata anak tunggalnya yang kini sudah berumur 7 tahun.

"omma kena janji dengan Tae!!" Taehyung mengeluarkan jari kelingkingnya lalu dihalakan kearah Pn.Kim.

"janji apa?" Pn.Kim mulai bingung. Balik sekolah sahaja anaknya dah suruh main janji-janji.

"omma kena cari Joshua!! Tae tak kira omma kena cari dia juga!! Lepastu jadikan dia anak angkat! Ajak dia duduk dengan kita!! Hiks" kata Taehyung dengan sedu sedan.

Sudah 2 tahun berlalu tetapi Taehyung tetap tidak boleh lupakan Joshua walaupun dia mempunyai 7 orang kawan baik.

"sayang, Joshua tu kan kawan imaginasi Tae macam mana omma nak cari?" kata Pn.Kim.

"tak! Tae tahu Joshua bukan kawan imaginasi Tae! Dia wujud!! Omma janji la omma akan cari dia!!" rengek Taehyung.

"yeye omma janji!!" Pn.Kim mencantumkan jari kelingkingnya bersama jari kelingking Taehyung.

Kini mereka sudah berjanji.

"janji ye omma?!" tanya Taehyung riang.

"ye omma janji" Pn.Kim mencium pipi Taehyung.

End flashback

Pn.Kim yang kini berada dibilik tidurnya hanya tersenyum mengingatkan kembali kisah lalunya yang dirinya terpaksa berjanji dengan Taehyung.

"tak sangka pula Joshua tu memang ada" Pn.Kim menggelengkan kepala.

Flashback again

Tn.Kim dan Pn.Kim berada di LA atas urusan kerja selama 3 hari, Taehyung ditinggalkan bersama neneknya di kampung.

Apabila sudah tiba hari terakhir mereka di LA, mereka ambil keputusan untuk berjalan-jalan dahulu sebelum pergi ke airport.

"oppa!! Saya nak masuk ke kedai tu tau" kata Pn.Kim kepada suaminya.

"ok" pendek jawapan Tn.Kim. Maklum la dah ternampak kedai jual kayu golf semua benda tak pandang lagi dah.

Dengan riangnya Pn.Kim menuju ke kedai cenderamata, tiba-tiba Pn.Kim terlanggar seorang budak lelaki.

"MAKKAUAKUTERJELEPOK!!" latah Pn.Kim.

"sorry" kata budak lelaki itu.

"ermm aunty can't you speak korean?" tanya budak lelaki itu.

"aik takkan tak dengar aku latah bahasa korea? Kuat kot latahnya" kata Pn.Kim.

"hah aunty boleh cakap bahasa korea!!" kata budak lelaki itu girang.

"hoho yeye adik nak apa? Adik sesat ke?" budak lelaki itu mengangguk, bibirnya dimuncungkan.

"tadi kita dengan appa tengok-tengok appa dah hilang ini yang kita nak minta sesuatu kat aunty ni" kata budak lelaki itu.

'"nak minta apa?"

"telefon, kita nak call polis sebab appa hilang" Pn.Kim menepuk dahinya mendengar jawapan budak lelaki itu.

Who Are You? || Joshua × V ||Onde as histórias ganham vida. Descobre agora