56

1.1K 164 21
                                    

Keesokkan paginya, seperti yang sudah dijanjikan Jisoo akan keluar dari hospital mengikut appanya pergi ke suatu tempat.

"Jisoo dah siap?" Tn.Hong menjenguk ke dalam wad Jisoo, kelihatan Jisoo yang baru sahaja selesai memakai cap memandang appanya lalu mengangguk.

Tn.Hong menghampiri anaknya lalu tolong memakaikan Jisoo jaket untuk menutup lengan Jisoo yang penuh dengan parut itu.

"Jom lepasni petang ni doktor nak check Jisoo kan?" Jisoo mengeluh dan mengangguk perlahan. Entah kenapa hari ni dia macam malas nak keluarkan suara. Bukan malas tapi tak larat.

"Tak payah la muram macam tu tak elok untuk kesihatan" Tn.Hong memcubit pipi Jisoo.

"Jisoo nak lawat Taehyung tapi mesti omma tak bagikan?" Soalnya, dengan sedaya upaya Jisoo cuba menguatkan suaranya walaupun serak-serak basah bagi appanya dengar.

Tn.Hong yang dapat menangkap sedikit suara Jisoo hanya tersenyum nipis.

"Nanti appa pujuk"

"Gumawo appa" Jisoo tersenyum manis lalu memeluk appanya sebelum dia keluar.

Tn.Hong hanya memandang Jisoo yang sudah nampak ceria sedikit.

'Appa akan buat kamu bahagia sampai la suatu hari andai kata Tuhan lebih sayangkan kamu itu dah cukup memadai tengok kamu tersenyum sebelum kamu pergi' Tn.Hong segera mengelap air matanya yang tumpah, dia tak nak anaknya lihat dia jadi macam ni. Dia kena bersedia. Bila-bila masa je tuhan akan mengambil anaknya balik.

"Appa cepatlah!!" Laung Jisoo yang sudah beberapa meter jauh darinya.

"Iyer!! Sabarlah"

+++

Hari ni Bts melawat Taehyung setelah Pn.Kim memaklumkan pada mereka. Agak kabut la mereka selepas mendengar berita tu lagi-lagi maknae line maklum la diorang kat rapat.

"Hyung bangun la... jangan tidur je" lirih suara Jungkook, dia menggoncang lengan Taehyung dengan perlahan.

Hoseok memeluk bahu Jungkook cuba menenangkan adiknya itu. Dia tahu yang Jungkook memang sayangkan Taehyung sangat-sangat.

"Ni semua salah aku" ujar Jimin sambil menundukkan kepalanya.

"Salah kau? Sebab?" Soal Yoongi sinis, dia dah malas dah dengan si Jimeng ni elak dari kena luku kat hidung je mamat tu.

"Dah jangan bergaduh tak elok, baik bagi Taehyung sokongan supaya dia boleh bangun" tegur Seokjin apabila ada tanda yang Yoongi macam nak telan Jimin.

Yoongi merengus perlahan.

"Aku dah malas tau nak halang budak ni baik kau minta maaf kat Jisoo sebelum terlambat"

"Jisoo? Pahal nama mamat ni naik pula?" Soal Namjoon hairan, dah kenapa nama anak Hong naik ni?

"Sebelum terlambat? Apa maksud hyung?" Yoongi melemparkan pandangan sinis kepada Jimin. Baru nak sedar diri ke apa.

"Kau akan menyesal Park Jimin"

Belum sempat Jimin ingin membuka mulut, tiba-tiba pintu wad dibuka oleh seseorang.

"Mak cik Kim— eh sunbaenim maaf ganggu" Mingyu terus menunduk hormat apabila terpandang Bts. Nasib baik la dia tak tendang pintu tu tadi.

"Seungcheol dengan Mingyu buat apa kat sini? Nak lawat Taehyung?" Seungcheol mengangguk bagi menjawab pertanyaan Hoseok.

"Haah tadi nak lawat Jisoo tapi dia takde pula keluar kot yang lain pun ada tapi kat wad Jisoo la" jawab Seungcheol.

Bts mengerutkan dahi hairan.

"Hah? Jisoo pun masuk hospital?" Soal Yoongi tiba-tiba, asal dia tak tau ni. Kejap lagi Jisoo kena maki la dengan dia.

"Ouhh korang tak tau ek?" Soal Mingyu, mereka hanya menggelengkan kepala kecuali Yoongi.

"Hyung tau ke?" Jungkook yang perasan Yoongi seorang sahaja yang tidak menggelengkan kepala mula bertanya.

Yoongi mengeluh perlahan, nak tak nak dia kena bagitau juga sebab memang dah kantoi dah.

"Haish Jisoo sakit" Bts tergamam.





__________
Sorry lambat update

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now