54

1K 147 57
                                    

Taehyung POV

"Joshua!! Weh!! Hak alah kau main sorok-sorok pula!!" aku memandang sekeliling. Mencari budak tagune tu. Ehhh sesedap dia je menghilang.

Disebabkan ni taman bunga dan hanya kami berdua je ada kat sini, agak sukar nak cari dia ish.

"Warghh!!"Tiba-tiba mamat ni mengejutkan aku dari belakang.

"Warghhh!!!"

"Hahahahahahaha kehodohan apakah ini? Tak pernah aku tengok orang sehodoh ni" Jisoo mengelap air matanya sebab terlalu banyak gelak. Ehh suka sangat dia ni.

"Kurang ajar kau -_- woi ajarkan la aku math ni" aku melempar buku latihan math pada mukanya.

HAHAHHAHAHAHAAHAHA PADAN MUKAAA LORHHH.

"Eleh tadi kata aku kurang ajar lepastu minta tolong bangla betul" Jisoo menjeling ke arah ku lalu duduk di tikar yang sudah sedia ada.

Well rajinkan aku bawa buku latihan pergi taman bunga tau dah *felip hair*

Aku memandangnya yang dari tadi duk pandang buku tu macam nak telan.

"Woi cepatlah tolong!!" Aku menolak bahunya. Terus tersedar dia lahhh berangan ke apa budak ni.

"Entah aku pun tak tau" Jisoo mengangkat bahunya tanda dia betul-betul tak tahu. Tapi aku rasa dia tipu hmmm...

"Kau ni jangan main-main ah!!"

"Aku tak main-main la!!"

"Tipu!!"

"Ah kau asal aku je semua tipu! Macam la kau tu jujur sangat!!" Hambur Jisoo geram.

"Memang pun!!"

Splashh!!

Aku mengelap mukaku yang basah, tagune kau Hong Jisoo. Dia pergi simbah satu jag air kat muka aku.

NANTI NAK MINUM AIR APA HAH?! PINTER INI ANAK!!

"HAHAHAHAHAHAHAHA" Jisoo terus berlari sebelum aku ingin menerkamnya.

Cis.

"YAH!!"

"Werkkk tak dapat tangkap!!"

"Sini kau!!!" Aku terus mengejarnya dengan gelak ketawa. Aku harap sangat kalau ini mimpi aku tak nak bangun. Pleaseeeeeee.

+++

Author POV

Tn.Kim memandang anaknya yang terbaring lemah, segala wayar berada di badan Taehyung membuatkan hatinya sayu. Taehyung jelah satu-satunya anak kandung yang dia ada.

Tn.Kim mula teringat balik apa yang doktor katakan. Dia mengeluh perlahan bagi tak nak isterinya dengar.

"Kecederaan Taehyung agak serius juga dan iainya 50/50 untuk dia sedarkan diri disebabkan hentakan kepala dia agak kuat, sekiranya dalam masa terdekat ni dia tak sedarkan diri juga... kemungkinan dia koma"

Tn.Kim meraup wajahnya. Dipandang isterinya pula. Dari tadi dia tidak berhenti menangis apabila masuk ke dalam wad Taehyung.

"Taehyung sayang.. please bangun jangan buat omma macam ni" Pn.Kim mencium tangan Taehyung lalu dibawa ke pipi.

Tn.Kim keluar dari wad Taehyung, dia tak nak kacau isterinya itu. Biarlah Pn.Kim bertenang sendiri makin dipujuk makin teruk pula nanti.

Baru sahaja tadi doktor kepada Jisoo datang menemuinya. Berita itu membuatkan hatinya lagi sayu.

"Keadaan Jisoo semakin teruk, kita kena cari penderma jantung dengan segera jika tidak Jisoo tidak akan dapat bertahan lama, ubat-ubatan itu hanya mampu kurangkan rasa sakit sahaja"

Tn.Kim mula berbelah bahagi, ikutkan hati dia mahu melawat Jisoo tapi jika dia melawat sekarang pasti Pn.Kim akan bertanya macam-macam.

Nak tak nak dia kena duduk di sini menemani Taehyung. Pasti Jisoo sedang keseorangan sekarang ni.

"Ya tuhan, apa yang perlu aku buat?"

+++

Tn.Hong memandang Amanda yang masih keras kepala nak balik LA. Nasib baik Amanda tu adik angkatnya kalau anak sendiri dah lama dia pelangkung.

"Balik la ye Amanda? Kalau omma tahu ni nanti marah pula dia" untuk kali ke berapa tah, Tn.Hong masih memujuk Amanda harap-harap la gadis tergerak hati nak balik.

"Tapi—

"Jangan risau, pak cik akan pujuk Joshua" Cepat-cepat Tn.Hong memotong, malas nak dengar alasan Amanda tu.

"Hmmm" Tn.Hong menepuk bahu Amanda dan berlalu pergi meninggalkan Junmin dan Amanda berdua uishh.

"Jangan risau la aku akan jaga dia... kau tu kena jaga diri dah sedar diri tu albino" Ujar Junmin, cuba memujuk Amanda.

Memujuk la sangat.

"Diam kau jantan pemusnah -_-" Junmin memegang dadanya.

"Auchh (ノД')" Amanda menggelengkan kepala, baru sahaja dia ingin mengejar Tn.Hong, Junmim terlebih dahulu memegang lengannya.

"Kau nak cakap apa?" Soal Amanda malas.

"Tak payah buat tu" kata Junmin series.

"Buat apa?" Gadis itu mengerutkan dahi berpura-pura tidak faham.

"Tak payah gatal nak dermakan jantung kau kat Joshua, dah la albino"

Pak!

"Sakit seton!!" Junmin memegang kepalanya akibat diketuk oleh Amanda.

"Eh elok sikit aku lagi tua dari kau!!"

"Ceh riak -,-"

"Tak payah buat" kata Junmin lagi.

Gadis itu menggulingkan biji matanya, menyampah dengar ayat yang sama.

"Habistu siapa yang sanggup dermakan jantung untuk dia selain aku?" Soal Amanda sinis dan Junmin membalas senyuman itu dengan lagi sinis.

Itu membuatkan gadis itu mula rasa seram sejuk.

"Jangan risau babe" Junmin mengenyitkan matanya pada Amanda ceh menyempat lagi terus hilang rasa takut pada gadis itu.

Pak!

"Sakitlah noona!!"

"Jangan panggil aku noona la!!" Maka pertelingkahan besar mula berlaku di antara Amanda dan Junmin.

Tn.Hong yang berdiri tidak jauh dari mereka hanya memandang dengan datar.

"Dah kenapa dengan diorang tu?
@( ̄- ̄)@"


______
Double update!!!

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now