41

1.3K 188 100
                                    

Taehyung POV

Sampai sahaja aku dirumah, aku masuk ke rumah lalu mengunci pintu. Pelik mana Jisoo? Lampu semua buka tapi orangnya takde tidur ke? Awal lagi ni.

Aku naik ke atas untuk pergi ke bilik Jisoo mana tahu dia ada.

"Jisoo! Kau dah tidur ke?" Aku mengetuk pintu biliknya tetapi tiada sebarang sahutan dari dalam.

Hmmm tak pernah lagi dia buat macam ni selalunya kalau dia tidur pun dia still sahut panggilan dari aku. Nak tak nak aku kena masuk bilik dia la.

"Jisoo..." aku menolak pintu dengan perlahan nasib baik tak berkunci.

Tetapi Jisoo tiada di dalam biliknya. Mana pula mamat ni pergi? Kalau dia nak pergi mana-mana mestilah dia bagitau aku dulu.

Risau pula aku kalau omma dengan appa call tanya dia kat mana aku nak jawab apa? Tak pasal-pasal nanti kena panggang hidup-hidup.

Aku turun ke bawah dengan tergesa-gesa sambil mendail nombor Seungcheol mana tahu Jisoo ada dengan dia.

Sedang aku menunggu Seungcheol menjawab panggilan dari aku, mata aku tiba-tiba terpandang pintu sliding yang terbuka.

"Jisoo??" Aku menghampiri pintu sliding dengan berhati-hati.

//Taehyung, kau nak apa call aku malam-malam macam ni?//

Seungcheol yang berada di dalam talian aku hanya abaikan, biarkan je dia siapa suruh lambat angkat call.

"Yah Jisoo tak lawak la kalau kau nak bergurau dengan aku" kata aku selepas nampak seperti ada seseorang sedang berlari dalam gelap di laman belakang.

//Jisoo mana reti buat lawak halah kau ni aku nak tengok movie pun tak tenang//

Aku hanya biarkan je Seungcheol bebel benda yang merepek sebab sekarang dalam kepala aku ni Jisoo mana Jisoo??

Aku melihat lama belakang yang memang gelap gelita lalu aku mencari suis untuk buka lampu laman belakang.

"Ermm!! Ermm!" tiba-tiba aku terdengar seperti orang menjerit sambil kena tekup dengan bantal.

Perghh lain macam.

"Mana suis ni??" Kata aku perlahan. Maklum la gelap suisnya pula ada kat laman belakang memang tak nampak la.

//kau nak buat apa dengan suis?//

"Boleh tak kau diam"

//eh engko yang call aku pahal pula nak suruh aku diam//

"Diam la sengal" hambur aku lepastu aku dah tak dengar apa-apa pun. Dia dah tutup ke? Aku tengok telefon aku, tak end call pun merajuk la tu.

"Hah jumpa pun suisnya!!" Aku terus menekan suis itu lalu semua lampu terbuka satu persatu sehingga la aku ternampak susuk tubuh yang duduk bersandar di dinding.

"Jisoo!!" Aku menghampiri Jisoo yang sudah kena ikat di tangan dan kakinya tak lupa juga seletip di mulutnya.

"Siapa buat kau macam ni?! Sorry sebab tinggalkan kau seorang kat rumah!!" Aku memandang Jisoo, dia seperti bagi isyarat pada aku.

"Pahal kau ni? Kepala dok dongak-dongak" soal aku pelik siap aku ikut dongak sekali dengan dia.

"Ermm!! Ermm!!" Jisoo menolak aku dengan badannya seperti ingin aku pergi dari situ.

"Kau dah kenapa?! Cuba bagitau!!" Akibat tidak tahan dengan kelakuan pelik Jisoo, aku menarik seletip yang berada di mulutnya.

"BELAKANG KAU LA BONGOK!! LARI!!" Jerit Jisoo.

Selepas sahaja Jisoo menjerit di depan muka aku yang flawless ni, itulah kali terakhir ayat yang aku dengar sebelum aku jatuh pengsan akibat kena pukul dari belakang.

Shetan betui.

Sempat juga aku tengok wajah Jisoo yang risau sebelum aku betul-betul pengsan.

Sekali lagi natang betui orang yang pukul aku ni.

+++

Author POV

"Kim Taehyung oiii bangun!! Jangan dikau pengsan!!" Jerit Jisoo sambil menyepak muka Taehyung yang memang rasmi tak sedarkan diri.

"Kau buat apa sekali pun dia takkan bangun, sepak la lagi" kata seorang lelaki yang sedang meletakkan kayu di tanah yang dia gunakan untuk memukul Taehyung tadi.

Nak tahu nama dia.

Nama dia ialah Nam Junmin bakal adik Nam Jaehoon dan Nam Jungyon 🌚🌚

Astarghfirullah author engkorang bagi spoiler🌚🌚

Eh2

"Kauu..." Jisoo memandang Junmin tajam.

"Apa? Marah? Padan muka" Junmin menjelir lidah pada Jisoo.

Ya rabbi.

Jantan ni ikut perangai siapa ni?

"Sekarang jom kita tinggalkan mamat tu" kata Junmin lalu meletakkan kembali seletip di mulut Jisoo dan mengheretnya keluar dari rumah itu ikut pintu laman belakang.

Sempat juga dia tutup lampu bagi takde siapa tahu.

"Ermm!! Ermm!!" Jisoo meronta kuat tetapi usahanya sia-sia sahaja.

Akhirnya, Jisoo hanya mengalah kerana sudah penat. Kita hanya mampu redho.

Dia semakin risau apabila Junmin mengheretnya masuk ke dalam kereta dan mereka makin menjauh dari rumahnya itu.

Satu, dia risau dengan Taehyung yang memang official dah pengsan siap kepala berdarah lagi.

Dua, benda yang amat dia risau dan dia tak menjangka pun akan jadi macam ni iaitu ubatnya berada di dalam bilik dan dia tak simpan satu pun ubat dia dalam poket seluar.

Kalau ubat takde, confirm tak sampai seminggu dia memang takde harapan nak hidup.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now