67

570 102 38
                                    

"Junmin?" panggil Jisoo apabila kelihatan orang yang dikenalinya sedang berdiri di hadapan pintu wadnya, lepas je dia dengan Taehyung berborak sambil buat drama 20 sen terus dia halau Taehyung balik rumah mesti omma cari dia lagipun Taehyung pun belum sembuh sepenuhnya.

"Eh hai Jisoo!!! Kau dari mana?" soal Junmin setelah membalas sapaan jejaka itu,

"Taman, kenapa?" jawab Jisoo tanpa memandang Junmin, dia masuk ke dalam wadnya diikuti Junmin dibelakang masih tidak menjawab pertanyaannya sebentar tadi.

"Dah makan ubat?" tanya jejaka itu balik, Jisoo merengus geram serta gelengan kepala diberikan.

"Nak kena bebel dengan aku ke?" Junmin memandang rakannya yang sedang duduk di atas katil dengan sebal, kesihatan dia makin teruk pun still mengada tak nak makan ubat.

"Tak nak" Jisoo menundukkan kepalanya perlahan, cuba untuk tidak memandang rakannya, mana tau waktu dia pandang terus je kena bebel bertapa pentingnya makan ubat.

"Habistu? Dah tahu tak suka kena bebel cuba la makan ubat ikut timing" Junmin mengambil ubat yang sudah tersedia di atas meja di tepi katil Jisoo, dia menatap ubat itu lama.

"Suka hati aku la" omel jejaka bermarga Hong itu perlahan, tak berani nak cakap kuat takut kena marah balik.

"Dah lama tak nampak kau, baru sekali kau lawat aku" ujar Jisoo tiba-tiba sengaja menukar topik tentang 'kena makan ubat wajib makan'.

"Kenapa? Rindu aku ke?" gurau Junmin yang turut layankan aje si Jisoo ni nak main lari-lain dari makan ubat.

"Boleh la"

"Elele kau, pembedahan start bila?" soal Junmin lagi, bukan dia tak tau saje je nak tanya Jisoo lagipun Tn.Hong dah bagitau dia awal-awal bila Jisoo akan lakukan pembedahan.

"Esok, tengah hari" balasnya dengan tiada perasaan, dia tak tau nak rasa apa sedih? Gembira? Takut? Nervous? Entah la.

"So start malam ni kau tak boleh makan dan minum sampai kau habis bedah la kan" Junmin mengangguk faham apabila dia memandang Jisoo dengan riak wajah suramnya terus dia memeluk rakannya itu.

"Alololo takmo la sedih nanti kalau kau dah sihat kau makan la puas-puas" pujuk Junmin sambil menepuk belakang badan Jisoo lembut.

"Itupun kalau aku selamat" kata Jisoo di sebalik pelukan mereka, Junmin menggenggam bahu jejaka itu erat meleraikan pelukan mereka, dia memandang Jisoo sedalamnya.

"Yah! Jisoo! Kau mesti akan selamat percaya la cakap aku ni! Kau kuat! Lagi kuat dari aku dan yang lain tau so aku nak kau lawan dalam bilik pembedahan tu nanti" ujar Junmin tegas, cuba memberikan kata-kata semangat untuk rakan lamanya, Jisoo tak boleh menyerah sekarang tak boleh! Sudah banyak perkara yang Jisoo dah lalui dia tak boleh berhenti sekarang!

"Kau akan ada di samping aku kan?" Jisoo memandang Junmin dengan penuh berharap, walaupun Taehyung, ahli keluarganya dan Seventeen turut ada untuk menemaninya tetap dia berharap yang Junmin akan ada sekali menyokongnya berjuang di dalam bilik bedah itu nanti.

"Yup" jawab Junmin dengan penuh yakin.

"Betul?"

"Iyer lek ah kalau aku takde pun kau ada Taehyung dengan si Seventeen hape benda tah tu" kata Junmin malas, mengada betul la mamat ni nasib sayang member aku seorang ni.

"Tak lawak la, kau pun kawan aku juga" bantah Jisoo lalu menumbuk dada Junmin dengan perlahan.

"Hoho baru nak hargai aku ye"

"Ish dia ni"

"Ni dah kenapa peluk aku ni?" Jisoo menatap rakannya bingung, tiba-tiba je peluk dia kalau sekali takpe la ni dah dua kali dah ni main peluk-peluk.

"Shhh.. aku takut aku akan rindu pelukan ni, rindu sangat-sangat.. aku nak kau hidup" mendengar sahaja ucapan dari Junmin terus Jisoo membalas pelukan itu dengan erat lebih erat dari pelukan sebelum ni. Dia tak tau la kenapa dia rasa sedih sangat lepas dengar kata-kata dari rakannya itu.

"Iyer aku akan lawan nanti jangan la peluk kuat sangat!! Sesak nafas woi!!" Jisoo memukul badan Junmin, meminta jejaka itu meleraikan pelukan kalau ye pun nak peluk jangan la peluk kuat sangat nasib tak pengsan.

"Ehh sorry"

"Makan ubat?" Junmin tersengih sambil menunjukkan ubat itu dihadapan Jisoo, jejaka kelahiran dari LA itu mula membuat muka jijik.

"Alorh kau ni tak best la" rengek Jisoo, baru je moment tengah happy-sedih dah kena paksa makan ubat.

"Please, ini permintaan aku. Aku tak nak kau sakit lagi, aku tak nak tengok kau terbaring kat hospital lagi cukup la ini kali pertama dan terakhir kau terbaring kat hospital" pinta Junmin dengan wajah yang dibuat comel secomel yang mungkin.

"Ish yelah" Jisoo mengeluh perlahan, disebabkan muka Junmin yang hodoh sangat terpaksa la dia mengalah nasib baik dia sempat tahan diri dari tumbuk rakannya itu kalau tak mesti balik pipi lebam sebelah.

"Bagus" Junmin menepuk tangannya dengan gembira, apabila dia memandang Jisoo semula kelihatan jejaka itu seperti termenung atau lebih tepat lagi buat-buat yang ubat tu tak wujud di hadapannya.

"MAKAN UBAT SEKARANG!" jerit Junmin lalu memberikan dua pil ubat pada Jisoo dengan wajah bengis padahal bagi Jisoo wajah tu lagi hodoh dari dia cuba buat muka comel tadi.

"SABOR LER! TAK MENYABOR BETUL" pekik Jisoo balik, selang beberapa minit baru la dia makan ubat itu, Junmin memandang Jisoo yang sedang meneguk air dengan senyuman nipisnya atau lebih tepat lagi senyuman yang menyedihkan.








_________________

HAIIIII

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now