25

1.3K 210 19
                                    

Author POV

Keesokan harinya, Taehyung turun ke bawah dengan pakaian yang segak, kelihatan dia tergesa-gesa.

"eh Taehyung nak pergi mana tu?!" tegur Pn.Kim yang baru sahaja selesai menyediakan sarapan.

"nak keluar Taehyung ada hal" jawab Taehyung lalu mengambil roti yang sudah disapu jem.

"apa halnya pukul 7 pagi ni?! Jumpa dengan geng kamu ke?!" Pn.Kim mencekik pinggang.

"bukan la Taehyung nak pergi jumpa orang lain" Taehyung mengambil air coklat lalu diteguk.

"alah jumpa je sebelum tu pergi kejutkan Jisoo tadi omma ketuk pintu bilik dia tapi dia jawab hmmm je entah bangun ke tidak" terang Pn.Kim.

"alah omma dia dah besarlah pandai-pandai dia bangun sendiri" kata Taehyung malas.

"kamu nak keluar ke tidak? Kalau nak keluar bangunkan dia!!" arah Pn.Kim tegas.

"hmm yelah, mana appa?" soal Taehyung.

"mandi" jawab Pn.Kim yang sedang mengunyah makanan.

"Taehyung naik atas dulu" Pn.Kim mengangguk lalu melihat kelibat Taehyung yang sedang menaiki tangga sambil merungut.

"entah apa yang dia merungut budak seorang tu" kata Pn.Kim perlahan lalu menyambung kunyahannya.

+++

Tok! Tok! Tok!

"Jisoo bangun!!" Taehyung mengetuk pintu bilik Jisoo sambil memanggil Jisoo yang masih lena di dalam.

"hmmm..." balas Jisoo dari dalam.

"apa hmm hmm?! Bangun la aku nak keluar kejap lagi!" kata Taehyung bengang.

"ish kau pergi jelah pahal nak kejutkan aku" makin berapi badan Taehyung, di dalam fikiran Taehyung pasti sekarang ni Jisoo tengah selubung dengan selimut.

"ouhh tak nak bangun meh aku bangunkan secara dekat" Taehyung memulas tombol pintu dan iainya tak berkunci!

Dengan senyuman jahat Taehyung memasuki bilik itu, terpampang la Jisoo yang masih tidur walaupun sudah dikejut banyak kali.

"aku pelik betul la kau ni setiap hari dan setiap masa pakai baju lengan panjang tak panas ke?" Taehyung mengerutkan dahi.

"mana ada panas" Jisoo membuka matanya, terdorong kebelakang Taehyung kerana terkejut.

"hoho kau takut!!" ejek Jisoo.

"ini bukan takut! Tapi terkejut!" Taehyung membetulkan bajunya.

"amboi pakai segak-segak ni nak pergi mana?" tanya Jisoo sinis.

"jumpa kawan dah la pergi mandi omma ajak sarapan" kata Taehyung lalu keluar dari bilik.

"aku memang dah mandi pun" Jisoo turut keluar dari bilik itu.

"ok la aku pergi dulu bye!" Jisoo melambai kearah.Taehyung yang sudah menutupi pintu rumah.

Jisoo mula menghampiri meja makan.

"lambat bangun" tegur Tn.Kim.

"bangun awal tapi lambat keluar hehe" Pn.Kim menggelengkan kepala.

"dah makan banyak-banyak sikit omma tengok kamu ni kurus sangat" kata Pn.Kim.

"ok omma!!" Jisoo mengambil makanannya.

"haish bertuah betul si Taehyung tu boleh pula pagi-pagi ni dia keluar" ngadu Pn.Kim kepada Tn.Kim.

"biasa la tu pagi-pagi dia memang keluar macam la awak tak biasa" kata Tn.Kim.

"tapi Jisoo kan ada sekali macam tak elok pula kan" Jisoo menggelengkan kepala.

"takpe Jisoo tak kisah" Jisoo memegang tangan Pn.Kim lalu tersenyum manis.

"hmm yelah" Pn.Kim membalas senyuman Jisoo.

"ermm omma appa" Tn.Kim dan Pn.Kim memandang Jisoo.

"apa?"

"malam semalam Jisoo terserempak dengan appa Jisoo" terkejut Tn.Kim dan Pn.Kim.

"Jisoo bagitau semuanya sebab appa tanya kenapa Jisoo duduk Korea dengan Jisoo duduk dengan siapa" sambung Jisoo.

"jadi... appa Jisoo marah?" Jisoo mengangguk manakala Tn.Kim dan Pn.Kim hanya mengeluh kecil.

Tn.Kim dan Pn.Kim hairan pasti ada sebab tertentu kenapa appa Jisoo tidak membenarkan Jisoo pulang ke Korea.

+++

Ting! Tong!

Taehyung menekan loceng rumah agam itu untuk kali kedua selepas kali pertama tiada siapa yang menyahut.

Tiba-tiba seorang lelaki membuka pintu jelas kelihatan riak mukanya yang terkejut apabila melihat Taehyung yang tiba-tiba datang ke rumahnya.

"T-Taehyung macam mana kau tahu rumah aku?" tanya lelaki itu tidak percaya.

"aku tanya Jimin... sekarang nak bagi aku masuk ke tak Choi Seungcheol?" Seungcheol menggaru kepalanya.

"masuklah" pelawa Seungcheol, Taehyung mengangguk lalu masuk kedalam rumah Seungcheol.

'apa mimpi budak dingin ni datang rumah aku?' bisik hati Seungcheol.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now