60

1.3K 138 46
                                    

Jisoo menghembus nafas dengan perlahan, cuba untuk menenangkan diri. Ingatkan dirinya untuk menarik rambut sekor-sekor di luar wad, nak tutup tu cuba la bagi signal dulu nasib tak terjerit dia kat situ.

"Kau boleh buat Jisoo, jangan gelabah dia kat depan mata kau je" Jisoo memandang Taehyung yang masih terbaring di atas katil, dengan perlahan dia duduk di sebelah jejaka itu.

"Erkk hai Taehyung"

"Aku datang sini sebab nak minta kat kau, disebabkan aku kau terlantar kat atas katil ni" ujarnya lalu dia memegang tangan Taehyung yang sejuk itu.

"Aku takut, Taehyung. Aku takut..." luahnya, air matanya mula mengalir jatuh ke pipi.

"Aku takut apa yang akan jadi lepasni, aku tak berani nak hadap semua ni seorang tapi aku tak nak kau sakit lagi"

"Mianhei sebab susahkan kau dan family kau tapi jangan risau lepasni kau takkan jumpa aku lagi dah atau aku yang takkan jumpa kau lagi" Jisoo ketawa kecil, cuba menyembunyikan perasaan sedihnya. Pada masa yang sama dia berharap sangat apa yang dikatakannya sebentar tadi tak akan berlaku.

"Maybe perjumpaan ni adalah perjumpaan yang terakhir? Kalau kau nak jumpa aku kau kena bangun" dia mengelap air matanya lalu memandang Taehyung seperti ingin mencabar jejaka itu.

"Aku sebagai kawan kau, aku nak tengok kau bangun please sebelum aku pergi?" Jisoo mengeratkan lagi pegangannya pada tangan Taehyung lalu dia membaringkan kepalanya di sebelah Taehyung, tiba-tiba dia berasa penat badannya ingin rehat.

"Tolong la bangun..." ujarnya sebelum dia menutup matanya.

+++

Manakala, di luar wad Taehyung semua menunggu Jisoo dengan wajah tenang dan risau.

"Korang ni kan kejam la tinggalkan Jisoo seorang kat situ" marah Seokjin.

"Eh aku pula hyung yang cadang" bantah Jungkook, asyik-asyik dirinya dipersalahkan cuba la salahkan nurse ke acik guard ke.

"Hyung ni risau sangat baru 20 minit kita letak dia dalam tu belum lagi sejam" ujar Yoongi selamba, dia seorang je yang nampak tenang, Seungcheol dan Chan pula sampai gigit kuku tangan dan kaki sebab terlebih fikir negatif.

"Eh kamu semua kenapa tak masuk?" Tegur Tn.Kim yang baru sahaja tiba, tengok dari segi pemakaian nampak seperti Tn.Kim baru habis kerja di pejabatnya.

"Pak cik Kim!!" Tn.Kim memandang Seungcheol dan Chan hairan, dia tak pernah nampak pula dua orang jejaka ini kawan baru Taehyung mungkin.

"Kitaorang tak masuk sebab nak bagi ruang kat Jisoo, dia kata nak lawat Taehyung" jawab Hoseok sopan.

"Ouhh kalau macam tu pak cik masuk ye" semua memberi laluan untuk Tn.Kim masuk. 

Pintu dibuka perlahan kelihatan kepala Jisoo yang elok berbaringkan di atas katil Taehyung.

"Eh tidur pula Jisoo ni" Tn.Kim tersenyum kecil, kadangkala dia berasa kasihan melihat ujian yang ditimpa Jisoo dah la sakit, appanya pula jenis yang memaksa ditambah pula dengan isterinya yang sekarang marahkan Jisoo walhal jejaka itu tidak buat salah apa pun.

"Jisoo bangun... sakit la badan kalau tidur macam tu" Tn.Kim menggoncang badan Jisoo perlahan, cuba membangunkan jejaka itu tetapi dia tetap tidak bangun.

"Jisoo?" Tn.Kim menggocang badan Jisoo dengan lebih kuat, akibat goncangan itu badan jejaka itu hampir jatuh menyembah bumi tapi sempat ditahan oleh Tn.Kim.

"Jisoo? Jisoo?!" Ditepuk pipi Jisoo bagi sedarkan jejaka itu namun hampa. Tn.Kim mula memeriksa nadi Jisoo.

"Takde nadi?! Doktor!!!" Jerit Tn.Kim, air matanya mula mengalir deras.

"Kenapa pak cik?! Jisoo?!" Seungcheol dan Chan terus meluru kearah Jisoo.

"Panggil doktor sekarang!!" Namjoon mengangguk lalu berlari memanggil doktor bertugas.

"Angkat dia pergi wad dia!!" Arahnya, Seungcheol dan Chan terus mengangkat Jisoo dan dibantu oleh Jimin dan Jungkook.

Hoseok dan Seokjin meraup wajah mereka dengan kesal manakala Yoongi hanya duduk terpaku.

"Ya tuhan kau bagi la dia peluang untuk hidup sekejap pun takpe la" Tn.Kim memandang Taehyung, diusap rambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang.

"Taehyung, tolong la bangun jumpa dia sebelum terlambat"






__________

Sorry lambat updateeee sis penat nak bersedih dalam story ni hiks jshshshhsshhs

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now