42

1.5K 187 86
                                    

"Woi kau basuh baju aku!!" Taehyung mencampak bakul baju kotornya di hadapan Jisoo.

"Asal pula aku?! Kau ada bibik kan suruh la dia yang buat!" Bantah Jisoo.

"Kau la bibik aku!!" Taehyung menunjuk Jisoo dengan muka berlagak lagikan hodoh.

"Dalam mimpi jelah!!" Jisoo menolak Taehyung sehingga jatuh terbaring.

Tiba-tiba pandangannya menjadi kelam.

"Taehyung~~" Taehyung mengerutkan dahinya tetapi dia masih menutup katanya, kepalanya terasa sakit.

"Taehyung bangun!!"

Terus terbuka mata Taehyung mendengar jeritan orang yang dikenalinya.

Mimpi rupanya tadi.

"Adehh sakitnya" Taehyung mengusap kepalanya yang berbalut itu. Dia memandang sekeliling pahal biliknya warna putih ni?

"Seungcheol?" Taehyung mengerutkan dahinya.

"Ye ni aku" Seungcheol menunjuk pisnya.

"Apa jadi ni? Aku kat mana? Ni kenapa kepala aku berbalut? Mana Jisoo?" Soal Taehyung bertalu-talu.

"Tenang bro tenang. Kau sekarang kat hospital aku jumpa kau pengsan kat rumah dengan kepala kau yang berdarah dan Jisoo dia kena culik" jawab Seungcheol satu persatu.

"What? Jisoo kena culik?!" Soal Taehyung inginkan kepastian.

"Iye kau kira bersyukur tau aku tak end call masa kau call aku dan aku dapat rakam perbualan Jisoo dengan lelaki ni" Seungcheol menunjukkan telefonnya.

"Bagi aku dengar!!" Pinta Taehyung.

"Aip! Satu ayat seringgit!!"

"Woi waktu genting macam ni sempat lagi kau berkira ek?!"

"Gurau der gurau cuba rilek" kata Seungcheol acuh tak acuh lalu membuka rakaman itu.

Masing-masing mula series mendengar rakaman itu sehingga selesai.

........

"Sekejapnya" kata Taehyung selepas Seungcheol menyimpan telefonnya.

"Nak buat macam mana dah diorang borak benda tu je"

"Jadi Jisoo kenal lelaki tu? Jisoo hutang apa ek kat lelaki tu? Curious juga aku" Taehyung mengusap dagunya.

Seungcheol hanya diam saja, malas nak menyibuk dengan andaian Taehyung yang makin menjadi-jadi.

"Hmm yang aku pasti kau kena rehat dan omma dan appa kau otw ke sini" ujar Seungcheol membuatkan Taehyung ternganga.

"Kau bagitau diorang ke?!"

"Dah omma kau call!! Aku jawab jelah benda yang jujur!!"

Taehyung mengusutkan rambutnya, waduh-waduh bikin serabut la dengan Jisoo yang kena culik, tak tahu dia kat mana.

"Aku nak balik ni ada hal sikit" Seungcheol melihat jamnya, kelihatan yang sememangnya dia ingin keluar.

"Hmm yelah thanks tolong aku"

"Welcome kalau kau nak cari Jisoo call aku dulu ok bye"

Taehyung melambai ke arah Seungcheol sehingga la kelibatnya sudah tidak lagi kelihatan.

"Haish Jisoo ni sentiasa buat orang risau"

+++

Sampai sahaja di salah satu rumah teres yang lama, Junmin menghentikan enjin kereta lalu keluar mengambil Jisoo di seat belakang.

"Dah jalan, aku malas nak heret kau masuk dah la berat" kata Junmin selepas dia membuka ikatan di kaki Jisoo.

Jisoo hanya menjeling sahaja lalu masuk ke dalam rumah itu dengan pengawasan Junmin.

"So how? Suka?" Soal Junmin lalu duduk di sofa yang lusuh.

Jisoo mengeleng laju dengan mukanya yang datar.

"Ouch! Sakitnya! Tapi sorry la kau kena duduk kat sini lama sikit" ujar Junmin lalu masuk ke ruang dapur.

Jisoo yang rasa masa sekarang ni ialah masa yang sesuai untuk  melarikan diri menapak kebelakang dengan perlahan.

"Jangan cuba nak lari ek aku dah kunci pintu depan!!" jerit Junmin dari dapur, membuatkan harapan Jisoo untuk melarikan diri musnah.

Jisoo mengeluh perlahan lalu duduk di sofa itu dengan longlai.

"Alah jangan la sedih cuba la happy sikit" Junmin pergi ke ruang tamu sambil membawa dua cawan berisi jus oren.

"Ok!!" Junmin menarik seletip di mulut Jisoo.

"Kau nak apa ni?! Kenapa culik aku?! Aku tak buat salah apa-apa pun kat kau!!" Kata Jisoo tiba-tiba.

"Woo rilek la jangan jadi agresif sangat" Junmin memegang bahu Jisoo cuba untuk menenangkannya.

"Kau kata aku nak apa? Hmmm maybe jantung kau?"

Terus pucat wajah Jisoo mendengar jawapan dari Junmin yang psiko tu.

"Hahahaha gurau la gurau jangan la takut sangat" Junmin menutup mulutnya bagi menahan gelaknya yang semakin berleluasa.

"Lawak sangat ke hah?" Soal Jisoo dingin.

"Lawak la!! Tengok muka pucat kau tu hahahahahaha!!" Gelak Junmin makin kuat siap siap tepuk meja di depannya dengan kuat lagi.

"Ok dah habis gelak herm!" Wajah Junmin kembali series seperti gelaknya tadi tidak memberi kesan langsung padanya.

"Apa salah aku sampai kau culik aku? And aku kenal kau ke?" Soal Jisoo sekali lagi.

Junmin meraup wajahnya.

"Kau ni memang cepat pelupa kan?"

Jisoo mulai bingung.

"Apa maksud ka—

"Aku Nam Junmin ingat tak?" Junmin mengangkat keningnya.

"Ermm tak" jawab Jisoo.

Junmin menepuk dahi.

"Haish lelaki ni" mahu sahaja Junmin mencepuk kepala Jisoo dengan meja di depannya ni tapi ditahan sahaja.

"Harap kau ingat benda ni! Dua tahun lepas, kat LA, member yang kau paling sayang rasanya tu je kot aku boleh bagi" ujar Junmin lalu bangun dari duduknya dan naik ke atas.

Jisoo yang mula-mula tadi blank mula teringat sesuatu.

"Ahh tak guna pasal tu..."



__________

Inilah dia Nam Junmin anak Nam Jaehoon hiks

Siapa kenal idol ni wuhuu my husband yang baru sejak dia debut lagi hiks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Siapa kenal idol ni wuhuu my husband yang baru sejak dia debut lagi hiks

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now