9

1.5K 222 112
                                    

"eh korang dah kenal ke?" tanya Pn.Kim riang.

"lebih dari kenal omma! Dia ni sekelas dengan Tae dan tablemate Tae!!" jawab Taehyung lalu menjeling Jisoo.

"apa jeling-jeling orang? Nanti mata juling baru tau" kata Jisoo selamba.

"aipp jangan gaduh! Hamboi dah besar macam ni pun nak gaduh!!" tegas suara Tn.Kim.

"eh awak gaduh dengan saya boleh pula" Pn.Kim mencekak pinggang.

"itu gaduh-gaduh manja je" kata Tn.Kim malu-malu.

"mengada!" Pn.Kim menumbuk dada Tn.Kim perlahan.

"eh awak la yang mangada"

"mana ada!"

Taehyung dan Jisoo tercengang melihat drama yang agak tak berbaloi didepan mata mereka.

"ehem! Omma appa behave" tegur Taehyung.

Serta merta riak Tn.Kim dan Pn.Kim kembali series.

"mulai sekarang Jisoo dah jadi ahli keluarga kita dan dia akan tinggal disini!!" Pn.Kim berhora horey seorang diri.

"terima kasih omma appa sebab ambil Jisoo jadi anak angkat walaupun Jisoo ni takde apa-apa" kata Jisoo segan.

"sama-sama alah kami tak kisah pun harap Jisoo selesa ye duduk kat rumah ni" Jisoo mengangguk.

"menyampah" kata Taehyung perlahan.

"kamu Taehyung tolong layan dia macam dia ni sibling kamu" arah Tn.Kim.

Taehyung hanya diam.

"haish" Pn.Kim mengeluh perlahan, anaknya makin lama makin keras kepala.

"Jisoo kamu boleh masuk ke bilik kamu, bilik kamu kat sebelah bilik Taehyung nanti maid tunjuk mana satu biliknya"

"Omma!!" bentak Taehyung, Pn.Kim senyum melihat Jisoo yang hanya mengangguk.

Selepas sahaja Jisoo masuk ke biliknya,  Pn.Kim segera menarik lengan Taehyung sehingga belakang rumah.

Tn.Kim hanya mengikuti arah tujuan bininya.

"omma ni kenapa?! Tarik orang sampai belakang rumah" Taehyung merentap lengannya.

"omma yang patut tanya kamu ni dah kenapa! Kenapa kamu tak suka sangat dengan Jisoo tu?!" tanya Pn.Kim berang.

"tak suka la! Kita tak kenal pun siapa dia apa asal usul dia tiba-tiba omma ambil dia jadi anak angkat! Taehyung tak kenal dia pun!!" jawab Taehyung panjang lebar.

'kamu kenal dia sangat Tae" bisik hati Pn.Kim.

"boleh tak kamu layan dia macam dia tu sibling kamu?!"

"kalau Tae tak nak?" Taehyung senyum sinis.

"kamu nak ke omma kongkong hidup kamu? Tak boleh lepak lagi dengan grup kamu" ugut Pn.Kim.

"what?! Fine!! Tae akan layan dia macam sibling Tae!! Tapi Tae takkan terima dia sebagai sibling Tae!!"

Klek!

"ops sorry ganggu" sengih Jisoo.

Niat Jisoo turun kebawah untuk mengambil air terbantut apabila terdengar perdebatan diantara Pn.Kim dan Taehyung.

Taehyung terus masuk ke bilik sempat lagi dia melanggar bahu Jisoo. Nasib baik bukan bahu yang ada lebam tu.

"Jisoo dengar semuanya ke?" tanya Pn.Kim lembut.

"yup, maaf ye sebab menyusahkan aunty dengan uncle" Jisoo tersenyum nipis.

"tak Jisoo tak salah lagipun omma memang dah janji dengan dia untuk cari kamu" Pn.Kim mengusap pipi Jisoo.

Jisoo mula teringatkan kepada ommanya. Tiba-tiba Jisoo menangis.

"terima kasih sebab terima Jisoo walaupun aunty dengan uncle dah tahu kisah silam Jisoo yang teruk" Jisoo mengelap air matanya.

"itu benda lama la dah jangan panggil uncle dengan aunty, Jisoo kena panggil kami appa dan omma" Tn.Kim menepuk bahu Jisoo.

"ok appa" Jisoo senyum semula.

"dah jangan menangis" pujuk Pn.Kim.

"yelah omma" Jisoo tergelak kecil.

"pergi masuk bilik lepastu mandi bau dah macam sardin ewww" Pn.Kim menolak badan Jisoo.

Tergelak Jisoo dan Tn.Kim seketika dengan karenah Pn.Kim.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now