62

1K 140 64
                                    

"Taehyung, makan?" Taehyung memandang ommanya yang ingin menyuapkannya makanan. Walaupun dia baru sahaja bangun dia tetap rasa takde selera nak makan tak tau la kenapa.

"Omma masak bubur tu?" Soal jejaka itu.

"Yup kamu kan suka bubur ayam? Buka mulut tu omma suap" arah Pn.Kim lalu menyuapkan makanan pada anaknya.

"Taehyung!!" Pn.Kim dan Taehyung memandang Tn.Kim yang sedang mencari nafas. Gile tak penat dari tingkat 20 kena turun tingkat 17.

"Eo? Appa!!" Tn.Kim memeluk Taehyung erat.

"Macam mana keadaan dia?" Soalnya selepas meleraikan pelukan anaknya.

"Semakin baik tapi kena tahan lagi la" jawab Pn.Kim.

"Bila la boleh keluar dari tempat ni? Orang nak jumpa kawan-kawan" rungut Taehyung dengan mulut yang penuh dengan bubur.

"Maybe dalam minggu ni kamu keluar la sabor la sikit" balas Pn.Kim sambil mengacau bubur.

"Appa! Mana Jisoo?" Soal Taehyung hairan, ingatkan Jisoo ada datang bersama appanya tetapi hampeh. Jejaka itu dah bencikan dia ke sampai tak nak jenguk dia kat wad.

Belum sempat Tn.Kim menjawab Pn.Kim memotong terlebih dahulu.

"Buat apa nak cari dia?" Ujar Pn.Kim kurang senang dengan soalan Taehyung itu.

"Kenapa dengan omma ni? Asal Taehyung tanya pasal Jisoo je mesti omma moody" luah Taehyung, dari tadi Pn.Kim asyik moody apabila nama Jisoo disebut oleh Taehyung.

"Sebab dia la kamu masuk hospital tau cedera sana sini" balas Pn.Kim yang masih mencari kesalahan Jisoo.

"Omma! Jisoo tak salah la waktu tu Taehyung yang nak selamatkan dia" terang jejaka itu tenang, kenapa nak salahkan Jisoo sedangkan dia yang mahu selamatkan jejaka itu dengan rela.

"Kalau dia takde kamu takkan terlantar kat katil ni!!"

"Cukup!! Apa awak ni?! Hari tu awak rasa bersalah dengan Jisoo ni dah jadi lain pula!! Buang la baran awak tu!" Maran Tn.Kim, dah lama dia bersabar dengan perangai keras kepala isterinya itu terluah juga akhirnya.

Pn.Kim dan Taehyung hanya mendiamkan diri, tidak berani memandang wajah gerun Tn.Kim itu.

"Dia sekarang terlantar kat atas katil!! Lagi teruk dari Taehyung!! Awak sukakan dia pergi?!" Taehyung memandang Tn.Kim dengan penuh keliru, apa dah jadi dengan Jisoo sepanjang dia terlantar di atas katil ni?

"Apa maksud appa?" Tn.Kim terdiam, setelah Taehyung banyak kali mendesaknya dia mengeluh perlahan. Nampaknya rahsia yang selama ni dia sorokkan bersama Jisoo terbongkar akhirnya.

"Jisoo, dia sakit" Taehyung dan Pn.Kim terkaku, Tn.Kim pula terus meminta diri keluar dari bilik itu, dirinya mahu menangis tetapi dia kena kuat di depan keluarganya jikalau dia menangis pasti Taehyung dan Pn.Kim akan lemah juga.

+++

"Jisoo bangun la jom borak dengan appa mu yang hensem ni, appa bosan omma pun tengah tunggu Jisoo katanya rindu" Tn.Hong memegang tangan sejuk Jisoo, dia memandang anaknya yang masih tidur dengan tenang seperti tiada masalah yang berlaku padanya sebelum ni.

"Haish degil tak makan ubat kan dah jadi macam ni kalau kamu balik LA awal-awal semua ni takkan jadi, Junmin pun hilang entah kemana dia merajuk la tu dengan kamu" bebel Tn.Hong lagi tiba-tiba dia terdengar pintu diketuk dan pintu itu dibuka perlahan.

"Maaf ganggu" Taehyun menunduk hormat pada Tn.Hong dan diikuti Pn.Kim. Dapat juga dia keluar dari wad itu setelah puas Taehyung memujuk doktornya untuk menjenguk Jisoo nasib baik doktornya bagi kalau tak mungkin dia dah lari keluar wad.

"Masuklah, Taehyung dengan Pn.Kim pun ada?" Tn.Hong tersenyum walaupun dia tau layanan yang diberi oleh Pn.Kim pada Jisoo setelah Taehyung kemalangan, dia tetap senyum sebab Pn.Kim adalah omma angkat Jisoo.

"Maaf la ganggu sebenarnya saya nak minta maaf kat dia" terang Pn.Kim dengan penuh serba salah, disebabkan barannya yang tak dapat dikawal habis Jisoo yang selalu dia sayang menjadi mangsa barannya.

Tn.Hong mengangguk faham.

"Pergi la cakap dengan dia alang-alang tu bangunkan dia sekali" Tn.Hong bangun dari duduknya lalu memberi ruang untuk Pn.Kim dan Taehyung masuk ke dalam.

"Taehyung cakap dengan dia dulu nae?" Pn.Kim menepuk bahu Taehyung sebelum dia keluar dari wad itu bersama Tn.Hong.

Setelah pintu itu ditutup, Taehyung menarik nafas dan dihembus perlahan. Dia duduk di kerusi yang disediakan, air matanya mula bertakung apabila melihat wajah pucat Jisoo dan badan jejaka itu yang agak nak susut sedikit.

"K-kau degil.." ujar Taehyung, air matanya mula mengalir apabila teringat kembali apa yang diceritakan oleh Tn.Kim dari Jisoo terpaksa berpindah dan menunggunya sehingga omma Jisoo menculiknya dan menderanya sehingga dia mendapat penyakit masalah jantung.

"Aku dah kata kan jangan simpan derita kau seorang diri, Kenapa kau degil sangat?" Jejaka itu mengelap air matanya, nak marah Jisoo lama-lama pun tak boleh sebab dia tak sampai hati.

"Sebab tu ke kau suruh aku janji dengan kau?"

"Apa salah kau sampai dapat ujian macam ni?"

"Please aku tak nak kehilangan kau lagi, aku nak spent time dengan kau bersama-sama dengan yang lain" Taehyung menggenggam tangan Jisoo perlahan, dia mengusap tangan jejaka itu dengan lembut.

"Aku nak kau bangun, kita lalui hidup macam biasa"

"Kita jawab exam sama-sama stress sama-sama"

"Semua budak kat sekolah cari kau termasuk cikgu tau" cerita Taehyung lagi, sememangnya semua rindu akan Jisoo rindu dengan perangai tak semengah jejaka itu.

"Kau tak rindu diorang ke?"

"Hari tu kau minta aku bangun sekarang aku nak kau bangun pula, lawan sakit kau tu"

"Walaupun aku tau ni sekejap je tapi aku nak buat kau happy untuk k-kali t-terakhir" pinta Taehyung dengan sebak, dia tau dia kena bersedia jikalau Jisoo akan meninggalkannya lagi tetapi bukan untuk sekejap tetapi selama-lamanya dan dia takkan biarkan benda tu akan terjadi.

"Bangun ye Jisoo, Aku akan tunggu" Taehyung tersenyum perlahan lalu mengusap rambut Jisoo dengan lembut. Tanpa dia sedari air mata Jisoo jatuh perlahan.







____________

I'm gonna cry hiks ENJOY SEMUAAA *baling kotak tisu*

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now