4

1.9K 226 138
                                    

Taehyung memandang Jeonghan yang sedang khusyuk menyalin nota yang diberi oleh guru Inggeris mereka.

Nasib baik guru mereka dalam mood baik jadi dia lepaskan Jeonghan kerana lambat masuk.

Dia tiada mood untuk belajar memang tiap-tiap hari takde mood lagi-lagi kelas inggeris. Taehyung memandang meja disebelahnya yang kosong hanya beg sahaja yang berpenghuni kat situ.

'haish dia ponteng kelas ke? Takkan la sebab aku marah dia macam tu terus ponteng? Cengeng betul' Taehyung mencebik perlahan lalu dia sambung menyalin nota.

Kringggg!!

Loceng mula berbunyi menunjukkan sudah tiba waktu rehat.

Taehyung mengemas mejanya usai sahaja guru mereka keluar, dia mahu bertanya kepada Jeonghan pasti Jeonghan tahu keberadaan Jisoo.

"TAEHYUNG HYUNGGG" Jungkook masuk ke kelas dengan riangnya lalu memeluk Taehyung.

Pelajar yang berada di dalam kelas itu hanya  buat tidak endah kerana sudah biasa dengan kemunculan budak gigi arnab.

Taehyung mengeluh kecil apabila tidak sempat memanggil Jeonghan kerana kelibatnya sudah pun lesap.

"Jungkook nak apa?" Taehyung memandang Jungkook dingin, sungguh dia tiada mood untuk bercakap dengan orang sekarang ni.

"jom makan! Hyung yang lain dah tunggu" Jungkook menarik lengan Taehyung.

Taehyung ikut sahaja arah tujuan Jungkook, tiba sahaja di depan pintu kelas Taehyung berselisihan dengan Jisoo yang ingin masuk ke kelas.

Taehyung menoleh memandang Jisoo yang sedang meletakkan kepala diatas meja.

'tak makan ke dia?' bisik hati Taehyung.

"hyung tengok apa?" Taehyung tersentak lalu memandang Jungkook yang sedang mengangkat kepala untuk tengok sekali.

"takde apa-apa!! Dah jom pergi kantin yang lain dah tunggu" Taehyung terus menolak badan Jungkook dengan cepat.

+++

Jisoo termenung seketika, selepas sahaja dia mengetuk kepala Seungcheol dengan menggunakan ubat nyamuk dia terus keluar dari bilik rawatan tanpa memandang Seungcheol yang pengsan di katil.

"huhuw kuanghajor betul Seungcheol tu" marah Jisoo.

"dah la orang tengah lapar hiks duit takde halahh" Jisoo meracau seorang diri.

Tiba-tiba dia terlanggar pencil box Taehyung.

"gulp! Mampus la aku kalau dia nampak pencil box jatuh!!" segera Jisoo mengutip pencil box Taehyung dengan isi dalamnya yang terkeluar dia pun kutip.

Matanya terpandang satu barang yang menarik perhatiannya lalu kutip. Diteliti seketika barang itu dia mula perasankan sesuatu.

Jisoo melopong.

Oh

My

Title comeback hiks

"woi buat apa tu?" Jisoo terkejut lalu memandang orang didepannya dengan tajam.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now