40

1.1K 162 12
                                    

Jisoo menghampiri meja makan ketika dia ingin turun sebentar tadi, Taehyung sudah tidak kelihatan keluar mungkin.

Dia mengambil satu nota yang terselit di bawah pinggan lalu baca.

Aku keluar. Jangan tunggu aku, mungkin aku balik lambat. Take care.

P/s: tolong basuhkan baju aku hehe

-Kim Taehyung

"Siapa yang nak tunggu dia? Eii perasan" Jisoo menyimpan nota itu di poket seluarnya lalu duduk untuk makan.

Usai sahaja makan, Jisoo masuk ke dalam biliknya bersama segelas air ditangan lalu dia mengambil ubatnya yang tersimpan kemas di dalam laci.

Dengan malasnya Jisoo menelan ubat itu lalu meneguk air bagi senang sikit nak hilangkan rasa pahit ubat itu.

Jisoo meletakkan gelas kaca yang kosong itu di atas meja lalu baring memandang siling yang berwarna putih. Tiba-tiba dia teringatkan pesanan dari Taehyung.

"Basuh baju dia? Eh memang tak la aku nak basuh baju dia tu pemalas betul" kata Jisoo seorang diri.

"Huwarggggggghhhh bosannnnn!!" Jerit Jisoo di dalam bilik itu, nasib baik tak bergema.

"Nak call ke tak minah albino tu? Hmmm" Jisoo memegang dagunya, berfikir untuk call mak ciknya merangkap anak angkat neneknya di LA.

"Tak payah la nanti dia marah aku pula sebab kacau dia" Jisoo menatap telefon pintarnya lama.

Bam!

Jisoo tersentak apabila terdengar bunyi yang agak kuat di luar biliknya.

"Taehyung dah balik ke?" Jisoo keluar dari biliknya, dia melihat ke bawah tetapi tiada orang.

"Woi Taehyung" Jisoo membuka pintu bilik Taehyung tetap tiada orang di situ.

Bam!

Jisoo mengerutkan dahinya, bunyi itu masih lagi ada. Jisoo turun ke bawah untuk memeriksa mana tahu ada pencuri ke.

Jisoo menghampiri laman belakang, dia seperti ternampak seseorang di laman belakang itu dan kelihatan pintu untuk pergi ke laman belakang tidak tertutup rapat.

Jisoo membuka pintu itu dengan berhati-hati takut orang itu menyerangnya, dia berharap semoga takde benda yang tidak elok berlaku.

+++

Taehyung mengusap dadanya, tiba-tiba rasa tidak sedap hati.

Dia sekarang menunggu seseorang di tepi tasik, takde la lama dia tunggu dalam 5 minit juga dia tunggu orang itu sesekali dia tengok jam takpun maki orang tu sebab belum sampai.

"Mana pula budak ni" rungut Taehyung, dia ingin pulang ke rumah dengan segera.

"Hah nak apa jumpa aku ni?" Akhirnya muncul pun orang yang ditunggu oleh Taehyung iaitu Park Jimin.

"Aku dengar semuanya dari Yoongi hyung, kau minta orang cari maklumat pasal Jisoo" kata Taehyung, riak muka Jimin kelihatan terkejut tapi Jimin cuba mengawalnya.

"So?" Soal Jimin selamba, macam nak cari gaduh pun ada.

"Hentikan semua ni takde faedah pun kau cari" ujar Taehyung walaupun rasa seperti tercabar.

"Heh bukan semu—

"Kau kawan baik aku Jimin, please hentikan" rayu Taehyung.

"Aku kawan baik kau ke? Series?" Soal Jimin sinis.

Taehyung mengangguk.

"Kalau aku ni kawan baik kau jauhkan diri kau dari Jisoo itu je aku nak lepastu aku akan hentikan semua yang aku buat" Jimin memeluk tubuh.

Taehyung menggaru kepalanya, susah nak ikut ni sebab dia dengan Jisoo duduk serumah waduh-waduh.

"Hmmm ok" kata Taehyung yakin.

"Ok aku akan hentikan semua benda yang aku buat pasal Jisoo" Taehyung mengangguk faham.

"Aku balik dulu la bye Jimin!!" Taehyung terus berlari balik ke rumah sempat juga dia melambai ke arah Jimin.

Jimin hanya berdiri tegak memandang tubuh belakang Taehyung yang sedang berlari, dia mengeluh kecil.

"Sorry Taehyung, aku terpaksa tipu kau. Aku takkan berhenti cari biodata pasal Jisoo" Kata Jimin lalu berlalu pergi.

Who Are You? || Joshua × V ||Where stories live. Discover now