MDL 1

32.9K 254 17
                                    

Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana sama si dia seorang

"Bangun, Be. Tetamu kita akan sampai hari ini," mama menarik selimut yang masih membungkus tubuhku.

Aku mengeliat malas di atas katil. Sempat ku kerling jam di dinding. Jarum jam menunjukkan pukul enam pagi.

"Masih awal, ma," aku menarik kembali selimutku. Pukul enam pagi bagiku terlalu awal untuk bangun pagi.

"Bangun, Miss Be!"Mama kembali menarik selimutku. Kali ini, mama bukan hanya menarik selimutku, tetapi selimut itu digulungnya lalu dilontarkan ke dalam bakul pakaian kotor.

" Mama.., " aku bangun sambil memuncungkan bibir. Aku menghentak-hentakkan kaki sambil menuju ke meja solek.

"Tak perlu lihat cermin dulu, Be. Pergi mandi," mama mencapai tuala mandiku dan mencampakkannya ke atas kepalaku.

"Mama terlalu tegas dengan anak mana. Padahal aku satu-satunya anak gadis mama," kataku.

"Kerana kamu satu-satunya anak gadis mama lah mama harus tegas dengan kamu, Be. Ingat, kamu tu sudah masuk dua puluh dua tahun. Gadis-gadis lain sebaya kamu di kampung ini semua sudah berumah tangga," mama bercekak pinggang menghadapku.

"Ada juga yang belum, ma. Susie belum," jawabku. Susie adalah sepupuku merangkap sahabat baikku di kampung ini.

"Sudah, jangan banyak membantah mama. Cepat mandi. Pukul tujuh nanti kamu dan Susie perlu menjemput tetamu kita di airport," ibu berbalik meninggalkan bilikku.

"Malas!" aku mendengus. Mengambil tetamu di airport adalah salah satu aktiviti yang paling aku tak suka. Menunggu, kemudian terpaksa mengangkat beg berat mereka, itulah yang aku cuba hindari. Tetapi siapa lagi yang boleh menjalankan tanggungjawab itu melainkan aku. Mama dan papa tidak tahu mengenderai kereta. Susie pula belum lagi mendapatkan lesen memandunya.

Aku bersiap ala kadarnya. Jeans biru panjang selutut serta baju t berlengan pendek menjadi pilihanku. Rambut yang panjang aku ikat agak tinggi.

" Siapa namanya, ma?" tanyaku sebelum berangkat. Mama melihat dalam daftar catatannya.

"Rery Clayton," mama menyebut nama tetamu yang akan menginap di homestay kami untuk selama beberapa bulan ini.

"Rery Clayton," aku mengulang menyebut nama itu. Susie yang duduk di sebelahku hanya tersenyum sumbing.

"Bagaimana rupa orangnya ya, Sie?" tanyaku. Kalau ikutkan namanya, mesti orangnya tampan. Lagipun dia orang putih, mestilah dia seorang yang kacak.

"Jangan-jangan orangnya tua, Be. Tua macam yang datang beberapa bulan lalu," kata Susie.

"Hem.. Betul juga," aku mengiyakan, mengingat beberapa bulan yang lalu homestay kami dihuni oleh seorang warga Australia berusia enam puluh lima tahun.

"Apa yang kita harap pada mereka, Be. Tampan atau tidak, mereka tidak akan memandang orang macam kita," keluh Susie.

Aku dan Susie adalah dua gadis yang mempunyai impian gila-gila. Tahu apa impian kami? Sudah tentu mengimpikan untuk dicintai oleh salah seorang mat salleh yang menjadi tetamu di homestay. Padahal itu semua tidak mungkin.

Mana mungkin ada lelaki mat salleh yang akan jatuh cinta pada gadis seperti kami. Wajah biasa-biasa saja. Pendidikan pun sekadar tamat sekolah menengah.

♥️♥️♥️

Aku dan Susie menunggu di hadapan pintu balai ketibaan. Sudah hampir dua puluh minit menunggu, namun orang yang ditunggu belum juga memunculkan diri.

"Hai, miss," ada tangan yang menepuk bahuku dari belakang. Spontan aku menoleh. Di belakangku berdiri seorang lelaki bertubuh tegap sasa. Dan.... omg, dia tampan sekali.

"Rery Clayton?" tanyaku ingin memastikan. Dia mengangguk sambil menghulurkan tangannya yang kusambut dengan pantas. Susie senyum sinis melihat tingkahku.

"Welcome to Malaysia," kataku.

"Terima kasih kerana menjemput saya," jawabnya dalam Bahasa Melayu.

"Waw.. you can speak Malay?" aku ternganga tidak percaya.

"Hei, lady, saya pernah jadi juara pidato Bahasa Melayu, tahu," katanya angkuh.

"Dah.. jom. Tak payah bertekak lagi. Nanti sampai di homestay kau berdua  boleh bertekak sampai pagi," sela Susie yang kini mengambil dua langkah di hadapanku. Lelaki bernama Rery itu tergelak sambil kakinya yang panjang melangkah beriringan denganku.

Dari sampingnya aku curi-curi memandang ke arahnya. Dia bertubuh tinggi dan besar. Rasanya jika aku berdiri di sampingnya mungkin aku cuma setakat dadanya sahaja.

"May I know you name?" Rery menoleh kepadaku. Ya, Tuhan, dia terlalu sempurna. Mata birunya membuatku terpesona dan jatuh cinta pada pandangan pertama.

"Emm.. I'm Beatarissa. Just call me Be," jawabku. Aku sengaja mengelak untuk memandang pada matanya. Aku takut jantungku luruh oleh matanya itu.

"Bee.. Tebuan," dia tersengih. Aku turut tersengih. Memang ramai teman-temanku yang selalu menggelarku tebuan.

Sampai di kereta, Rery tidak mahu mengalah. Dia berkeras untuk memandu keretaku.

"Aku lelaki. Memalukan jika wanita memandu dan lelaki hanya duduk goyang kaki di sebelah," katanya. Mahu tidak mahu aku terpaksa menyerahkan kunci kepadanya.

Aku duduk di sebelah Rery dengan jantung yang berdegup kencang. Wangi parfum yang dipakainya menyeruak ke dalam rongga hidungku. Haruman yang sangat menggoda.

Aku menjeling tangan kekarnya yang mencengkam stering. Tangan kukuh itu ditumbuhi bulu berwarna perang. Tangan itu menpunyai otot yang sungguh tegap. Aku membayangkan apa rasanya berada dalam rangkulan lengan Rely.

"Kamu mengamatiku," komennya Rery. Aku sedikit tersentak. Susie mencubit bahu kiriku sambil terkekeh perlahan.

"Hmm, just drive, sir," kataku sedaya upaya meneutralkan rasa malu.

"Kita punya banyak masa Be," katanya. Aku tidak tahu apa yang dimaksudkannya.

"Encik akan tinggal kat sini berapa lama?" kali ini Susie yang bersuara.

"Setahun," ringkas jawapan Rery.

"Setahun?" aku dan Susie sama-sama terlopong. Setahun? Maksudnya selama setahun ini aku akan mengurus keperluannya di homestay. Biar betul. Banyak perkara boleh terjadi dalam tempoh setahun. Bagaimana jika..

"Hei, kau jangan nak berangan, ya. Nanti aku bagi tahu mama kau, baru tahu," ancam Susie.

Aku sekali lagi mencuri pandang pada Rery. Kebetulan saat itu dia sedang menoleh ke samping kirinya. Dadaku berdebar lagi. Dia benar-benar tampan.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now