MDL 26

8.5K 138 1
                                    

" Melihat tawamu, aku sentiasa bahagia. Melihat tangismu, aku kan merana," - Rery Clayton

Seluruh tubuh terasa remuk. Percintaan dengan Rery benar-benar menguras tenagaku. Tiga pusingan yang cukup panjang. Bayangkan, jika dalam satu pusingan Rery boleh bertahan selama empat puluh minit dengan aku klimaks sebanyak tiga kali.

"Tiga pusingan sebenarnya tidak cukup untuk menggantikan tiga hari aku berpuasa. Tapi, untuk kali ini tidak apa, aku memberikan lima puluh peratus diskaun," teringat ucapan Rery membuat pipiku terasa panas.

Ada sedikit rasa malu untuk menatap wajah Rery ketika kami selesai bercinta. ' Malu tapi mahu', itu istilah yang tepat untuk menggambarkan sikapku. Awalnya aku menolak untuk bercinta dengan Rery. Tetapi kemudian, aku yang mendesah, aku yang mengatakan, " sekejap lagi, yang, sekejap lagi. Jangan keluar dulu!", sambil memeluknya erat.

"Sudah bangun?" Rery keluar dari bilik air dengan rambut dan badan yang masih basah. Bulu-bulu lebat di dadanya juga masih basah, membuatnya kelihatan bertambah seksi. Aku tidak dapat menahan diri untuk menikmati pemandangan itu.

" Puas menikmati apa yang kamu lihat, hmmm?" Rery duduk di birai katil. Tubuhnya menghadapku. Aku tersipu malu dan bersiap untuk memalingkan muka, namun Rery segera menahan.

"Aku milikmu, hakmu, Be. Semua yang aku miliki adalah hakmu. Kamu boleh melihatku. Kamu boleh menyentuhku semahumu. Begitu juga aku. Aku ingin memilikimu sepenuhnya. Aku ingin melihatmu, menyentuhmu, bercinta denganmu, bila-bila masa sahaja aku mahu, tanpa harus merayu, tanpa harus meminta izinmu, " Rery menarik tanganku dan membawa tanganku ke dadanya.

" Sentuh aku, Beatarissa. Usap tubuhku. Jangan pernah memendam apa yang ingin kamu lakukan. "

Aku menatap mata Rery. Tanganku sudah berada di atas dadanya, meski belum melakukan apa-apa. Begitu lama aku ingin menyentuh bulu dadanya dalam keadaan basah begini, tetapi sering ku pendam kerana berfikir Rery mungkin tidak mengizinkan aku menyentuhnya.

Beberapa orang temanku yang sudah menikah sering bercerita. Ada yang suami mereka enggan rambut mereka disentuh oleh isteri, kerana dianggap tidak sopan. Ada suami yang marah apabila isteri menyentuh tubuh mereka kerana berpendapat hanya suami yang berhak mendominasi tubuh isteri.

"Sentuh, Be," pintanya. Aku mula menyentuhnya, meremasnya, merasakan lembutnya bulu-bulu dada Rery di antara jemariku. Rery memejamkan matanya, mendesah kecil.

"Oh, my god, Be. Aku menginginkanmu saat ini," Rery menahan nafasnya yang mulai berombak kencang. Jakunnya turun naik.

"Tapi.. kita tak mungkin sempat melakukannya, sayang," Rery merentangkan tanganku dan menindih tubuhku. Namun, dia hanya memelukku dan mencium bibirku.

"Pergi mandi, sayang. Bersiaplah," katanya sambil meninggalkan aku yang masih terbaring.

Rery mengenakan pakaiannya. Jeans biru dengan baju lengan panjang nampak begitu padan di tubuhnya.

"Mandi, Be. Kamu tidak teringin untuk melihat-lihat Kota Toronto?" dia mendekatiku dan menarik tanganku agar aku bangun.

"Mari isteriku. Aku akan membawamu melihat kota kelahiranku ini," katanya.

"Bulan madu?" aku mengusiknya memandangkan Rery tidak pernah menyentuh tentang bulan madu kami.

"Nope! Bulan madu untuk pasangan yang belum ada baby. Honeymoon is time to make baby. Kita sudah ada baby, Be. Nanti, kalau kamu sudah melahirkan, baru kita pergi honeymoon. To make our second baby," aku memukul lengan Rery. Kandunganku baru memasuki usia dua bulan, dia sudah memikirkan untuk program anak ke dua.

💕💕💕

" Cantik , Clay, " kataku ketika kami berada di hadapan Menara CN Toronto. Betapa uniknya menara ini,  seolah berdiri megah di sepanjang kaki langit Totonto. Saat ini aku punya jawapan mengapa menara ini merupakan tempat yang takkan dilepaskan oleh pelancong yang datang ke Toronto.

"Mahu naik ke atas?" tanya Rery.

"Kamu mahu membawaku naik, Clay?" tanyaku. Dia tuan rumah dan aku hanya tetamu. Tetamu tidak mungkin meminta, melainkan menerima apa yang ditawarkan.

"Sure. Apa sahaja untuk isteri kesayanganku," katanya.

Aku dan Rery memasuki lift yang membawa kami menaiki menara setinggi 553 meter itu. Aku memeluk erat lengan Rery.

"Takut?" tanyanya, turut menggenggam erat jemariku.

"Hanya sedikit gayat," jawabku.

Lift berhenti pada ketinggian sekitar tiga suku lagi perjalanan ke puncak menara itu. Rery menarik tanganku keluar dari lift.

Rery membawaku menuju ke dek pemerhatian di menara tersebut.

"Waw...," aku hampir tidak dapat menutup mulutku. Cantik, pemandangan seluruh kota Toronto terlihat dengan jelas dari dek pemerhatian ini. Tasik Ontario yang sedikit kebiruan jelas terlihat.

"Itu Niagara Waterfall?"

"Yes, honey," Rery memeluk pinggangku dan mengecup pipiku.

"Cantik," air mataku hampir manitis. Apakah aku antara gadis kampung yang bertuah? Pada usiaku dua puluh dua tahun aku telah menjejakkan kakiku di kota impian dunia ini. Dan saat ini aku berpeluang melihat pemandangan Air Terjun Niagara secara nyata?

"Suatu hari nanti aku akan membawamu ke sana, sayang. Tunggu ' buah cinta' kita lahir," Rery mengelus perutku. Aku hanya mengangguk. Melihatnya dari sini sahaja aku sudah cukup bersyukur.

"Mahu makan di sini? Bakal ibu dan baby pasti lapar." Memang tadi perutku sempat berkeroncong.

"Ada makanan Malaysia di sini? Atau kalau tidak ada, mungkin ada makanan ala Indonesia?" tanyaku. Aku memang merindukan masakan mama. Aku rindukan nasi dan emm.. aku rindukan sayur pucuk ubi dan buah nangka muda masak lemak.

"Hmm, isteriku mengidam nampaknya," Rery mencium pipiku lagi. Nampaknya aku harus membiasakan diri dengan hobi Rery ini.

'Restoran Malaysia' , aku hampir tidak percaya. Rery memandu ke Richmond Hill, dan di sini rupanya ada sebuah restoran yang menyajikan makanan Malaysia.

Aku menelan liur melihat kari ayam, nasi putih dan teh tarik kegemaranku. Rery kelihatan senyum-senyum melihat telatahku.

"Patut kamu tahan makan kari dan tumis kangkung, Clay," kataku. Rery senyum kian lebar sambil mengenyitkan matanya.

"Aku sudah menyediakan diri untuk berkahwin dengan gadis Malaysia," katanya.

"Mahu sate?" tawar Rery. Belum sempat aku menjawab, aku sudah menelan liur terlebih dahulu hingga Rery mengulum senyum. Mungkin dia ingin mentertawakanku, tetapi takut aku terasa hati dan merajuk.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc....








My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now