MDL 24

8.4K 136 4
                                    

"Andai ku tahu ada hati yang mengharap untuk memilikimu, takkan pernah ku izinkan hatiku untuk mencintaimu," - Beatarissa

Takut dan segan. Itu dua perasaan yang menghambatku saat ini. Dua hari setelah ketibaanku di Kota Toronto, hari ini Rery akan membawaku menemui keluarganya.

Aku berjalan perlahan di samping Rery, memasuki rumah besar milik keluarganya. Anggap ini hanya pertemuan biasa,Be. Hanya menghadiri majlis makan malam keluarga, aku cuba menghilangkan keresahan. Aku memanjatkan doa semoga mereka akan menerimaku seadanya.

"Jangan takut, Be. Mereka pasti akan menerimamu," aku merasakan jemari Rery mengelus lembut jemariku yang berada dalam genggamannya. Aku mengiyakan ucapan Rery dengan senyuman kaku, berharap agar semua ucapannya benar.

Seorang maid menghantar aku dan Rery terus ke meja makan.

" Clay, " kakiku terasa tidak dapat melangkah lagi. Pandanganku tertumpu ke arah sebuah meja makan bulat .  Ahli keluarga Rery sudah menunggu di situ. Benar-benar seperti dalam cerita yang aku tonton di televisyen.

Rery membawaku duduk di kerusi yang disisakan untuk kami berdua. Di hadapan kami duduk sepasang suami isteri yang sudah agak berumur.

"My mum and my dad," Rery memperkenalkan mereka kepadaku. Aku menundukkan sedikit kepalaku, menyapa mereka dengan senyuman.

"Mum, dad, this is Beatarissa," ayah Rery tersenyum tetapi ibunya hanya menatapku dengan wajah masam.

Kemudian Rery memperkenalkan  dua orang abangnya kepadaku. Rudy, si sulung yang sudah menikah dengan Ruby dan sudah punya seorang anak lelaki bernama Tyler. Serta abang keduanya, Robert yang belum menikah meski usianya sudah menjangkau tiga puluh empat tahun.

"Dia pula Alana," Rery menunjuk pada seorang gadis cantik yang sedari tadi kelihatan tidak gembira. Beberapa kali aku sempat melihatnya menatap lama pada Rery.

"Adik kamu?" aku bertanya perlahan. Rery menggeleng.

"Anak kawan mum," jawabnya.

Suasana makan malam nampaknya agak hening. Tiada bicara, tiada suasana usik mengusik. Hanya suara dentingan garpu dan sudu yang berlaga dengan pinggan kaca yang kedengaran.

Aku menyuap dengan perlahan. Selain suasana hati yang tidak baik kerana penerimaan hambar yang ku terima, makanan yang disajikan juga tidak menepati seleraku. Aku hanya memilih makan sedikit sayur dan salad buah. Cukuplah, agar bayiku tidak kelaparan untuk malam ini.

Makan malam yang tidak meriah itu akhirnya selesai juga. Semua yang tadi duduk di meja makan, kini sudah berpindah ke ruang tamu. Urusan di dapur terserah pada maid.

Aku ibarat rusa masuk kampung. Semuanya terasa janggal. Keluarga Rery   tidak  mempamerkan sikap mesra kepadaku, kecuali Ruby. Jadi, tika mereka rancak berbual, aku hanya duduk diam di samping Rery. Aku pura-pura menghayati cerita yang ditayangkan di televisyen padahal cerita itu langsung tidak menarik perhatianku.

"Sayang, mum ingin berbicara denganmu," setelah mengabaikanku beberapa minit akhirnya Rery berbicara kepadaku.

"Berdua?" Rery mengangguk.

"Di sini?" tanyaku.

"Ikut saja mum, sayang," jawab Rery. Aku mengangguk dan ikut bangun bersama ibunya.

Wanita itu membawaku menuju ke satu ruang tamu yang agak kecil. Ruang tamu ini terletak agak jauh dari ruang tamu utama. Dan nampaknya Ruby dan Alana juga akan ikut serta dalam pertemuan ini.

Agak lama ibu Rery menatapku sebelum dia berbicara menggunakan Bahasa Inggeris yang jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu lebih kurang begini maksudnya :

" Clay memberitahuku kalian sudah menikah secara sah, baik secara agama mahupun sivil," katanya. Aku mengangguk.

" Betul, mum," jawabku.

"Kamu mengenali Clay berapa lama?" Aku cuba mengingat.

"Mungkin setahun," kataku. Wanita itu tertawa.

"Kamu tahu berapa lama Alana mengenali Clay?" Ku kira itu pertanyaan, tapi ternyata bukan. Kerana dia sendiri terus menjawab soalan yang ditanyakannya.

"Lima tahun, Beatarissa. Alana telah bersama Clay selama lima tahun. Tapi kamu yang baru mengenali Clay selama setahun telah merampas Clay daripada Alana," rupanya itu pokok pangkal isunya. Patutlah di meja makan tadi aku melihat ada luka di wajah gadis itu.

Aku menatap pada Alana. Gadis itu menunduk. Mesti dia merasa sangat sedih bila tahu Rery sudah menikahiku.

" Saya tidak tahu tentang hubungan Clay dan Alana, mum," kataku.

"Sekarang kamu sudah tahu," ada maksud tersirat di sebalik jawapannya.

"Sampai bila-bila kamu takkan diterima dalam keluarga ini, Beatarissa. Kerana bagi keluarga ini, hanya Alana yang akan menjadi isteri sah Clay. Fikirkan baik-baik dan ambil tindakanmu," katanya seraya bangun dari duduknya. Alana yang masih menunduk juga ikut bangun bersamanya lalu meninggalkan aku dan Ruby yang masih di situ.

" Sabar, Beatarissa," Ruby memelukku.

💕💕💕

" Kenapa kamu nampak sedih? " Rery bertanya dalam perjalanan pulang kami.

"Rindu mama," aku mengesat butiran jernih yang mula berjatuhan.

"Aku perasan kamu nampak sedih setelah bertemu dengan mum. Mum ada mengatakan sesuatu, Be?" aku menggelengkan kepala. Dadaku terasa sangat sesak.

"Kalau aku mahu balik, kamu akan mengizinkan aku, Clay?" Mengapa hati rasa sakit saat mengucapkannya.

"Maksudmu?"

"Aku mahu pulang ke kampungku, Clay. Sendiri."

"Maksudmu? Kamu tinggal di sana dan aku tinggal di sini?" Aku mengangguk.

"Sampai bila?"

"Selamanya," jawabku.

"Aku takkan pernah mengizinkanmu pulang tanpa aku, Beatarissa."

Semua yang ku duga rupanya benar-benar terjadi. Keluarga Rery tidak menerimaku kerana mereka telah lama menerima gadis lain untuk jodoh Rery.

"Bagi keluarga ini, hanya Alana yang akan menjadi isteri sah Clay. Fikirkan baik-baik dan ambil tindakanmu," kata-kata ibu Clay terngiang kembali dan semakin membuatku sedih.

Mungkin apa yang dikatakan ibu Rery benar. Aku bukan jodoh yang tepat untuk Rery . Aku hanya gadis bodoh yang  begitu mudah menyerahkan tubuhku pada Rery  hingga aku mengandungkan anaknya. Aku hanya gadis mentah yang begitu lancang memutuskan untuk menikah dengan Rery dalam usia perkenalan kami yang begitu singkat. Dan kesilapan terbesarku adalah mengikut Rery datang ke mari.

Mencintai rupanya sesakit ini. Aku selalu lupa bahawa pipit dan enggang takkan mungkin bersatu. Nico dan Rery adalah enggang yang hinggap di pohon yang tinggi, sedangkan aku hanya pipit yang sering terbang rendah.

"Omg, Be! Aku tidak suka melihatmu menangis. Okey, kalau kamu benar rindukan papa dan mama, aku mengizinkan kamu pulang."

"Really?"

"Hmm.. Tapi bukan sekarang, Be. Tunggulah hingga bayi kita lahir nanti."

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now