MDL 9

11.5K 166 5
                                    

"Melukaiku cukuplah hanya sekali. Andai tak mampu memberikan aku bahagia, jangan juga berikan aku derita,"

Aku benar-benar terkejut melihat kelibat seseorang yang baru keluar dari sebuah kereta Grand Livina putih. Seseorang yang cukup aku kenal. Seseorang yang sudah dua kali terserempak denganku secara tidak sengaja.

"Nico," gumanku. Jantungku rasanya berpacu dengan lebih kencang.

" Siapa?" Susie ikut menjenguk di muka pintu. Sebelah tangannya berpegang pada pintu dan sebelah tangan lagi diletakkan di atas bahuku. Susie sama sepertiku, mulut terlopong sebagai tanda terkejut dan tidak percaya.

"Apa yang dia buat kat sini, Be?" begitu perlahan suara Susie, tetapi sarat dengan aura tidak suka.

" Entahlah," kataku. Setahuku, Nico memang berasal dari daerah yang sama denganku. Jadi untuk apa dia mahu menyewa chalet di sini.

"Beatarissa, tamu kita dah sampai. Ambil kunci, Be. Tunjukkan rumah pada tetamu kita," mama melaung dari halaman rumah. Aku dan Susie saling berpandangan.

"Cepat, Be. Jangan biar tamu kita menunggu," suara mama kedengaran lagi. Mahu tidak mahu aku akhirnya mencapai kunci yang disangkut pada gantungan kunci di ruang tamu.

"Jom, Zie. Ini kawasan kita, buat apa kita nak menyorok," kataku. Memang benar, tidak selamanya aku sangup mengelak dari bertemu lelaki itu. Lagipun kisahku dengannya hanya cerita lama. Sebuah kisah pahit yang tidak mahu aku jadikan kenangan.

"Beatarissa," katanya seraya menyeringai memandangku. Aku mengabaikan panggilannya. Tanganku sibuk memasukkan anak kunci ke dalam lubang kunci. Sialnya, mengapa tanganku gementar begini. Beberapa kali aku tersasar memasukkan anak kunci itu ke dalam lubang kunci.

" Sini, Be," ada tangan kekar yang mencapai kunci itu dari genggamanku. Aku tahu itu tangan siapa. Dari segi warna kulit, bentuk tangan dan bulu-bulu perang yang tumbuh di tangan itu sudah cukup memberitahuku siapa pemiliknya.

"Ok, Be," tangannya berpindah ke bahuku.

"Aku cuma mahu Beatarissa yang menunjukkan padaku selok belok rumah ini. Yang lain, kalau rasa diri tidak berkenaan, sila keluar," kata-kata sinis dan sombong keluar dari bibir Nico.

"Okey, Be. Aku keluar. Ingat, Be, aku ada di rumah sebelah. Jika dia berbuat macam-macam, kamu teriak saja," Rery mengucup pelipisku. Matanya terarah pada Nico.

Kini cuma tinggal aku berdua dengan Nico. Lelaki itu kini duduk di sofa di tengah ruang tamu. Matanya menjamahku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

" Kamu masih cantik, Beatarissa, " katanya.

"Apa maksudnya jika seorang lelaki yang sudah beristeri memuji kecantikan perempuan lain?" tanyaku sinis. Dia tertawa perlahan.

"Normal, Beatarissa. Seorang lelaki yang mengagumi lebih daripada seorang wanita, itu sangat normal. Kalau tidak, tak adalah kita mendengar ada lelaki yang kahwin lebih daripada satu," Nico kelihatan semakin bersemangat untuk menggoncang jiwaku.

"Jadi, kamu antara lelaki yang memiliki niat untuk berkahwin lebih daripada satu," tuduhku. Dia tertawa lagi. Gila, aku membatin.

" Apa salahnya, Be. Aku rela menikah lagi satu, asalkan wanita yang akan aku nikahi itu kamu," ucapannya membuat pipiku terasa panas menahan marah. Kepalan tanganku terasa kian erat hingga kukuku terasa menekan pada telapak tanganku.

Begitu dalam penghinaannya kepadaku. Mungkin baginya gadis seperti aku begitu naif. Gadis yang tidak tidak laku hingga aku begitu terdesak untuk menjadi isterinya.

"Menikahlah denganku, Beatarissa. Aku mampu menyara dua orang isteri," katanya. Dia bangun yang berjalan mendekat padaku. Dia cuba meraih tanganku.

"Nikahilah aku dalam mimpimu, Nico. Hanya dalam mimpimu. Kerana dalam dunia nyata, mati hidup semula pun aku tidak akan menjadi isterimu," kataku seraya menepis tangannya.

"Tahu tujuanku datang ke sini, Beatarissa?" Nico menatap wajahku. Ke dua hujung bibirnya melengkung ke atas. Dia berlagak seperti seorang pesaing yang sudah dinobatkan sebagai johan.

"Aku akan mendapatkanmu, Beatarissa. Aku tidak akan membenarkan mat salleh itu memiliki," katanya membuatku tersentak. Jadi itu tujuannya datang ke mari.

"Kau fikir kau akan menang? Kau fikir Rery akan mudah mengalah?" Kini giliranku yang tertawa.

"Dia orang luar, Beatarissa. Kau fikir siapa yang akan orang tuamu pilih untuk dijadikan menantu? Dia.. orang yang belum diketahui asal usulnya atau aku... lelaki yang sudah mereka kenal?" Dia menepuk-nepuk dadanya.

"Kau fikir orang tuaku mahu aku jadi isteri ke dua? Jangan harap," aku mencebikkan bibir. Dada sudah terasa sebak. Rasanya bila-bila masa sahaja air mataku akan jatuh. Aku ini rupa saja tabah, tapi sebenarnya aku lemah dan mudah menangis.

"Satu perkara yang perlu kau ingat, Beatarissa. Aku datang ke sini sebagai lelaki single. Aku bukan datang sebagai lelaki beristeri." Oh, jadi ini alasan mengapa dia ke mari tanpa membawa isterinya. Takkan ku biarkan Nico. Takkan aku biarkan kau mempengaruhi orang tuaku untuk menerimamu.

" Rasanya, kau tidak perlukan apa-apa lagi," ku campakkan kunci rumah yang ada di tanganku hingga kunci itu berdenting di atas lantai.

"Aku suka wanita yang agresif, Beatarisaa. Pasti lebih ganas sewaktu bercinta," dia menarik tanganku dengan kasar hingga tubuhku terdorong ke hadapan dan membentur tubuhnya. Sepantas kilat dia menahan pinggangku agar terus menempel pada tubuhnya.

"Aku sudah lama ingin melakukan ini, Beatarissa. Setiap kali aku mencium isteriku, aku membayangkan aku menciummu. Setiap kali aku memasukkan puting isteriku ke dalam mukutku, aku membayangkan putingmu yang berada di dalam mulutku. Dah lebih dashyat lagi, setiap kali aku ingin menyetubuhi isteriku, aku harus membayangkan dia kamu, Beatarissa. Kalau tidak, aku tidak dapat mencapai klimaks, " Nico berusaha mencapai bibirku.

" Jangan, " aku memalingkan wajahku ke kiri dan ke kanan untuk menghindari bibirnya.

" Kau memang kurang ajar! " Bug! Bug! Nico terhuyung ke belakang. Nico memegang kepalanya.

" Dia bukan pelacur, bro, "aku kini sudah berpindah ke dalam pelukan Rery. Nasib baik dia datang. Kalau tidak, mungkin Nico akan menyakitiku.

" Pulang, Be. Jangan lagi pernah masuk ke sini tanpa ditemani aku atau Susie, " Rery membawaku keluar dari rumah itu, meninggalkan Nico yang memandang penuh dendam pada kami berdua.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now