MDL 33

7.7K 144 6
                                    

Rery Clayton's POV

" Hariku yang sempurna adalah pada hari aku terbangun dan kamu ada dalam pelukanku,"

Rudy menemuiku. Sesuatu yang tidak pernah ku duga. Rudy, abang sulungku yang pendiam, yang kedekut dengan bicara, saat ini datang menemuiku.

"Selama ini aku hanya melihat sahaja beberapa hal yang terjadi dalam keluarga kita, Clay. Aku diam, tetapi bukan bermaksud aku tidak peduli. Tetapi hal yang terjadi antara kau dan Alana, aku tak dapat hanya membutakan mata dan memekakkan telinga lagi," katanya.

"Aku rasa ada yang sengaja memerangkapku, Rud, " kataku. Mungkin tidak keterlaluan jika aku mengatakan ibuku dan Alana yang telah merancang semuanya.

Seingatku hari itu ibuku memintaku datang ke rumah untuk makan malam. Selanjutnya, aku tidak mengingat apapun selain bangun tidur dan mendapati diriku tidur berpelukan dengan Alana dalam keadaan bogel.

Rudy tersenyum sinis. Dia berjalan ke arahku dan menepuk bahuku.

"Sebentar lagi, semuanya akan terungkap, Clay. Kau dan Beatarissa boleh pergi honeymoon setelah ini."

Aku berjalan mundar-mandir. Sesekali aku melemparkan tatapan curiga pada Rudy. Aku tidak tahu apa yang direncanakanya.

" Sabar, adikku. Aku sudah meminta pemandu menjemput Be dan juga Alana ke sini, " kata Rudy. Aku merasa peluh dingin mula memercik pada dahiku.

"Jangan risau, Clay," Rudy kembali duduk santai. Sedangkan aku... dadaku berdegup kencang. Sebolehnya aku tidak mahu Beatarissa bertemu Alana, kerana aku tidak mahu hati Beatarissa terluka sekali lagi.

Hampir sepuluh minit menunggu, akhirnya Alana tiba. Alana tersenyum lebar tika dia melihatku. Tanpa malu, Alana berjalan mendekatiku dan sedia untuk memelukku.

"Stop!" Aku menahan tangannya.

"Duduk, Alana. Ada sofa di sini," Rudy menepuk sofa di sebelahnya. Mahu tidak mahu, dengan bibir muncung, Alana menurut.

Lima minit setelah kedatangan Alana, pintu kembali terbuka. Di situ berdiri isteriku dengan perut buncitnya. Raut wajahnya berubah saat dia terpandang Alana di dalam pejabatku.

"Mari, sayang," aku memeluk pinggang Beatarissa. Meski nampak ragu, Beatarissa tetap menurut.

Aku duduk dengan Beatarissa di sampingku. Jemarinya aku genggam dengan erat. Di hadapanku, duduk Alana dan Rudy. Alana kelihatan resah. Sesekali dia menjeling Beatarissa dengan tatapan benci dan marah.

"Ehem..," Rudy berdeham untuk menarik perhatian kami. Kini semua mata tertumpu pada Rudy yang sedang menyambung smartphone miliknya pada komputer riba yang ada di hadapan kami.

" Okey, semuanya sudah sedia," Rudy bersandar dengan santai. Aku hampir tersedak air liurku sendiri melihat apa yang ditayangkan pada skrin komputer riba di hadapanku.

Bermula dengan aku dipapah masuk ke bilik tidurku oleh Alana dan mum. Kemudian, terlihat mum meninggalkan aku dan Alana.

Beatarissa menutup matanya bila skrin itu mempamerkan aksi Alana menelanjangi   tubuhku hingga menampakkan tubuhku yang tanpa seurat benang terlentang seperti bayi sedang tidur. Kemudian Alana menelanjangi dirinya sendiri.

"Shit!" Alana menjerit dan cuba bangun. Namun Rudy segera mencekal pergelangan tangannya.

"The movie is not over yet, Al," Rudy menyentak tangan Alana hingga perempuan itu kembali terduduk.

Kini skrin itu menunjukkan Alana sedang mengusap tubuh telanjangku  termasuk sang junior yang sedang terlentok. Lama sekali Alana cuba membangunkan si junior yang tetap enggan bangun. Hingga akhirnya Alana mengalah dan hanya berbaring sambil mengusap sendiri kemaluannya.

"Sial kau, Rudy," Alana memukul Rudy dengan beg tangannya.

"Diam!" Beg tangan itu direntap kasar dan Rudy melemparkannya ke atas lantai. Alana mula menangis dengan kuat.

"Kau memang duri dalam daging, Al. Ingat, dulu kau pernah cuba untuk menghancurkan hubunganku dengan Ruby. Sekarang kau berusaha untuk menghancurkan hubungan Clay dengan isterinya."

"Itu semua tak benar!" Alana menjerit sambil mencakar Rudy dengan tangannya.

Plak! Plak! Tanpa amaran, Beatarissa melayangkan tamparan pada pipi Alana.

"Jangan sesekali kau berani menyentuh suamiku lagi. Suamiku milikku. Hanya aku yang berhak menyentuhnya," aku senyum mendengar kata-kata Beatarissa.

"Begitulah, sayang," aku sempat menghadiahkan satu kucupan pada pipi Beatarissa.

"Aku suka jika isteriku garang begini dan mahu menpertahankan suaminya," ucapku.

"Kau akan menyesal, betina," Alana sekali lagi berteriak sebelum Rudy menolaknya keluar.

Aku memang terkejut tika mendapat tahu ada cctv yang dipasang dalam bilik tidirku. Tidak dapat aku membayangkan jika aku berasmara dengan Beatarissa di dalam bilik itu dan aksi kami terakam dalam kamera cctv.

"Aku curiga. Aku sering melihat Alana curi-curi masuk ke bilik itu. Sebab tu aku curi-curi memasang cctv di situ. Thanks, god! Akhirnya pelanduk masuk perangkap," rupanya Rudy tidak seperti yang aku fikirkan selama ini. Aku sangat berterima kasih kepadanya.

💕💕💕

Baru sahaja menjejakkan kaki di rumah, aku dijamu oleh suara ibuku yang memaki-maki Beatarissa.

" Perempuan sundal! Aku akan pastikan anak di dalam rahimmu takkan sempat melihat dunia ini!" Kata-kata itu diucapkan ibuku dengan begitu lantang, diikuti tangisan Beatarissa.

Aku berlari menuju ke bilik tidurku. Di situ aku melihat Beatarissa, terduduk di lantai sambil memegang perutnya.

" Sayang, " aku meluru ke arah Beatarissa. Mataku terpandang pada cairan merah yang menuruni kakinya.

" Beatarissa," aku menatapnya dengan panik. Beatarissa tidak menjawabku. Dia hanya menangis.

"Sampai hati mum buat kami begini," aku memandang ibuku yang tidak sedikitpun bergerak untuk membantu Beatarissa.

"Be tengah mengandungkan anakku, mum," aku hanya mahu mengingatkannya bahawa anak di dalam rahim Beatarissa adalah anakku, darah keturunannya juga.

Aku mengangkat tubuh Beatarissa. Air mataku luruh, menatap pada darah yang masih basah pada kaki putih Beatarissa.

" Kita ke hospital, sayang," aku memeluk sambil mencium dahi Beatarissa.

"Aku takut, Clay," tangannya masih berada di atas perutnya.

" Aku juga takut," balasku. Aku takut kehilangan bayiku. Aku juga takut kehilangan Beatarissa.

💕💕💕

Beatarissa sudah lelap. Aku masih duduk di sisi katilnya. Sekejap mataku menatap pada wajahnya yang pucat. Sedetik kemudian, aku menatap pada perutnya.

" Tidurlah, sayang," aku meninggalkan satu kucupan di dahinya.

Aku sudah membuat satu keputusan, demi isteriku dan demi bakal anak-anakku.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc...

With ♥️
SL/Kuching
















My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now