MDL 31

7.7K 136 5
                                    

Rery Clayton's POV

"Aku percaya pada cinta. Cinta ibarat udara, tak boleh disentuh tetapi kehadirannya dapat dirasa. Cinta tidak berwarna, tetapi memberi nyawa. Bagiku, cinta adalah satu rasa yang menjalar mengisi ruang hati. "-Rery Clayton

Aku pergi meninggalkan Beatarissa. Fikiranku kosong. Hatiku terasa mati. Tubuhku ibarat jasad tanpa nyawa. Udara yang ku hirup juga terasa kering.

Cerai! Berulang kali Beatarissa memintanya. Apa lagi yang sanggup aku lakukan untuk mempertahankan pernikahanku? Apa lagi yang mampu aku lakukan untuk membuat Beatarissa terus bertahan di sampingku? Hanya aku yang berjuang untuk mengekalkan rumah tangga kami.

Beatarissa begitu mudah mengalah. Cintanya mudah goyah. Dia tidak berdiri di belakangku di saat aku memerlukannya. Dia meminta aku untuk melepaskannya. Dia sanggup untuk pergi meninggalkan aku dan membiarkan aku tersungkur sendirian.

Beginikah cinta? Aku percaya pada cinta. Cinta ibarat udara, tak boleh disentuh tetapi kehadirannya dapat dirasa. Cinta tidak berwarna, tetapi memberi nyawa. Bagiku, cinta tidak buta, kerana istilah 'buta' hanya untuk sesuatu yang punya mata tetapi tidak dapat melihat. Sedangkan cinta tidak punya mata, melainkan satu rasa yang menjalar mengisi ruang hati.

Aku menuju ke sebuah cafe milik Jeffery,  sahabatku yang juga merupakan suami Jeaniffer. Jeffery satu-satunya sahabatku yang memahamiku melebihi keluargaku sendiri.

"Aku akan menceraikan Beatarissa, Jeff," kataku setelah menceritakan semuanya kepada Jeffery.

" Mengapa? Kau ingin menikahi Alana? Kau mengatakan kau yakin kau tidak menyentuhnya malam itu," katanya.

"Aku tidak akan pernah menikahi Alana, Jeff. Aku hanya mencintai Beatarissa," aku merasa pedih saat mengingat kesilapanku malam itu. Kesilapan sesaat yang akan memisahkan aku dengan Beatarissa buat selamanya.

"Kau yakin tidak terjadi sesuatu antara kau dan Alana malam itu?" Jeffery menatapku penuh selidik.

Aku menggeleng. Memang benar kami dalam keadaan telanjang bulat. Tetapi aku yakin dengan tubuhku.

"Kau tahu, kan. Dari dulu aku tidak boleh terangsang dengan sebarang perempuan."

"Ya, itu aku tahu. Sahabatku ini menyimpan perjaka hingga usia tiga puluh tahun. Dan melepas perjaka pada teman facebook nya," Jeffery tertawa sambil mencebikkan bibirnya.

"Dan, aku tanya kau, Jeff. Sepanjang kau berasmara dengan Jeaniffer, pernah tak kau tidak meninggalkan kissmark di tubuhnya?" tanyaku. Jeffery menggelengkan kepalanya.

"Sekurang-kurangnya satu, Clay."

"Aku juga. Semakin aku berghairah, semakin banyak kissmark yang aku tinggalkan di tubuh Beatarissa," aku teringat aku suka menghisap pangkal dada Beatarissa saat kami bercinta.

"Tapi, aku tak nampak satu kissmark pun di tubuh Alana pagi itu. Tilam juga terasa kering. Malah, my jack juga bersih," kataku. Jeffery tertawa mendengar pengakuanku.

"Jadi?"

"Mereka memerangkapku. Keluargaku memerangkapku, Jeff. Mereka merancang semuanya dengan rapi, kemudian mereka menjemput isteriku untuk melihat segalanya," kataku. Aku meneguk satu gelas wain lagi.

Sakit, hatiku benar-benar sakit. Hanya wain ini yang dapat membuatku melupakan kesakitan ini. Andai ku tahu jatuh cinta rasanya sesakit ini, aku rela aku tidak pernah mengenal cinta seumur hidupku.

" Kau masih mencintai isterimu, Clay?" Aku tersenyum pahit. Cinta?

"Aku tidak akan mampu berhenti mencintai Beatarissa."

"Jadi, kenapa berfikir untuk menceraikannya?" Kenapa? Bolehkah aku terus menahannya jika hatinya sudah tidak ingin bertahan di sampingku? Cinta rapuhnya sudah hancur berkecai, hanya serpihannya yang masih ku genggam.

"Dia merayuku untuk menceraikannya, Jeff. Dia tidak lagi sanggup bertahan bersamaku. Aku akan membebaskannya agar dia bahagia."

💕💕💕

Hampir pukul satu pagi baru aku masuk ke bilik tidur kami. Bilik tidur yang diterangi cahaya dari lampu kecil di sudut bilik membolehkan aku melihat Beatarissa yang sedang tidur dengan nyenyak. Lihatlah betapa nyenyak tidurnya saat aku tiada di sampingnya.

Aku berbaring di sebelah Beatarissa. Aku memanfaatkan waktu yang ada untuk menatap wajahnya. Mungkin suatu hari nanti, lelaki bertuah lain yang akan berpeluang menatap wajahnya.

" Kamu sudah pulang, Clay?" tiba-tiba Beatarissa membuka matanya.

"Hmm...," aku mengangguk, masih menatapnya.

"Kamu mabuk, Clay?" Aku menggeleng. Aku mabuk, sedikit. Nanti, bila dia pergi aku akan mabuk lebih teruk lagi.

"Kamu benar-benar ingin pergi dariku, Be?" aku menghulurkan tangan menyentuh pipinya.

Aku mengharapkan Beatarissa mengatakan dia mencintaiku. Namun anggukannya membuatku sangat kecewa.

"Kamu masih memintaku untuk menceraikanmu?" Beatarissa mengangguk lagi. Hatiku menangis. Cinta tidak boleh disentuh, tetapi kehadirannya dapat dirasa. Cinta tidak berwarna tetapi memberi nyawa.

Aku tidak lagi merasakan cinta Beatarissa. Cintanya bukan untukku lagi. Jasadku masih ada, tetapi jiwaku sudah mati, tidak lagi bernyawa.

"Baiklah, Be. Jika itu kemahuanmu. Aku akan melepaskanmu. Aku ingin menahanmu, memintamu agar terus berada di sampingku, tetapi aku tahu permintaanku pasti keterlaluan.

Kamu berhak bahagia, Be. Aku sudah merosakkan hidupmu, memisahkanmu dari keluargamu. Aku akan melepaskanmu, Beatarissa. Demi kebahagiaanmu, " ku lihat ada air matanya yang menitis. Mungkin itu air mata kebahagiaan.

" Aku akan menghantarmu pulang, Be. Cuma beri aku waktu untuk mengurus semuanya, " Beatarissa merapatkan tubuh padaku dan mencium bibirku.

" Terima kasih, Be, " ucapku.

Aku mengelus perut Beatarissa. Sungguh malang nasibku. Aku takkan berpeluang menatap wajah anak-anakku yang sedang ada di dalam rahim Beatarissa. Aku tidak akan pernah mendengar mereka memanggilku daddy. Entah siapa lelaki bertuah nanti yang akan mereka panggil ' papa'.

"Nanti, kenalkan pada anak-anak kita bahawa aku ayah mereka, Be. Katakan aku menyayangi mereka," air mataku menitis tanpa dapat ditahan lagi.

"Janji padaku kamu akan hidup bahagia, Be. Aku mencintaimu, selalu mencintaimu. Malah aku akan mencintaimu hingga ke nafas terakhirku." aku mencium pipinya. Hanya pipinya. Aku tidak berhak lagi untuk mencium bibirnya.

"Aku juga mencin.." aku menutup bibirnya dengan telapak tanganku.

"Jangan ucapkan, Be. Aku tahu, cintamu untukku telah mati. Bina cinta yang baru untuk lelaki lain yang akan kamu temui nanti," kataku. Aku tidak mahu mendengarnya mengucapkan kata cinta lagi. Cinta untuk membahagiakan, bukan untuk meninggalkan dan melukakan.

" Clay, miliki aku untuk malam ini, " dia menyentuh bahagian bawahku. Sayangnya... cinta memberi nyawa.

Beatarissa cuba menyentuh dan membelai. Tapi junior ku tidak mahu bangun lagi.

" Maaf, sayang." Tubuhku tidak bereaksi lagi pada sentuhannya. Aku memeluk Beatarissa yang menangis terisak.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....

With ♥️
SL

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin