MDL 7

12K 148 3
                                    

"Aku pernah menganyam mimpi, untuk menjadi seseorang yang bermakna dalam hidupmu. Mungkinkah suatu saat nanti semua mimpiku itu menjadi nyata,"

Aku dan Susie sudah berpeluh membersihkan chalet yang bersebelahan dengan chalet yang dihuni oleh Rery. Kata mama, dalam masa sehari lagi akan ada penyewa yang akan menyewa chalet ini.

"Letih, Be," Susie memicit lengannya. Dia baru beberapa hari baik dari demam, seharusnya dia tidak perlu membantuku hari ini.

"Seharusnya kamu masih berehat, Zie. Aku boleh melakukannya sendiri," kataku, menatap pada Susie yang masih kelihatan sedikit pucat.

"Aku juga bosan di rumah, Be. Lagipun, aku ingin melihat mat salleh yang sudah mencuri hati sepupuku," katanya mengusikku.

"Aku tidak terpikat padanya, Zie,"aku menyanggah kata-kata Susie.

" Jangan bohong, Be. Aku tahu kau sukakannya," Susie terus mengusik.

" Siapa aku, Zie. Dia tampan. Yang macam aku ni berlambak, buat apa dia nak pilih aku, " ada rasa sedih menyeruak dalam hati saat mengatakannya. Aku dan Rery ibarat pipit dan enggang. Dari dua darjat yang berbeza.

" Cih, cinta tidak mengenal perbezaan, Be. Cinta itu buta. Sesiapa pun boleh jatuh cinta. Kepada siapa kita akan jatuh cinta juga tidak dapat dipastikan. Itu soal jodoh, Be," Susie bergerak ke arah tingkap.

"Hai, Clay," jeritnya sambil melambaikan tangannya. Aku menghampiri Susie dan berdiri di sampingnya.

Di seberang sana, Rery berdiri, memandang ke arah aku dan Susie.

"Hai, Be," katanya seraya melambaikan tangannya. Susie menyiku perutku.

"Lihat tu. Matanya memandang siapa?" sindir Susie. Memang pandangan Rery tertuju padaku. Mata birunya begitu jelas  menatap padaku.

"Boleh aku ke sana, Be?" Belum sempat aku menjawab, orang yang meminta kebenaran tadi sudah tidak lagi berdiri di tingkap itu.

"Aku tak bohong, Be. Mat salleh tu sukakan kau," Susie tersengih.

"Hai," Lihatlah, Rery sudah berada di belakang aku dan Susie.

"Aku balik dulu, Be," belum sempat Susie melangkah, aku sudah mencekal lengannya.

"Kau jangan balik dulu. Kau jangan pandai-pandai nak tinggalkan aku berdua dengannya," kataku.

Untuk hari ini, aku tidak mahu berduaan dengan Rery. Aku tahu apa yang bakal dilakukannya jika kami ditinggal berdua di rumah ini.

"Hei, kau takut? Dia pernah buat apa-apa dekat kau ke?" Susie bertanya dengan suara berbisik.

"Eh, kau ni. Tak adalah. Cuma tak manislah kalau kami berdua di sini," kataku.

Mana mungkin aku menceritakan apa yang sudah dilakukan Rery pada tubuhku. Mana mungkin aku menceritakan bahawa aku dan Rery sudah pernah mengecapi kenikmatan bersama.

"Siapa yang akan tinggal di sini?" mata Rery menjelajah seluruh ruang di rumah itu.

"Entahlah. Tamunya akan sampai esok," Susie yang menjawab.

"Kamu berdua perlu menjemputnya? Kalau kamu menjemputnya, aku mahu ikut," Rery menawarkan diri.

"Kalau orang tempatan yang tahu selok belok menuju ke sini, biasanya mereka datang sendiri," kataku. Jarikuku menyentuh atas meja untuk memastikan tiada lagi debu yang tertinggal.

"Ada juga orang tempatan yang menyewa di sini? Aku ingat orang luar saja."

" Kenapa tidak? Kadang mereka yang tidak punya kampung halaman datang ke sini, bermalam dua tiga hari untuk merasai suasana kampung," jelasku.

"Lagi pula, tempat ini strategik, Clay. Taman Negara Gunung Gading dekat. Pantai Pandan, Pantai Siar dan Palm Beach pun dekat," ujar Susie membuat mata biru Rery menatapku lekat.

"Really? You never told me, Be. Aku suka pantai," katanya.

Aku menjeling Susie. Aku dapat mengagak setelah ini Rery pasti akan berkeras mengajakku ke salah satu pantai yang tadi sudah disebut Susie.

💕💕💕

Benar sangkaanku. Rery sudah duduk di ruang tamu rumahku. Di hadapannya duduk ayah dan ibuku.

"Aku minta kebenaran papa dan mama, Be," katanya. Aku yang baru melabuhkan punggung menahan rasa berdebar di dada. Kebenaran? Kebenaran apa? Takkan dia minta kebenaran untuk menikahiku?

"Ni, Rery minta kebenaran kami untuk mengajak kamu ke pantai," kata ayahku. Oh, minta kebenaran untuk ke pantai, aku menarik nafas lega.

"Mama papa mengizinkan?" Papa tersenyum. Begitulah papaku, seorang yang berhati lembut, jarang sekali mampu memberikan kata 'tidak' atau 'jangan'.

"Pergilah, Be. Papa mama percaya pada Be. Pastikan kamu membawanya pulang sebelum malam, nak Rery," kata papa. Mama hanya mengangguk.

Mama papa percaya pada Be. Tapi Be yang tidak percaya pada diri Be, pa.

"Pergilah, Be. Ingat, jaga diri. Jangan balik malam," mama memelukku.

Aku sempat menjeling Rery dengan ekor mataku. Dia tersenyum. Aku tahu, pasti dia sudah merencanakan sesuatu dalam kepalanya.

Dan aku juga sudah menyiapkan satu rencana dalam kepalaku.

" Zie, Rery mengajak ke pantai. Jom, temankan aku."

Seminit menunggu, akhirnya pesanan yang ku hantar berbalas.

"Sorry, Be. Aku sekarang ni otw ke Kuching. Aku dan  papa menemani mama ke India Street."

Aku memasukkan telefon ke dalam poket jeans yang ku pakai. Nampak gayanya aku akan berduaan lagi dengan Rery.

"Jangan takut, Be. Aku berjanji tidak akan macam-macam," Rery mengambil kunci kereta dari tanganku.

Aku tidak percaya dengan kata-kata yang diucapkan Rery. Aku tidak percaya dia sanggup menahan diri untuk tidak menyentuhku. Dia sudah pernah menciumku, pernah menindih tubuhku. Dari sentuhannya, aku tahu betapa berghairahnya Rery terhadap tubuhku.

Tapi, tidak banyak yang mampu aku lakukan untuk menolak ajakannya. Jika aku menolak dengan keras, mama dan papa pasti curiga.

Aku bukan tidak menyukai sentuhan Rery. Sentuhannya pada tubuhku membuatku merasa menjadi seorang wanita yang diingini. Cuma aku takut, terlalu dekat dengannya akan menjadikan aku lemah. Bagaimana jika aku tidak mampu menolak godaannya? Bagaimana jika aku tidak mampu bertahan? Bagaimana jika tanpa sedar aku menyerahkan keperawananku kepadanya?

Sedarlah, Be. Lelaki tu orang luar. Kamu tak tahu rumahnya, kamu tak kenal keluarganya. Bagaimana jika dia menghamilimu dan kemudian dia pulang ke tanah airnya? Bagaimana kamu akan mencarinya, Be?

Aku menarik nafas berat. Banyak kemungkinan yang membuatku takut untuk menyerah padanya. Tetapi bagaimana dengan hatiku? Bagaimana dengan perasaanku? Aku bohong jika ku katakan aku tidak suka padanya. Bohong jika ku katakan aku tidak menganyam mimpi untuk menjadi seseorang yang istimewa dalam hatinya?

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now