MDL 27

7.5K 136 11
                                    

"Wahai angin yang berhembus, sampaikan pada permaisuri hatiku, sampaikan padanya bahawa aku mencintainya, sangat mencintainya," - Rery Clayton

"Jauhi anakku. Berapapun yang kau tuntut akan ku bayar, asalkan kau tinggalkan Clay dan pulang ke tanah airmu!" kata-kata pedas itu aku terima ketika Rery tiada di rumah.

Aku masih berbaring di atas tempat tidur, dengan hanya selimut tebal menutupi tubuhku. Setelah Rery memintaku memuaskannya pagi tadi, aku belum sempat memakai semula pakaianku.

" Aku mahu pergi kerja. Kamu berehat saja, sayang," itu yang dikatakan Rery sebelum meninggalkanku pagi tadi.

Dan kini, ibunya serta Alana duduk di sofa yang ada di sudut bilik, sambil memandang jijik dan mengejek kepadaku. Dengan seluar dalamku, gaun tidurku serta boxer Rery yang masih bertaburan di atas lantai, mereka pasti tahu bagaimana keadaanku di sebalik selimut ini.

"Fikirkan, Beatarissa. Aku sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Rery dan Alana, termasuk melenyapkanmu dari hidup anakku selamanya," wanita itu mengugutku.

"Ingat, waktumu tidak banyak. Aku tahu kau tidak pernah mencintai anakku. Kau hanya mencintai harta dan kekayaan anakku," ucapnya sambil bangun.

Gadis bernama Alana itu hanya menatapku dengan kebencian. Aku tahu dia pasti sangat membenciku kerana aku telah merampas lelaki yang dicintainya.

Aku memandang punggung dua orang kesayangan Rery itu meninggalkan bilik tidur Rery. Saat ini aku rasa malu untuk mengatakan ini bilik tidur kami. Layakkah aku mengatakannya, sedangkan mungkin dalam sedikit waktu lagi aku harus meninggalkannya.

"Apa yang harus kita lakukan, sayang?" aku mengusap perutku. Air mata menitis laju. Aku begitu jauh dari negaraku. Aku tidak punya sesiapa di sini kecuali Rery. Rery yang tidak mungkin mengizinkan aku pulang ke tanah airku. Bagaimana aku harus pulang ke negaraku?

" Sabar puan. Puan besar memang begitu perangainya," kata salah seorang maid yang masuk setelah pemergian ibu Rery dan Alana.

Aku menatap pada maid itu. Aku tidak dapat menyembunyikan mataku yang basah.

"Kamu mendengar semua yang dikatakannya?" tanyaku. Maid itu mengangguk.

"Saya hanya mengikut arahan Tuan Clay, untuk sentiasa mengawasi sesiapa sahaja yang mendekati puan," katanya. Sampai begitu sekali? Apakah Rery curiga jika keluarganya akan melakukan sesuatu kepadaku?

" Jangan katakan kepada Clay tentang ibunya dan Alana yang datang menemui saya, " pintaku. Maid itu mengangguk sebelum meminta diri.

Aku tidak mahu kerana aku hubungan Rery dan keluarganya, terutama ibunya menjadi renggang. Cukuplah hanya hubunganku dan ke dua ibu bapaku yang putus kerana hubungan kami.

Jika pergi adalah jalan terbaik untuk aku dan Rery, maka aku akan melakukannya. Aku mencintai Rery. Aku mahu dia bahagia. Aku juga mencintai bayi di dalam kandunganku. Aku tidak gentar jika nyawaku jadi taruhan tetapi nyawa bayiku... aku tidak sanggup membayangkan kehilangan janin tidak berdosa ini.

💕💕💕

"Sudah siap?" Rery tersembul di muka pintu bilik tidur. Aku menoleh dan senyum kepadanya. Lihatlah dia, wajah tampannya, dengan mata birunya, bagaimana aku tidak berkali-kali jatuh cinta kepadanya.

"Sudah siap, hubby," aku mencapai beg tanganku dan berjalan mendekati Rery. Hari ini Rery akan membawaku bertemu doktor kandungan untuk menjalani pemeriksaan rutin bagi ibu mengandung.

"My beautiful wife," dia merentangkan tangan dan memelukku sejenak. Tangannya mengelus perutku yang saat ini sudah sedikit membuncit. Kandunganku sudah berusia lebih tiga bulan.

"Bagaimana kamu dan baby kita hari ini?" Rery bertanya sambil mencium bibirku.

"Baik. Kami baik-baik sahaja."

"Ada sesiapa yang datang menemuimu hari ini?" tanyanya. Aku mendongak memandang Rery.

"Tiada," jawabku singkat.

Sepanjang perjalanan, Rery beberapa kali menoleh memandangku. Mungkin dia menyedari aku tidak seceria sebelumnya. Keadaanku saat ini hampir sama seperti keadaanku setelah pertemuan pertamaku dengan ibu Rery.

"Kamu terlihat sedih, Be. Ada apa?"

Aku memang sedih, Clay. Ibumu memintaku pergi meninggalkanmu. Ibumu mengatakan aku hanya mencintai hartamu, sedangkan harta yang paling ku cintai sekarang ialah bayiku ini, aku mengusap perutku. Pada detik aku pergi nanti, hanyi bayi ini harta yang akan aku bawa bersama. Bayiku yang kehadirannya belum diketahui keluarga Rery.

"Hormon ibu mengandung memang tidak stabil, Clay," jawabku akhirnya.

💕💕💕

Aku berbaring di atas katil, dengan mata menatap pada Rery. Suamiku ini kelihatan tidak sabar untuk melihat perkembangan bayi kami.

"Sudah sedia untuk melihat perkembangan si kecil di dalam sana?" tanya Doktor Jeaniffer yang baru selesai mengoleskan gel pada perutku.

"Cepatlah, Jean. Aku sudah tak sabar," kata Rery.

"Kamu ni, Clay, tak berubah. Dari zaman sekolah sampai sekarang sudah mahu menjadi ayah, tetap saja kamu gelojoh dan tidak sabar," aku senyum-senyum sahaja mendengar omelan Doktor Jeaniffer. Memang Rery gelojoh, terutama dalam urusan 'bercinta'. Selalu meminta 'lebih' dan 'tambah'. Selalu mahu di atas agar dia dapat mendominasi permainan kami.

Sambil melihat pada monitor, aku sempat menjeling pada Doktor Jeaniffer yang wajahnya terlihat sedikit bingung.

"Ada yang tak kena dengan bayi saya doktor?" aku rasa tidak sedap hati.

"Bayimu baik-baik saja, Be. Cuma..."

"Cuma?" Rery juga terlihat panik. Jemarinya yang sedari tadi menggenggam jemariku terasa sejuk dan berpeluh.

"Ada dua degup jantung. Kenapa kita boleh terlepas pandang masa ultrasound bulan lepas?"

"Apa maksudnya, Jean? Dua degup jantung? Maksudnya bayi kami tidak normal?"

"They're twins," jawapan Doktor Jeaniffer membuat mulutku ternganga tidak percaya. Begitu juga dengan Rery.

"Twins?"

"Kita buat ujian  ultrasound sekali lagi, ya," dan kali ini Doktor Jeaniffer senyum lebar.

"Tahniah, Clay, Be. I'm very sure now. They're twins."

"Ya, Tuhan, Be. Kita akan dapat anak kembar," Rery merangkul tubuhku. Entah berapa ciuman yang  dihadiahkannya ke pipi dan bibirku.

"Jaga isterimu baik-baik, Clay. Ingat, isterimu sekarang dalam situasi tiga dalam satu. Tiga nyawa dalam satu tubuh," Rery mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku melihat  beberapa kali dia menyeka air matanya.

"I love you so much, Beatarissa," ucapnya tanpa rasa segan pada Doktor Jeaniffer yang cuma tersenyum memandang kami.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc....

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now