MDL 4

12.5K 189 13
                                    

Rusa ditambat di pohon manggis,
Diikat dengan tali belati,
Begitu ramai gadis yang manis,
Hanya engkau pilihan hati.


Rery Clayton's POV

Beatarissa, gadis Sarawak yang berkulit kuning langsat. Tubuhnya gempal dan agak tinggi, namun tidak dapat menyamai ketinggianku. Bibir tipisnya yang selalu terlihat merah menawan kerap kali mengganggu konsentrasiku.

Nampaknya dia langsung tidak mengenaliku padahal aku ialah teman facebook nya selama setahun ini. Clary, itu nama pada akaun facebook milikku. Sedangkan dia, Beatarissa Edwin, nama yang sudah mengetuk pintu hatiku selama beberapa bulan ini.

Gadis itu tidak pernah bertanya dari mana aku tahu tentang homestay kepunyaan ayahnya. Sudah tentu dirinya sendiri yang pernah memberitahuku dalam chat kami.

Aku menjeling Beatarissa yang duduk diam di sebelahku. Dia tidaklah secantik mana. Malah sangat jauh kurang jika dibandingkan dengan gadis-gadis yang ada di negaraku. Tetapi bagiku dia sangat mempesona dengan caranya yang tersendiri.

"Kenapa diam?" tanyaku. Beatarissa menoleh kepadaku. Tiada senyuman yang terbit pada bibirnya.

"Kamu masih merajuk, Be?" aku kembali bertanya. Ku lihat Beatarissa menggelengkan kepalanya. Aku senyum, manis, dia sangat manis.

"Kamu cantik, Be," aku tidak sedar bibirku mengucapkan kata-kata itu. Beatarissa mencebikkan bibirnya menerima pujianku.

"Kamu begitu lagi bertambah cantik," tambahku. Beatarissa bertindak dengan memukul lenganku.

"Stop, Be. Or, I'll kiss you," ancamku. Beatarissa berhenti dan kembali memuncungkan bibirnya. Omg, aku ingin sekali mencium bibir itu.

Aku dan Beatarissa sampai di pasar basah. Jujur, aku bukan jenis lelaki yang sering membeli-belah di pasar. Hanya sesekali aku mengikut ibuku ke pasar. Kerana itu, aku sangat tidak mahir nemilih bahan yang harus dibeli.

"Kenapa kita hanya berjalan?" Beatarissa mulai merungut. Sudah beberapa gerai yang kami lewati, tetapi troli yang ku tolak masih kosong.

"Aku tidak tahu apa yang harus dibeli, Be," kataku menyerah. Aku memang tidak tahu barang apa yang perlu ada untuk menyediakan hidangan. Di rumah, aku sudah terbiasa di sediakan segalanya. Aku tidak pernah memasak malah mencuci pakaian juga tidak pernah.

Jika kebetulan ibuku ada urusan dan tidak sempat memasak, kami sekeluarga akan memilih untuk makan di luar. Begitu juga dengan pakaian, kami lebih memilih untuk menghantarnya ke laundry berbanding mencucinya di rumah.

"Kamu tidak membuat senarai barang apa yang mahu kamu beli?" tanya Beatarissa dengan suara kesal. Pipinya juga sudah terlihat merah. Maklumlah, cuaca boleh tahan panas.

"Aku tidak membuat apa-apa senarai, Be. Kerana aku fikir kamu tahu barang apa yang perlu kita beli," kataku. Beatarissa mengeluh dan kini dia berjalan mendahuluiku.

Melihatnya berjalan laju, aku menarik tangannya.

" Apa?" mata bulatnya memandang garang padaku.

" Orang memerhati kita, Be. Nanti orang akan menyangka kita ni suami isteri yang sedang bergaduh. Lebih baik kita jalan beriringan," kataku.

"Aku bukan isterimu, tanah liat," aku tertawa kecil mendengar kata-katanya.

Kami terus berjalan. Beatarissa memilih beberapa keperluan dapur dan memasukkannya ke dalam troli. Ku perhatikan, dia sangat arif dengan perbelanjaan dapur, mungkin kerana dia kerap melakukannya.

" Daging, ayam, ikan dan sayur semuanya sudah ada. Bawang, minyak masak, garam, secukup rasa semuanya sudah dibeli," aku ikut melihat ke dalam troli yang hampir penuh.

"Okey," kataku yang kini menolak troli menuju ke kaunter pembayaran.

Sambil mengira dan menasukkan barang ke dalam beg plastik, gadis yang bekerja di kaunter bayaran beberapa kali tersengih padaku.

Aku menjeling Beatarissa yang berdiri diam sahaja di sebelahku. Tidakkah dia merasa sedikit cemburu pada gadis di hadapan yang terus sahaja ingin menggodaku?

"Sayang..," aku sengaja memanggilnya sayang. Panggilanku pada Beatarissa membuat gadis kaunter mengernyitkan dahinya. Aku perasan raut wajahnya berubah serta-merta. Dia menatap tidak suka pada Beatarissa.

"Okey, sudah, sayang," aku kembali menolak troli meninggalkan kaunter. Sebelah tanganku mengganding tangan Beatarissa. Peliknya, dia tidak membantah. Saat ku panggil dia dengan panggilan sayang pun dia tidak memuncungkan bibirnya seperti selalu.

"Kita singgah makan dulu, sayang," kataku setelah memasukkan barang-barang yang dibeli ke dalam kereta.

'Sayang', aku kembali memanggilnya sayang. Rasa indah memanggilnya dengan panggilan 'sayang'. Seperti tadi Beatarissa cuma mengangguk. Apa yang terjadi dengannya? Mengapa dia cuma diam?

"Kamu okey, Be?" tanyaku. Ku sentuh lengannya yang terasa sejuk. Apakah dia sedang sakit?

"Kamu sakit, Be?" aku mengangkat dagunya. Pipinya terlihat pucat. Dan matanya, terlihat sembab. Dia menangis. Apakah kerana aku?

"Sorry, Be. Aku tidak bermaksud memalukanmu," kataku. Beatarissa menggelengkan kepalanya.

"Bukan kamu, Clay," matanya melihat jauh ke hadapan, mengundangku untuk mengikuti arah pandangannya.

Berjarak tiga kereta dari kereta Myvi Beatarissa, berdiri seorang lelaki dengan seorang wanita yang sedang mengandung di sebelahnya. Wanita itu sibuk menyusun barang ke dalam keretanya. Sedangkan si lelaki memandang tepat ke arah kami.

"Your ex?" tanyaku. Beatarissa mengangguk. Air mata sudah bertakung di pelupuk matanya. Oh, no! Takkan dia mahu menangis di hadapan bekas teman lelakinya yang ternyata sudah berbahagia dengan isterinya?

"Jangan menangis di hadapannya, Beatarissa. Nanti aku  kelihatan sebagai lelaki yang tidak mampu membahagiakanmu," aku sekadar ingin mengusiknya, agar dia tidak menunjukkan dirinya lemah di hadapan lelaki tak guna itu.

"Sini, tunjukkan padanya kamu juga bahagia, meski dia sudah mengecewakanmu," ku tarik Beatarissa ke dalam pelukanku. Ku usap rambut dan belakangnya. Dia terasa begitu sempurna dalam pelukanku. Tubuhnya terasa hangat, mendamba untuk dilindungi dan disayangi.

Saat ku lepaskan tubuh Beatarissa dari pelukanku, sempat ku jeling lelaki tadi. Dia masih memerhati ke arah kami. Ku tuntun Beatarissa masuk ke dalam kereta. Ku singgahkan satu kucupan di dahinya sebelum aku menutup pintu kereta.

Aku menekan pedal minyak dan kereta beransur menjauh. Beatarissa juga sudah kelihatan lebih tenang.

"Kamu masih mencintainya?" tanyaku setelah kami berada di sebuah kedai makan untuk makan tengah hari.

"Tidak," ringkas jawapan Beatarissa. Jawapan yang sangat sukar dipercayai. Dia tidak lagi mencintai lelaki itu, tetapi dia masih menangis kerananya.

"Tapi kamu masih menangisinya," kataku. Beatarissa menoleh kepadaku. Dia sedikit tersenyum.

"Aku melihatnya ketika kita masih di dalam tadi. Aku cuma cemburu. Lihat isterinya, sudah mengandung. Tak lama lagi mereka akan punya anak. Mereka sudah bahagia, Clay," jawabnya.

"Kamu pasti mereka bahagia? Kalau dia bahagia, mengapa pandangannya seolah-olah dia ingin meraihmu kembali?"

Memang benar. Dari caranya memandang Beatarissa, aku tahu lelaki itu masih menginginkan Beatarissa agar kembali ke dalam dakapannya.

Tetapi aku tidak akan membiarkan lelaki itu meraih Beatarissa kembali. Aku tidak akan melepaskan Beatarissa untuk lelaki manapun. Beribu batu aku datang, ku tinggalkan tanah air dan keluargaku hanya demi Beatarissa. Aku mencintainya dan akan membuatnya untuk juga mencintaiku.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now