MDL 29

7.3K 133 10
                                    

" Aku hanya si rendah darjat. Takdirku bukan untuk bersanding denganmu," - Beatarissa

Semalaman aku gelisah. Sampai pagi, tidak sedetikpun aku melelapkan mata. Entah mengapa tiba-tiba Rery tidak pulang ke rumah. Sepanjang malam aku cuba menghubunginya, namun tidak ada satupun panggilanku yang dijawab Rery. Pesanan WhatsApp yang ku hantar juga tidak ada satu pun yang dibacanya.

Hinggalah pagi itu aku dijemput untuk ke rumah mertuaku oleh pemandu keluarga Rery.

"Apa apa?" aku dapat merasakan ada sesuatu yang terjadi pada Rery. Andai tidak, mana mungkin keluarga itu sanggup menjemput si rendah darjat seperti diriku untuk mencemari lantai rumah mereka.

"Saya tidak tahu, puan," jawab lelaki itu dengan sopan. Aku tidak mahu bertanya lagi. Aku hanya duduk dengan fikiran yang berperang dengan seribu kemungkinan.

Lebih kurang sepuluh minit kemudian, akhirnya sekali lagi aku menjejakkan kaki di rumah besar itu. Cuma kali ini kegugupanku luar biasa kerana Rery tidak ada di sisiku.

"Silakan masuk, puan," seorang maid membukakan pintu untukku. Aku melangkah masuk. Kedatanganku  disambut dengan senyuman lebar ibu Rery.

"Bawa dia terus ke bilik tidur Clay," katanya kepada maid yang masih berdiri di sampingku.

"Kenapa mum? Adakah Clay  sakit," tanyaku. Wanita itu menggelengkan kepalanya dan tersenyum.

"Suamimu sedang menunggu kedatanganmu. Ada hadiah istimewa yang ingin diberikannya kepadamu," katanya dan berlalu meninggalkan aku.

Aku melangkah naik ke tingkat satu rumah itu. Sampai di satu bilik yang pintunya tertutup rapat, maid itu berhenti dan memandangku.

" Silakan masuk, puan, " katanya dan terus berlalu. Orang di rumah ini mungkin sudah dilatih hanya untuk berbicara seringkas yang mungkin.

Clek! Aku memutar tombol pintu dan melangkah masuk. Tujuanku hanya satu, untuk segera bertemu dengan suamiku dan melontarkan diri ke dalam pelukannya.

Namun saat aku berpaling setelah mengunci pintu, pandanganku jatuh pada dua tubuh telanjang yang sedang berpelukan erat. Dua tubuh yang cukup aku kenal, Alana dan Rery, suamiku.

Tubuh Rery dan Alana benar-benar telanjang seperti bayi. Pakaian dan selimut sudah terlempar ke lantai.

Aku berjalan mendekati mereka. Hatiku saat ini sudah hancur berkeping-keping. Air mata mengalir deras. Apa yang harus aku lakukan? Aku tidak mungkin mengamuk atau menampar Rery mahupun Alana. Siapa aku untuk bertindak begitu? Demi nyawaku dan nyawa bayiku, biarlah. Aku sanggup menghadapinya.

Aku mengambil selimut yang ada di atas lantai dan aku selimutkan dua tubuh telanjang itu.

"Terima kasih, Clay," aku mengucup dahi suamiku yang masih lena. Aku mengucupnya lama, sebagai tanda terima kasihku kerana dia akhirnya memakbulkan keinginan ibunya.

"Beatarissa," mungkin air mataku membuatnya terjaga dari tidurnya.

"Aku di mana? Kenapa Alana tidur di sampingku, Be?" Rery kebingungan dan kelihatan panik. Dia melepaskan tangan Alana yang memeluk tubuhnya.

"Maaf kerana aku membangunkanmu. Aku pergi dulu, Clay. Aku menunggumu di rumah," kataku. Namun Rery mencengkam pergelangan tanganku.

"Jangan pergi, Be. Jangan tinggalkan aku," Rery memelukku. Bau Alana masih melekat pada tubuhnya.

" Biarkan aku pergi, Clay. Aku perlu menenangkan diri. Semua ini terlalu menyakitkan, Clay. Tolong, beri aku waktu untuk bersendirian," aku meminta dengan linangan air mata.

Akhirnya, tanpa kata, Rery meleraikan pelukannya.

"Tunggu aku di rumah, sayang," Rery mengucup bibirku. Kucupan yang hanya menghadirkan rasa luka dan pedih.

Aku meninggalkan bilik Rery. Dan tanpa ku duga, di luar bilik Rery aku bertemu ibu Rery, ayah Rery, Robert, Rudy dan Ruby. Aku menduga mereka telah merancang semua ini.

" Bagaimana hadiah yang diberikan suamimu?" ibu Rery tersenyum lebar.

"Hadiah yang terindah, Puan. Terima kasih," ucapku. Aku tidak boleh bersikap lemah di hadapan mereka.

"Dasar perempuan murah," aku mendengar suara Robert dengan jelas. Dia menghinaku dan tiada sesiapa yang membelaku. Mereka menganggapku hina, sedangkan aku ialah wanita yang sedang mengandungkan darah daging mereka.

💕💕💕

Aku menangis, memikirkan pahitnya hari esok yang akan aku jalani. Rery sudah menodai sumpah pernikahan kami dengan meniduri Alana. Meski aku masih mencintainya, aku tetap harus melepaskannya. Aku sedar, sampai bila-bilapun aku tetap hanya sebutir pasir di antara beberapa butir intan berlian. Sebutir pasir yang tiada nikainya.

"Aku ingin menjadi sesuatu, yang selalu bisa kau sentuh..." nada dering telefon bimbitku berbunyi. Rery menghubungiku. Dia menghubungiku hanya setelah tiga puluh minit aku pergi.

Ku abaikan panggilan Rery. Antara aku dan dia, jurang yang akan memisahkan kami sudah terbentang luas. Alana pasti akan meminta Rery bertanggungjawab. Dan aku.. pasti akan tersingkir dari kehidupan Rery.

"Please, sayang. Jawab panggilanku. Jangan begini. Aku minta maaf. Aku tidak sedar apa yang berlaku, sayang. Tolong maafkan aku. Aku mencintaimu, Beatarissa. Aku bersumpah, aku hanya mencintaimu." Rery menghantar pesanan.

Aku tahu dia mencintaiku. Tetapi aku hanya manusia biasa. Walaupun aku wanita tiada darjat, aku takkan sanggup mengingat suamiku sudah meniduri perempuan lain.

" Pulanglah, Be. Demi Tuhan, aku mencintaimu, Beatarissa. Aku mencintaimu." Pesanan ke dua yang dihantar Rery membuat air mataku jatuh kian deras.

"Aku juga mencintaimu, Clay. Tapi mungkin jodoh kita sampai di sini, Clay. Aku mohon, lepaskan aku." Pesanan itu aku kirimkan untuk Rery. Pesanan yang aku tulis dengan linangan air mata.

"Pulanglah, Beatarissa." Pesanan yang dihantar Rery menghentikan langkah kakiku yang sedari tadi melangkah tanpa tujuan yang jelas. Aku memerhati sekelilingku. Tempat ini terasa asing.

"Aku sesat, Clay..." Perutku terasa kejang. Aku memegang perutku. Aku teringat aku belum menjamah apa-apa sejak pagi tadi.

"Katakan kamu di mana, sayang."

Aku memerhati lagi sekelilingku. Aku berada tidak jauh dari sebuah gereja.

"Aku berada tidak jauh dari St James Anglican Cathedral, Clay."

Tiada balasan daripada Rery. Aku menangis lagi. Hari ini hari yang malang. Aku menyaksikan suamiku tidur berpelukan dengan wanita lain. Aku patah hati, hingga tidak sedar ke mana langkah kakiku membawaku.

" Sayang, " aku merasa ada tangan yang memelukku. Tangan yang malam tadi sudah memeluk wanita lain. Pelukan Rery tidak lagi rasa mendamaikan, tetapi aku bersyukur dia datang.

"Maafkan aku, sayang, " air mata lelakinya tumpah saat dia memelukku erat.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc....

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora