MDL 19

9.3K 119 3
                                    

"Ingin sekali aku duduk di pelaminan, bersanding denganmu" - Rery Clayton

Aku menatap pantulan diriku pada cermin di hadapanku. Tubuh langsingku sudah dibaluti gaun pengantin putih. Seharusnya hari ini aku berbahagia kerana hari ini adalah hari pernikahanku. Namun, hari ini aku merasakan sebaliknya.

Hari ini duniaku terasa benar-benar suram. Mungkin hari ini adalah berakhirnya mimpi-mimpi indahku. Mimpi indah untuk menggenggam tangan seorang lelaki yang aku cintai, berdiri beriringan di hadapan altar, melafaz sumpah dan janji untuk sehidup semati.

"Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh, aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu, tanpamu...." Deringan lagu 'Dealova berkumandang. Deringan khas menandakan panggilan video daripada Rery.

"Sayang..," Rery cuba tersenyum. Aku tahu senyuman itu adalah senyuman palsu, senyuman yang tersembunyi air mata di sebaliknya.

"Kamu terlihat cantik, sayang. Sangat cantik," katanya memujiku.

Aku tidak tahu apa yang harus aku ucapkan. Melihat wajahnya membuatku ingin segera berlari ke dalam pelukannya. Jika Rery mahu, aku rela mati bersamanya.

"Maafkan aku, sayang. Selalu ingat, di manapun aku berada, meski kita terpisah jauh... aku selalu mencintaimu, Be," aku melihat ada beberapa butir air mata yang mengalir melewati pipi Rery.

"Aku juga mencintaimu, Clay," lalu aku terisak.

Baru sebulan aku mengenal Rery Clayton. Tetapi lihatlah, lelaki ini telah merampas seluruh hatiku, mengurungnya, membuatku seolah tidak bernyawa setiap kali berjauhan dengannya.

"I love you, Beatarissa. You're my dear lover," ucap Rery. Dia memutuskan panggilan sebelum aku membalas ucapan cintanya.

💕💕💕

Rery Clayton's POV

Aku mengakhiri panggilan video dengan Beatarissa. Aku tidak dapat menahan air mata melihat wajah sedihnya. Gadis secantik Beatarissa seharusnya hidup bahagia, bukan bermandikan air mata.

Aku duduk di ruang tamu. Tubuh yang terasa rapuh aku sandarkan pada sofa. Coklat panas di hadapanku aku hirup perlahan. Saat ini, hanya Beatarissa yang mengisi fikiranku.

Pernikahan Beatarissa dan Nico akan berlangsung hanya dalam hitungan jam. Pagi ini, aku melihat tiga buah khemah besar sudah berhias indah di halaman rumah. Menurut Beatarissa, selesai sahaja majlis akad nikah di gereja nanti, petangnya terus diadakan majlis resepsi.

Entah bagaimana aku akan menghadapi situasi ini. Mampukah aku bersikap biasa-biasa sahaja? Mampukah aku berdiri dari kejauhan, mengintai kekasihku bersanding dengan lelaki lain? Sanggupkah aku membayangkan Beatarissa dimiliki lelaki lain?

Aku kembali menghirup coklat  yang sudah hampir sejuk. Aku teringat pada kata-kata Beatarissa malam tadi.

"Bawa aku pergi dari sini, Clay," begitu dia merayuku tika aku memeluknya setelah kami selesai bercinta.

"Aku ingin memilikimu, Be. Tetapi bukan ini caranya. Aku mahu, biar papamu yang menyerahkan tanganmu kepadaku untuk ku bawa ke hadapan altar."

"Tidak mungkin, Clay," ucap Beatarissa.

"Kita akan berusaha, sayang," aku menggenggam jemarinya.

Pagi ini, tika aku melihat persiapan pernikahan Beatarissa yang sudah hampir sempurna, baru aku tersedar. Aku teringat ucapan 'tidak mungkin' yang dilafazkan Beatarissa. Rupanya mimpi yang tiap malam ku anyam, kian menjauh untuk ku gapai dan ku realisasikan menjadi kenyataan.

Beatarissaku sebentar lagi akan menjadi milik orang. Tangan lelaki lain yang akan menggandingnya ke hadapan altar. Lelaki lain yang akan melafazkan sumpah pernikahan bersamanya, bukan aku.

Aku hanya lelaki pengecut yang tiap malam  mencuri masuk ke dalam bilik Beatarissa, mencumbuinya dan menyentuhnya. Aku hanya kekasih yang setiap malam  membisikkan kata cinta dan memberikan janji. Aku berjanji akan mengikatnya dengan ikatan pernikahan. Tetapi bagaimana caranya?

Begini rasanya jatuh cinta. Indah dan mengasyikkan. Namun turut terselit kepedihan di dalamnya. Ku kira jalan untuk aku memiliki Beatarissa tidak sesukar ini. Apapun sanggup aku serahkan kepada orang tua Beatarissa sebagai tukar ganti jika mereka benar-benar meminta. Kekayaan yang aku tinggalkan di tanah airku tiada ertinya berbanding Beatarissa.

Lamunanku terhenti oleh riuh rendah dari rumah Beatarissa. Aku menjenguk ke pintu.

Dup! Dup! Dup! Jantungku berpalu hebat. Aku melihat Beatarissa berjalan perlahan menuju ke kereta pengantin yang terparkir di halaman rumahnya.

"Beatarissa...," air mataku meleleh. Aku benar-benar sudah kehilangan cintaku. Aku sudah kehilangan Beatarissa.

💕💕💕

Aku memasukkan pakaianku ke dalam beg. Kisah cintaku dengan Beatarissa sampai di sini. Mungkin saat ini dia sudah sah melafazkan wedding vows bersama Nico.

"Selamat berbahagia, Be," ucapku. Sudah saatnya aku pergi, mengundurkan diri demi kebahagiaan Beatarissa. Dia berhak bahagia. Jika aku pergi, mungkin secara perlahan-lahan Beatarissa akan dapat menerima Nico.

Aku menarik cadar yang masih ada noda darah keperawanan  Beatarissa di arasnya. Cadar itu  aku lipat dan ku masukkan ke dalam beg. Cadar ini menyimpan kenangan terindah. Aku bersumpah, Beatarissa satu-satunya gadis yang aku miliki. Takkan ada gadis atau wanita lain selain Beatarissa.

" Rery, keluar kau, anjing!" Ada pekikan di luar rumah.

"Siapa?" desis hatiku. Suaranya seperti suara papa Beatarissa. Tetapi tidak mungkin. Bukankah...

"Sial! Anjing!" Sebaik pintu ku buka, satu pukulan dan tendangan mengena tubuhku. Aku terpelanting ke lantai.

"Aku bunuh kau, Rery. Aku bunuh kau. Ambilkan aku parang!" Papa Beatarissa terus menjerit sambil menendang tubuhku.

"Sudah, bang. Sudah," pujuk seorang lelaki yang menahan papa Beatarissa daripada terus memukulku. Dua orang lelaki lain yang ikut bersama hanya berdiri, mungkin bersedia untuk bertindak jika aku membalas pukulan papa Beatarissa.

"Dia sudah memalukan aku. Dia sudah membuntingkan anak aku!" Papa Beatarissa menatap nyalang kepadaku.

"Beatarissa sudah mengandung. Apa lagi kita nak buat. Kau bunuh budak orang putih ni sampai mati pun takkan menggubah apa-apa," kata lelaki itu.

Aku yang terduduk di lantai mengerang menahan sakit, tetapi telingaku masih berfungsi dengan cukup baik. Beatarissa mengandung? Aku mahu melonjak kegirangan.

" Bangun kau anjing! " Entah berapa kali papa Beatarissa memanggilku anjing. Tidak mengapa. Aku rela, panggilah aku dengan panggilan apa sahaja, asalkan berikan aku restu untuk bersama Beatarissa.

Aku mencuba bangun. Tubuhku terasa sangat sakit di sana sini.

" Bangun! " Papa Beatarissa menarik leher bajuku. Aku hanya menurut, demi Beatarissa.

Bagaikan penjenayah, aku diseret masuk ke dalam kereta. Dua orang lelaki berbadan tegap yang aku fikir mungkin merupakan bapa saudara Beatarissa duduk di kiri dan kananku.

Buat apa mereka mengawalku begini. Apakah mereka fikir aku akan lari dari tanggungjawabku? Apakah mereka fikir aku mengelak untuk menikahi Beatarissa?

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc...

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz