MDL 2

14.9K 208 6
                                    

Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Aku mengarahkan Rery agar memakirkan kereta benar-benar di hadapan homestay. Homestay milik ayahku hanya terletak lebih kurang lima meter dari rumah kami.

"Waw.. sangat comel. Ini homestay yang sangat comel. Tapi... aku lebih suka kalau kamu menggelarnya chalet, Be, " katanya mengamati sekelilingnya.

Sebenarnya aku pun setuju jika tempat penginapan ini dipanggil Chalet. Rumah yang mempunyai tiga bilik tidur, sebuah dapur, sebuah ruang tamu, tandas dan bilik mandi. Uniknya rumah ini berbentuk heksagon dengan setiap sisinya dihubungkan oleh beranda.

"Ada dua buah chalet, ya Be. Dan aku ditempatkan di chalet ini," katanya sambil melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah ku siapkan beberapa hari yang lalu.

"Cantik. Bercirikan Inggeris. Aku suka," Rery membuang beg yang digalasnya di tengah-tengah ruang tamu.

Aku dan Susie hanya berdiri, memerhati gayanya mengkagumi rumah kecil ini.

Sebenarnya idea untuk mendirikan dua buah homestay ini adalah idea abang sulungku yang kini sedang bekerja di Australia sebagai seorang tenaga pengajar di sana. Kata abangku ini adalah satu udaha yang boleh menambah pendapatan keluargaku.

"Siapa yang mendekorasi rumah ini?" tanya Rery setelah puas berkeliling.

"Be, bentuk rumah serta dekorasi dalam rumah semuanya idea Be," jawab Susie dengan penuh bangga.

"Boleh tahan. Aku suka," katanya.

"Ada apa-apa yang encik nak tanya lagi? Kalau tak ada, kami balik dulu. Encik berehatlah sementara menunggu makan tengah hari di hantar ke sini," kataku.

"Emm, I think nothing. But Be, may I have your phone number?" tanya memandang tepat ke mataku dengan mata birunya.

"Okey, sir," aku menyebut nombor telefonku.

💕💕💕

"Macam mana? Dia suka tinggal di rumah tu?" tanya mama sambil menggaul ayam masak kari di dalam kuali.

"Nampak gayanya dia suka, ma."

"Emm.. nampak gayanya orang tu akan tinggal lama di sini, ma," kataku setelah berfikir sejenak.

"Hmm...," hanya itu jawapan mamaku.

"Dia buat apa di sini, ma?" tanyaku lagi.

"Kata papa dia bercuti panjang, Be. Biasalah, orang putih. Duit banyak. Setahun bercuti pun tak kisah," mama sibuk mencedok lauk ke dalam mangkuk kaca bertutup.

"Nah, lauk dan nasi sudah siap. Kamu hantar lauk dan nasi ni kepada orang putih tu. Lepas tu, balik ke sini lagi. Jangan nak menggatal dengan orang putih tu," mama menyodorkan tiga bekas berisi makanan kepadaku. Satu bekas berisi nasi, satu berisi kari ayam dan satu lagi berisi tumis baby kailan.

Aku melangkah menuju ke rumah itu yang kini ada Rery di dalamnya. Belum sempat aku mengetuk pintu, daun pintu sudah terbuka. Rery berdiri di ambang pintu, memandang kepadaku sambil menepuk perutnya.

"I know," kataku yang faham dengan signal yang diberikannya. Aku masuk ke dapur. Rery mengikutku di belakang.

Bekas-bekas berisi makanan yang ku bawa ku letakkan di atas meja makan. Rery menarik satu kerusi dan duduk di hadapanku. Aku mengambil sebiji pinggan dan sudu, ku letakkan di hadapan Rery. Sebiji gelas dan sebotol mineral besar turut ku letakkan di hadapannya.

"Jemput makan, sir," kataku.

"Letak nasi dan lauk ke dalam pingganku, Be. Dan ambil satu lagi pinggan untukmu. Temani aku makan, kerana aku tidak suka makan seorang," katanya.

"Okey, sir," aku berbalik dan kembali dengan pinggan dan sudu di tanganku. Ku ambil pinggan Rery dan ku isikan nasi ke pinggannya. Ketika hendak mencedok kari ayam ke pinggannya, aku terhenti seketika. Dia makan ke makanan pedas macam ni?

"Aku boleh makan makanan tu, Be. Letak saja," katanya.

Aku menurut sahaja meski dalam hati aku rasa was-was. Jarang aku tengok orang putih makan pedas. Makan nasi pun jarang, aku berkata dalam hati.

"Makan, Be. Selagi kamu tak makan, aku pun tak makan," katanya.

Aku menyuap perlahan. Mataku memerhati padanya, bersiap-bersiap jika dia akan tersedak dan menyemburkan makanannya ke mukaku.

"Makan, Be. Sedap makanan ni," Rery menyuap dengan berselera. Beberapa kali dia mencedok kari ayam ke dalam pinggannya.

"Sedap, Be. Kamu yang masak kari ayam ini?" matanya menikam dalam ke mataku. Aku jadi salah tingkah.

"Emm, bukan. Mama yang masak," aku menjawab gugup. Rery tersenyum.

Selesai makan, aku ingin mengambil pinggan dan cawan Rery untuk ku bawa ke singki. Namun tangan Rery menahan tanganku. Dia menggelengkan kepalanya.

"Jangan, Be. Kamu bukan orang gajiku. Cukup dengan mencedok makanan ke pingganku dan menemani aku makan," katanya lembut. Aduh, aku benar-benar meleleh kerananya.

Aku bangun dan membawa pingganku ke singki. Rery juga ikut bangun.

"Aku dulu atau kamu dulu?" tanyaku.

"Singki ada dua. Kamu guna satu singki, aku guna satu singki. Atau kamu cuci guna sabun dan aku membilasnya," cadangnya.

"Okey, kalau macam tu. Aku cuci guna sabun dan kamu bilas," jawabku. Dia mengangguk. Tubuhnya yang besar, tinggi dan tegap berdiri di sebelahku, menyambut pinggan, sudu dan cawan yang sudah ku basuh menggunakan sabun.

"Seronok macam ni. Aku selalu melihat mama dan papa begini selepas kami selesai makan," katanya.

Aku cuma mengangguk-angguk. Di rumah kami pula lain. Selalunya setelah makan, kaum perempuan yang akan membersihkan meja makan serta pinggan mangkuk yang ada di dalam singki. Kaum lelaki selalunya akan cepat-cepat duduk di sofa di hadapan televisyen.

Aku memastikan meja makan sudah bersih, begitu juga singki. Aku mengambil kembali bekas-bekas yang tadi aku bawa datang ke sini dan meminta diri untuk pulang. Mama pasti mengomel kerana aku lama di sini.

"Be..," aku yang kini hampir memakai sandalku menoleh.

"Emm, aku cuma ingin bertanya. Boleh tak kalau aku ingin memasak sendiri di rumah ini?" tanya Rery. Jarang ada tetamu yang meminta izin untuk memasak sendiri. Biasanya mereka lebih suka meminta makanan yang sudah dimasak dihantar ke sini.

"Terpulang pada encik. Maksudnya encik mahu bahan mentah dihantar ke sini?" tanyaku. Dia menggeleng.

" Aku akan membeli sendiri bahan mentahnya. Dan aku akan memasak di sini."

"Ok, saya balik dulu," kataku.

"Thanks, Be. Satu lagi, jangan panggil aku encik atau sir. Panggil Clay saja," dia melaung dari pintu.

Aku tidak menoleh lagi kepadanya. Tetapi aku senyum sendiri mengingat namanya. Clay? Tanah liat. Aku tebuan, dia tanah liat. Lucu!

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc...

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now