MDL 10

12.4K 136 4
                                    

" Matahari yang memancar, seakan sirna cahayanya. Jangan dia... Jangan jadikan dia pemilik hatiku,"

Nico merealisasikan kata-katanya. Dia bersikap seperti lima tahun yang lalu, bersikap seperti bakal menantu yang baik. Dalam masa tiga hari, dia berjaya meyakinkan papa bahawa kisah pahit yang terjadi lima tahun yang lalu adalah kesalahanku.

" Be yang minta putus, pa, ma," aku yang bersembunyi di sebalik pintu bilikku mendengar dengan jelas apa yang dikatakan Nico kepada papa dan mama.

"Masa itu, keluargaku sudah melengkapkan semuanya, ma. Hanya menunggu persetujuan Beatarissa. Tapi, tak tahu kenapa dia berubah fikiran pada saat akhir," katanya. Nada suaranya terdengar sayu. Raja pembohong. Tuan pengampu, aku mengutuknya dalam hati.

"Ini cincin yang dulu bakal aku sarungkan ke jari Beatarissa," aku mendengar semua kebohongannya. Suasana hening seketika. Mungkin saat ini papa dan mama sedang membelek cincin pura-pura yang ditayangkan Nico. Entah bagaimana rupa cincin itu aku tidak tahu. Mungkin sangat cantik dan mahal hingga papa dan mama tidak terkata apa-apa sampai detik ini.

Ah, untuk berpura-pura, Nico pasti sanggup berhabis.

"Sekarang aku datang, pa, ma. Aku datang sebagai lelaki yang akan menyunting anak papa dan mama," Sial! Aku mengepalkan tangan. Betapa beraninya dia mengatakan dirinya datang untuk menyuntingku. Bini kau yang sedang memboyot tu nak letak kat mana! Aku menjerit dalam hati.

" Kalau papa dan mama bersetuju, aku tidak mahu bertunang pa, ma. Kalau boleh, biarlah kami terus menikah," aku mendengar Nico menuturkan semuanya dengan jelas. Aku menekankan penumbukku ke dinding. Ku tekan dengan kuat sekali hingga sedikit luka dan berdarah.

" Tapi Be pernah bercerita, nak Nico sudah beristeri, " kali ini baru kedengaran suara ibuku.

" Memang benar, ma. Aku memang sudah pernah menikah. Tapi jodoh kami tak panjang. Jodoh kami hanya bertahan selama enam bulan."

"Oh, kalau begitu maksudnya nak Nico sudah bercerai dengan bekas isteri," sela ayahku. Aku mendengar Nico mengeluh seketika.

"Bukan bercerai, pa. Dia kemalangan dan meninggal," katanya. Benar-benar sial kamu, Nico. Bini kau tengah mengandung, kau kata bini kau dah mati.

"Jadi, apa rancangan nak Nico? Kami berdua setuju saja. Beatarissa pun belum pernah mengenalkan teman lelakinya pada kami sejak putus dengan kamu," dari nada bicaranya aku tahu papa memang sudah termakan umpan yang dipasang Nico.

" Aku mahu segera menikah dengan Be. Lagi cepat lagi baik, " katanya.

" Kalau macam tu, esok lusa bawa orang tua kamu datang ke mari, " usul ayahku.

" Emm... Pa, ma. Sebenarnya orang tuaku sudah tahu. Semua keluarga juga sudah tahu. Kata mereka , biar menikah dulu. Sudah resepsi nanti baru keluarga kita berkumpul," begitu manis bicaranya ingin menipu papa dan mama.

" Kalau macam tu, nanti kami bicarakan dengan Beatarissa. "

💕💕💕

Setelah Nico meninggalkan rumah, barulah aku keluar dari bilik tidurku. Papa dan mama masih duduk di sofa.

" Duduk dulu, Be. Ada benda yang mahu papa dan mama bincangkan dengan Be," kata papaku dengan senyuman lebar. Mama juga sama.

" Tentang pernikahan Be?" Papa mengangguk.

"Dia penipu, ma, pa. Bininya masih hidup dan tengah memboyot," aku cuba menjelaskan.

"Jangan berprasangka, Be. Nico sudah menjelaskan pada papa dan mama. Isterinya sudah meninggal dan dia duda," suara tegas papa sempat membuat perasaanku tercalar. Mengapa papa mudah percaya pada orang luar berbanding darah dagingnya sendiri.

"Dia berbohong, pa. Isterinya masih hidup dan tengah mengandung," aku amat berharap agar papa dan mama percaya pada kata-kataku.

"Keputusan papa dan mana sudah bulat, Beatarissa. Kamu harus menikah dengan Nico. Noktah!"

"Papa mahu Be jadi isteri nombor dua Nico?" tanyaku dengan suara terketar.

"Dia duda, Be. Hanya kamu satu-satunya isterinya nanti. Jangan membantah papa dan mama. Sudah waktunya kamu menikah, agar ada suami kamu yang menanggung hidup kamu," papa yang selama ini bersikap lembut dan memanjakanku, saat ini telah mengucapkan kata-kata yang seolah tidak ingin lagi ku bebani.

" Kalau begitu, biar Be menikah dengan lelaki lain, pa. Asal tidak dengan Nico, " kataku. Jika papa dan mama sudah tidak mahu lagi menampung hidupku, aku rela menikah, tetapi tidak dengan Nico yang sudah jelas akan memberikan aku luka.

"Menikah dengan lelaki lain, Be? Siapa? Rery si mat salleh tu?" Bola mataku membesar mendengar kata-kata papa. Apakah dia tahu sesuatu tentang aku dan Rery? Atau Nico  juga sudah memfitnah Rery?

"Papa tidak akan pernah mengizinkan kamu menikah dengan orang putih tu," kata papaku. Aku diam menatap wajah papa. Kisah cintaku yang belum sempat bermula nampaknya sudah harus berakhir.

"Sedar, Be. Papa dan mama menghormatinya kerana dia tetamu kita. Tidak lebih dari itu. Kamu jangan lagi pernah menemaninya ke mana-mana," pesan ayahku.

"Dan jangan berani-berani kamu menyerahkan tubuh kamu kepadanya," kali ini mama bersuara tanpa ada lembutnya lagi.

Aku masuk ke bilik tidurku dengan marah dan kecewa. Pintu bilik ku banting dengan keras. Aku tidak pernah membantah kemahuan papa dan mama. Mereka tidak mahu aku melanjutkan pelajaran ke universiti, aku ikut. Mereka tidak mengizinkan aku mencari kerja di bandar, aku ikut.

Tetapi hari ini, papa dengan jujur memintaku menikah dengan Nico agar lelaki itu dapat menampung hidupku. Maksudnya, selama ini aku hanya beban bagi papa dan mama. Sedangkan aku membantu apa yang terdaya.

Menikah dengan Nico. Aku benci mengingat kata-kata itu. Dan malam ini aku sudah nekad. Aku tidak akan menyerahkan tubuhku pada Nico. Aku tidak akan membiarkan dia menang.

Aku sudah mengambil keputusan. Daripada ku serahkan perawanku kepada Nico, lebih rela aku menyerahkannya kepada lelaki yang aku cintai saat ini.

Aku bakal menjadi pemenang, Beatarissa.

Pesanan yang dihantar Nico membuat kemarahanku kian memuncak. Tetapi saat ini aku tidak ingin mengatakan apapun kepadanya. Aku mahu dia bermimpi menjadi pemenang, sedangkan esok, ketika berada di dunia nyata, dia akan sedar bahawasanya dirinya hanyalah seorang loser.

Tonight, let me be yours, Clay. Make me yours. ✔️✔️.

Pesanan ringkas yang ku hantar  itu segera mendapat blue tick. Namun tiada balasan yang ku terima. Satu perkara yang ku pasti, malam ini aku akan menyerahkan segalanya kepada Rery. Dia menerimaku atau tidak, aku tetap akan menyerahkan keperawananku kepadanya.

Vote dan komen.
Happy reading.

Tbc....

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now