MDL 17

10.3K 130 4
                                    

Rery Clayton's POV

"Apakah ukuran cinta yang layak untukmu? Apakah cintaku terlalu kerdil untuk ku serahkan kepadamu"

Hatiku terasa amat sakit dan terluka menerima kata-kata penghinaan daripada papa Beatarissa. Apakah aku begitu hina di matanya? Apakah aku benar-benar tidak layak untuk mendampingi anak gadisnya?

Aku menyandarkan tubuh pada kepala katil. Seluruh tubuhku rasa nyeri. Tendangan dan pukulan yang dihadiahkan papa Beatarissa ke tubuhku bukan alang-alang. Ternyata seusia itu, dia masih memiliki tenaga yang luar biasa.

Fikiranku melayang pada Beatarissa. Pasti saat ini dia sedang menangisi nasibnya. Atau mungkin dia juga sedang merasakan kesakitan pada tubuhnya.

Aku memejamkan mata. Memohon pada Pencipta agar kekasihku baik-baik sahaja. Tidak mengapa jika aku yang menanggung semua kesakitan ini, asalkan Beatarissa sihat. Tidak mengapa aku yang menanggung kekecewaan ini, asalkan Beatarissa bahagia.

Aku sedar peluangku untuk memiliki Beatarissa sangat tipis. Malah kini ruang untuk memilikinya sudah hampir tertutup, hingga tiada lagi celah.

Aku hanya orang asing yang cuba menyunting sekuntum bunga indah di taman larangan. Aku mencintai Beatarissa dan dia juga mungkin mencintaiku. Tetapi aku tidak dapat memilikinya kerana di mata orang tuanya aku hanya seorang manusia yang tidak layak menapak dalam hidup Beatarissa.

Sedangkan aku juga seperti mereka. Siapapun aku, apapun bahasaku, apapun warna kulit dan rambutku, dari negara manapun asalku, aku tetap hanya insan biasa. Aku lelaki yang punya rasa untuk mencintai dan dicintai.

Cuma salahnya, cintaku terlalu jauh berkelana. Berjarak ribuan batu, di sini cintaku berlabuh. Aku jatuh cinta pada Beatarissa, gadis yang aku kenali melalui facebook. Aku mengambil keputusan untuk merantau menemuinya. Untuk mencurahkan rasa yang sudah terpendam sekian lama. Sayangnya....

Dritt! Dritt! Dritt!

Aku memandang pada telefon bimbitku yang bergetar menandakan ada panggilan masuk. Wajah Beatarissa terpampang di situ.

"Sayang?" Terdengar isakan di seberang sana. Hatiku terasa di sayat mendengar isakannya.

"Sayang..," aku memanggil namanya sekali lagi.

"Clay," akhirnya dia bersuara. Aku tersenyum mendengar suaranya.

"Sayang, kamu belum tidur?"

"Clay, aku rindu," sayu sekali suaranya.

"Sayang, aku juga rindu. Tidur, ya," aku memujuknya. Saat ini tiada apa yang mampu aku lakukan untuk meredakan kerinduannya. Aku tidak mungkin pergi ke rumahnya kerana itu akan memburukkan lagi suasana.

"Clay..aku rindu, " Beatarissa kembali menangis. Aku memicit dahi. Kenapa dia begitu manja malam ini. Terus merengek mengatakan dirinya rindu.

"Apa  yang harus aku lakukan, sayang?" tanyaku sambil bangun dan menuju ke tingkap. Ku buka lebar daun tingkap. Di luar keadaan sangat gelap. Bilik tidur Beatarissa juga kelihatan sangat gelap.

"Datang ke sini, Clay,"  pintanya. Apa? Dia memintaku datang ke biliknya saat ini? Adakah dia mahu ayahnya benar-benar membunuh kami?

"Maaf, Be. Aku mahu. Tapi aku tak sanggup. Papamu akan membunuh kita," kataku. Jika papanya membunuhku, aku rela. Tetapi aku tidak rela jika dia menyakiti Beatarissa. Dia terlalu lemah untuk disakiti.

"Kamu tidak mencintaiku," dia mengatakannya sambil terus memutuskan panggilan.

Aku dihambat perasaan serba salah. Aku begitu kalah dan lemah jika gadisku sudah merajuk.

Belum sampai seminit, ada satu pesanan masuk ke telefon bimbitku.

(Clay, Be asyik menangis. Aku sudah tidak dapat memujuknya-Susie).

(Apa yang harus aku lakukan?)

(Datang ke sini, Clay. Kamu tahu bagaimana caranya)

Aku menimbang-nimbang. Risiko jika aku pergi ke sana memang ada. Tapi jika aku tidak pergi, bagaimana dengan Beatarissa. Dia akan beranggapan aku tidak mencintainya.

Akhirnya aku memutuskan untuk bertindak mengikur gerak hati. Apa nak jadi, jadilah. Jika ditakdirkan aku mati di tangan bakal bapa mertua, biarlah. Sekurang-kurangnya akan ada Beatarissa yang menangisiku. Dia pasti akan mengurus jasadku untuk dihantar pulang ke Kanada.

Tingkap yang sengaja tidak ditutup rapat, aku kuak lebar dan meloncat masuk ke bilik Beatarissa. Di atas katilnya, aku melihat Beatarissa sedang berbaring membelakangiku. Tubuhnya terhinjut-hinjut. Gadisku sedang menangis tersedu.

Susie menyingkir tika aku menghampiri Beatarissa. Gadis itu menarik kerusi dan duduk agak menjauh dari katil Beatarissa.

"Be," aku menyentuh bahunya. Spontan dia menoleh. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Clay? Aku tidak berhalusinasi?" tangannya terulur menyentuh rahangku. Aku menggelengkan kepala.

"Ini aku, sayang," ku cium bibirnya. Air mata Beatarissa mengalir perlahan.

"Bawa aku lari, Clay. Bawa aku pergi dari sini. Bawa aku ke mana sahaja, Clay," tangan Beatarissa merangkul tubuhku begitu erat hingga aku terjatuh di atas tubuhnya.

Aku menjeling Susie yang duduk memerhati ke arah kami. Gadis itu pura-pura fokus pada telefon bimbitnya. Ah, tidak mengapa. Asalkan dia pandai menyimpan rahsia ini serapi-rapinya.

"Aku boleh membawamu lari, Beatarissa. Tetapi kamu tahu, papamu akan melakukan apa sahaja untuk menghalang kita," aku berbaring di sebelahnya.

Aku memerhati kulit lengan Beatarissa, banyak kesan luka dan lebam. Aku mengucup bahagian yang lebam itu.

"Pasti sakit," kataku. Dia mengangguk.

"Tapi, di sini rasa lebih sakit," Beatarissa membawa tanganku ke dadanya.

"Aku tidak mahu menikah dengan Nico, Clay," Beatarissa menatapku sayu. Mata dan hidungnya kelihatan merah.

"Kita akan mencari jalan, sayang," aku memagut bibirnya. Beatarissa mengerang.

"Ada sepupumu di sini," aku berbisik sambil kembali mencumbui bibirnya. Kali ini Beatarissa berusaha menahan suaranya.

"Kamu temani Be tidur di katil. Aku tidur di bawah," Susie menarik selimut tebal dari dalam almari dan membentangkannya di atas karpet berbulu di hujung katil Beatarissa.

"Jangan mengerang, Be. Nanti papa dan mamamu tahu Rery ada di sini," pesan Susie sebelum membungkus tubuhnya dengan selimut tebal itu.

Aku memeluk tubuh Beatarissa. Sudah tentu aku tidak hanya memeluknya. Tanganku membuka gaun tidur yang dipakainya. Tidak ada siapa yang tahu, kecuali aku dan dia, bahawa dua tubuh yang berada di bawah selimut itu kini adalah dua tubuh telanjang yang saling memberi kehangatan.

Tidak ada yang tahu, bahawa di sebalik selimut itu, tubuhku dan tubuh Beatarissa sudah menyatu dengan senyap. Dengkuran Susie yang cukup meriah memberi kesempatan untuk Beatarissa mendesah perlahan dan tertahan.

"Aku mencintaimu, Rery Clayton," ucap Beatarissa sambil dia memejamkan matanya, menikmati percintaan kami.

"Aku juga sangat mencintaimu, Beatarissa," aku menahan pinggul, menekan diriku begitu dalam menusuk tubuhnya.

"Aku mencintaimu," aku memancutkan bukti cinta ke dalam rahimnya. Semoga bukti cinta ini akan tumbuh dan berkembang di dalam rahimnya. Semoga benih yang ku tanam ini akan menjadi pengikat kasih aku dan Beatarissa.

Vote dan komen.
Selamat membaca.

Tbc....

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now