MDL 38

8.6K 160 6
                                    

" Terima kasih kerana kau hadir dalam hidupku, teman baikku dan kekasih terbaikku" - Rery Clayton

Rery Clayton's POV

Sudah hampir lima bulan aku menyusul Beatarissa kembali ke Bumi Kenyalang. Business ku di Toronto diuruskan Rudy. Dari sini, aku hanya mengurus apa yang perlu sahaja. Satu bilik kosong di rumah mertuaku aku jadikan sebagai ruang kerjaku.

"Clay," Beatarissa melabuhkan punggung di sebelahku. Dia sudah nampak cantik dengan gaun mengandung berbunga halus yang membalut tubuhnya.

"Sudah siap?" tanyaku seraya menutup laptop di hadapanku. Perancangannya, hari ini kami berdua pergi ke bandaraya Kuching. Sejak semalam Beatarissa mengidam untuk menonton wayang.

"Sudah," Beatarissa mengelus perutnya yang sudah begitu besar dan tegang. Usia kandungannya kini sudah masuk sembilan bulan. Dalam hitungan hari Beatarissa akan melahirkan bayi kembar kami.

"Jom," aku menghulurkan tangan pada Beatarissa. Dia menyambut huluran tanganku dan bangun dengan agak sukar.

"Aww..," saat hampir berdiri, Beatarissa mengerang dan mengerutkan dahinya seolah-olah menahan sakit. Aku jadi panik.

"Be?" aku menyokong tubuhnya.

"Sakit," Beatarissa memegang perutnya. Satu tangannya bertahan pada meja kerjaku.

"Duduk dulu, sayang," aku menuntunnya ke arah sofa.

" Clay..," Beatarissa mencengkam lenganku.

"Sakit," dia memejamkan mata dan menggigit bibir bawahnya. Aku mengelus perutnya. Sebelum inipun Beatarissa pernah mengeluh sakit begini, dan rasa sakit itu hilang bila aku mengelus perutnya.

"Sakitnya tak hilang, Clay," peluh mula memercik di dahinya.

"Kita ke hospital, sayang. Kamu tunggu di sini dulu," aku meninggalkan Beatarissa sebentar.

Aku menjenguk ke ruang dapur. Kedua mertuaku sedang duduk menikmati sarapan di meja makan.

"Tolong temankan Be sekejap, ma. Dia ada di ruang kerjaku," kataku tanpa memberitahu bahawa Beatarissa sedang mengalami kontraksi.

Aku menghidupkan enjin kereta dan memasukkan beg kecil yang berisi keperluan Beatarissa untuk dibawa ke hospital saat melahirkan.

" Cepat, Clay, " ibu mertuaku menjerit. Suaranya kedengaran cemas. Aku berlari menuju ke ruang kerjaku.

" Be..," aku melihat cecair melimpah di lantai, berhampiran hujung kaki Beatarissa.

"Air ketubannya sudah pecah, Clay," kata mama.

"Sabar, sayang," Aku mengangkat tubuh Beatarissa, membawanya ke keretaku. Sejujurnya aku merasa takut dengan segala kemungkinan. Aku takut kehilangan Beatarissa. Sering aku terbaca tentang wanita yang kehilangan nyawa kerana komplikasi setelah melahirkan.

💕💕💕

Beatarissa terus ditolak masuk ke bilik bersalin. Dahinya masih berkerut menahan sakit yang sesekali datang menyiksanya.

"Kamu mesti kuat, Be, demi aku dan anak-anak kita," aku mengucup dahinya yang dibasahi peluh. Beatarissa mengangguk lemas. Tanganku digenggamnya erat oleh jemarinya yang basah.

"Temani aku, Clay. Temani aku hingga aku selesai melahirkan," pintanya sambil menatapku.

"Pasti, sayang. Aku akan tetap berada di sini," sekali lagi aku mengucup dahinya. Tanpa dia meminta, aku akan tetap menemaninya di sini. Aku tidak akan berganjak sedikitpun dari sisinya hingga aku pasti keadaannya baik-baik sahaja.

My Dear Lover ( ✔️ Complete ) Where stories live. Discover now