26

662 77 13
                                    


"Baru habis lunch?" Soal Hanum sambil berjalan ke arah Khalif lalu tangan suaminya disalam.

"Haah, ada Kaisara sekali tapi saya suruh dia masuk kereta dulu. Tak sangka pulak meeting dengan jantan ni." Ucap Khalif selamba.

Asiddiq membulatkan mata mendengar Khalif memanggilnya jantan.

"Khalif.." Tegur Hanum sambil memegang tangan Khalif.

"Aku minta maaf Khalif, Hanum. Sumpah! Kitaorang bukan macam dulu lagi, kitaorang dah berubah. Tolongla maafkan kitaorang demi Qay.."

"Jangan sebut nama jantan tu."

"Khalif, kau kene dengar dulu apa yang aku nak cakap."

Namun bicara Asiddiq hanya dibiarkan, Khalif pantas menarik tangan Hanum dan Hadi keluar dari restoren tersebut.

Sempat Hanum menghantar pandangan maaf tanda tidak dapat menolong.

***

"Saya bawa kereta Khalif." Tangan yang digenggam cuba dilepaskan.

"Khalif, lepaslah.." Pintanya separuh merayu, kesakitan cengkaman mula terasa.

"Khal.."

"Diam boleh tak?!" Tinggi suara Khalif menengkingnya.

Perasaan sentap dalam hati mulai terasa, air mata mula bertakung. Takut..

Tangan ditarik menuju ke arah kereta Khalif, dari jauh dilihat Kaisara yang berada di dalamnya sedang memerhati ke arah mereka.

Pintu depan dibuka,

"Kaisara, balik naik grab boleh? Saya ada hal."

Dompet dikeluarkan lalu duit bernilai 50 dikeluarkan dan diberikan kepada Kaisara.

"Sorry sangat."

Kaisara masih terkebil-kebil melihat hanya mengangguk.

***

"Ayah."

"Hadi tidur eh sayang?"

Hadi lantas baring diseat belakang, bila ayah dah mula tegas, dia tahu ayahnya sedang badmood, atau sedang marah, jadi lebih baik dia turutkan apa sahaja yang disuruh oleh ayahnya.

10minit memandu, suasana masih dingin. Hanum yang memalingkan wajah ke luar tingkap, dan Khalif yang masih dengan pemanduannya.

Terdengar keluhan Khalif,

"Sorry."

Hanum hanya diam dan memandang luar, ada lebih kurang 30 minit sahaja lagi sebelum dia perlu masuk hospital kembali.

"Susah sangat ke nak maafkan diorang?" Hanum memalingkan muka melihat wajah Khalif.

"Awak tak nampak ke apa diorang buat? Diorang ugut saya, tak cukup dengan tu paksa saya buat macam-macam, termasuk rog.."

"Kenapa awak turut?"

Khalif tergamam, wajah Hanum dipandang sekilas.

"Takde jawapan?" Sinis Hanum.

"Diorang ugut nak bunuh saya Hanum, takkanlah saya tak ambil kesah langsung."

"Diorang hanya ugut, tapi diorang bukan tuhan nak ambil nyawa awak."

Dan begitu wajah Khalif semakin kelam, hatinya sakit mendengar kata-kata Hanum. Walaupun dia pernah nampak Qayeed membunuh orang dengan matanya sendiri, tetapi Qayeed bukan tuhan yang menentukan hidup matinya.

"Sebab itu saya mudah maafkan mereka, tapi bukan awak Khalif. Sebab apa? Sebab mereka hanya menghasut dan yang tekad buatnya awak. Bukan diorang." Hanum kembali memandang luar tingkap.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now