2 | Pengenalan

895 103 14
                                    


KHALIF menarik beg roda besar sambil menggalas beg belakang. Nafas ditarik dan dihembus. Nama sekolah yang besar lagikan gah itu membuatkan Khalif mengelamun. Baca nama sekolah pun boleh buat dia takut. Ada apa dalam sekolah ini.

Sekolah Ungku Ismail merupakan sekolah berasrama namun asrama iu hanyalah pilihan. Sekiranya murid-murid mahu menetap di luar juga iada masalah. Dalam situasi Khalif pula, umi dan abi menyarankan dia untuk tinggal di asrama terus. Kata umi senang, tak perlu tergopoh-gapah ke sekolah walhal bukan dia tak tahu yang umi dan abi selalu sibuk dengan kerjaya.

"Khalif ready sayang?" Soal Puan Sri Khalisa.

"Er.. dah kot umi."

Mendengar uminya tergelak membuatkan Khalif hairan. Pantas kepala menoleh memandang umi.

"Apa pula ada kot-kot, dah jom! Abi cepat lah, awak dah hensem dah. Kita ni nak hantar anak sekolah bukannya nak dating." Rungut umi apabila abi yang tak sudah membetulkan tali lehernya.

"Umi tahu apa? Abi nak hantar anak sekolah kena lah segak, baru lah kena dengan nama Tan Sri Ahmed yang sentiasa kacak dengan kekemasan." Jelingan diberi kearah isterinya.

Puan Sri Khalisa hanya mencebik sebelum menarik tangan anak Khalif masuk ke perkarangan sekolah. Besar juga bangunan sekolah ini membuatkan Khalif sedikit teruja. Jauh beza dengan suasana di madrasah.

Melihat kehadiran Khalif yang bersongkok membuatkan rata-rata para pelajar mula berbisik antara satu sama lain termasuklah, Dee. Pantang melihat lelaki kacak.

"Tu mesti budak baru, hensem kan?" Bisik Dee sambil menolak bahu rakannya.

Hanum hanya memandang sekilas sebelum beredar dan meninggalkan Dee terpinga-pinga. Tak ada yang menarik tetapi songkok di kepala pelajar lelaki itu sedikit sebanyak membuatkan dia tertarik. Mana ada pelajar sekolah harian zaman sekarang nak pakai songkok. Kalau ada pun, memang Hanum salute habis!

"Eh, tunggu lah aku!" Dee berlari anak mengejar langkah Hanum yang kian jauh.

***

"SELAMAT pagi Puan Sri." Tunduk pekerja kerani di pejabat itu.

"Morning, harini saya nak daftarkan anak saya dekat sekolah ni dan saya nak dia tinggal di asrama. Soal baju sekolah semua saya dah urus, so macam mana ya?"

"Eh boleh sangat Puan Sri, boleh bagi dokumen anak Puan Sri?"

Khalif hanya menunggu diluar pejabat sambil mata melilau melihat sekeliling. Kalau di madrasah semua pelajar perempuan diwajibkan memakai tudung tetapi tidak bagi sekolah harian biasa namun kebanyakkannya memakai tudung hanya segelintir sahaja yang tidak.

Setelah 30minit diluar, muncul umi dan abi keluar bersama. Tiba-tiba umi menyerahkan sampul surat bersaiz A4 kepadanya.

"Nah, dokumen ni Khalif pegang elok-elok tau? Dalam ni ada semua maklumat peribadi Khalif dan kalau hilang umi tak teragak-agak nak sepak Khalif." Tegas Puan Sri Khalisa.

Mendengar itu terus Khalif memegang erat dokumen pentingnya. Jangan buat main dengan ayat umi. Gerun pula rasa.

"Amboi mi, nak sepak anak abi pula."

"Umi gurau je abi sayang." Melihat umi tersengih-sengih membuatkan Khalif menghembus nafas lega.

"Okay sayang, umi dengan abi dah nak kena gerak ni. Umi banyak kerja lah dekat butik sayang, abi pun nak masuk office dah." Seketika umi menyelus tas tangannya.

"Ini kamu ambil buat belanja." Beberapa not berwarna unggu dikeluarkan lalu dihulur kepada Khalif.

Terbeliak biji mata Khalif menerima wang sebegitu banyak. Hampir penuh tangannya menerima wang belanja dari umi.

Romance : Ahmad Khalif ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang