42

660 59 1
                                    


Khalif sempat bersalaman bersama sahabatnya sebelum memasuki kereta, entah bila pula mereka bakal berjumpa.

"Dah?" Soal Hanum sebaik sahaja pintu ditutup.

"Dah sayang." Tangan Hanum diusap, sejujurnya sepanjang perkahwinan beberapa bulan, Hanum banyak menegur tentang egonya.

"Ayah kita nak pergi mana?" Soal Hadi dibelakang.

Khalif hanya tersenyum, dapat dilihat pantulan cermin beberapa kereta mengikutinya. Pekerja sudah mula bekerja lusa, tapi tidak mereka.

Jelas terpampang signboard Kelantan. Hanum di sebelah turut teruja, nak jumpa Nenda!

"Kita nak jumpa Nenda!"

Hadi mengerut dahi, kan dia dah ada tokmi dan tokbi? Nenda ni siapa pula?

Khalif yang melihat Hadi mengerut dahi, menahan senyum.

"Nenda tu nenek ayah, kira moyang Hadi!"

"Ouhhh!" Dilihat anaknya mula mengerti, dan mula bermain tab.

"Yang." Panggilannya dijawab Hanum dengan mengangkat kening tanda apa.

"Terima kasih."

Hanum mengeratkan pegangan tangan mereka,

"Saya yang patut ucap terima kasih."

"Saya sayang Hanum, sangat."

"Saya sayang Khalif, terima kasih ambil saya jadi isteri. Saya bahagia, dan berharap bahagia ini kekal dengan lama."

"Terima kasih mengandungkan anak-anak saya, besarkan Hadi. Hadapi masa lalu dengan tabah, awak hebat Hanum. Isteri saya, bidadari saya yang saya cinta."

Hanum hanya tersenyum. Mata kembali memandang jalan raya dihadapan, tiada apa yang ingin diucapkan selain terima kasih kepada Allah.

***

Sebaik sahaja sampai diperkarangan kampung Khalif, mereka mula keluar. Zikir, Rais dan Kamal turut ikut, serta abang Harris yang membawa umi, abi  dan Kaisara. Katanya nak merasa suasana kampung. Alhamdulillah perjalan pulang ke kampung tiada halangan untuk lima buah kereta itu.

Jam menunjukkan pukul lapan malam, mujur sahaja sudah solat Maghrib di surau berdekatan. Khalif mendekati rumah mewah berkonsep kampung itu.

Loceng ditekan, tak lama selepas itu pintu dibuka dan terpampang wajah wanita tua bersama tongkat.

"Assalamualaikum Nenda."

"Waalaikummussalam, Ya Allah cucu aku!"

Khalif tersenyum, lalu tubuh tua itu dipeluk erat. Rindu! Hampir dua tahun dia tidak pulang, sudahlah perkahwinannya Nenda tidak datang.

Umi dan abi pula menyalam Nenda, diikuti Hanum, Hadi, Aisyah, Misha, Tiara dan Kaisara.

"Anok pio nih?" Soal Nenda tatkala Hadi menyalamnya.

"Bonda, kan Khalisa dah bagitahu haritu?" Umi mengusap bahu Nenda.

Seketika semua memandang Nenda yang termangu-mangu, sebelum dahinya ditepuk.

"Hadi! Anok Khalif? Lah cicit aku!" Tubuh Hadi ditarik kepelukan.

Hadi? Meraunglah!

"Ibu! Tolong!"

Mereka yang memerhati hanya tergelak, Nenda sangat sukakan budak. Kerana itulah bila ada budak kecil pasti dicuri dahulu.

"Lisa! Milah! Mari ambik baju-baju ni." Jerit Nenda kearah pembantu rumahnya.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now