9

644 71 3
                                    

(Simpan - Daniesh Suffian)

"Aku nak kau curi duit kelas dari beg Dee."

Khalif memandang Qayeed tak percaya, tak akanla dia mahu buat begitu terhadap Dee merangkap kawannya.

"Kenapa? Kau kan dah bekerja bawah aku, so kau kene ikut cakap aku. Kalau tak.. " Qayeed tersenyum sinis sambil membuat gaya pisau di lehernya dan berlalu pergi.

***

Hari pertama,

Saat loceng rehat berbunyi, semua buru-buru keluar dari kelas untuk ke kantin, termasuk juga Khalif.

"Oi!" Jerit Dee apabila melihat Khalif terus pergi tanpa menolehnya, pelik.

Selalunya Khalif akan rehat sekali dengannya dan Hanum. Mungkin laki tu nak pergi tandas kot. Dee hanya mengangkat bahu dan mula mengikuti langkah Hanum ke kantin.

Setelah memastikan keadaan kelas dan koridor sunyi, Khalif pantas bergerak ke arah beg Dee, dibuka zip beg biru gelap itu, lalu satu dompet berwarna kelabu diambil.

Beberapa langkah Khalif mahu keluar dari kelas, tiba-tiba terhenti.

"Anta dengar kes curi kat dorm pelajar perempuan haritu?" Soal Hazwan kepadanya.

" Ada, ana tak sangka Qaiyum tergamak lakukan itu. Apa tak cukupkan penerangan ustaz haritu berkaitan mencuri dan balasan akibat mencuri? " Khalif menggelengkan kepala, kenapa perlu mencuri kalau boleh meminta dengan baik?

"Haih, ana harap kita takkan terhasut dan jadi macam tu. "

" Tak akan punyala." Balas Khalif yakin.

Dompet berwarna kelabu ditangannya dilihat, jadi jika dia lakukan ini apa bezanya dia dengan Qaiyum? Apa bezanya dia dengan pencuri di luar sana?

Kakinya mula berpatah balik ke arah beg Dee.

"Kenapa? Ragu-ragu?"

Suara itu, suara Qayeed. Khalif sedikit menggeletar, dia takut dengan lelaki itu, dia akui.

"Kau tu dah jadi jahat dah pun Khalif, sekali kau dah langkah kaki ikut aku, jangan harap nak jadi baik lah. "

"Kau dah jahat."

Khalif merengus geram, dia masih bisa jadi baik!

"Kau masih tak percaya yang kau ni jahat?"

"Kenapa kau mencuri? "

Khalif berpaling memandang Qayeed.

"Kau yang suruh aku Qayeed. "

"Eh? Aku suruh je, kau yang tekad nak buat, kau yang mencuri bukan aku, kau dah jahat Khalif, mengaku ajela hahaha. " Asap rokok dihembus.

Senang bermain mental dengan Khalif, membuat lelaki itu lemah, membuat lelaki itu tiada keyakinan dan menurut kemahuannya.

***

Hari kelima,

"Aku dengan yang lain akan follow kau dari belakang, target makcik tua tu, ragut dan lari ke arah lorong dan kita akan jumpa dekat sana. "

Khalif hanya mengangguk, dia sudah jahat tiada guna berbuat baik. Malam ini sekali lagi mereka kabur mengikut jalan biasa yang berlubang itu.

Harini dia akan meragut beg tangan wanita tua itu. Mendapat anggukan Qayeed, Khalif memecut motor dengan kelajuan tinggi, semakin dekat.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now