22

692 79 7
                                    


"Aku nikahkah dikau dengan Nur Hanum binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak RM100 ringgit tunai."

"Saya janji akan jaga."

Hanum mengangkat wajah memandang Khalif.

"Kita percepatkan majlis."

Khalif menggenggam erat tangan, tanggungjawab akan beralih ke atasnya sebaik sahaja dia akad.

Mata melihat wajah abang Harris di hadapan,

"Aku terima nikahnya Nur Hanum binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak RM100 ringgit tunai."

"Sah?"

Saksi mengangguk membuatkan sedara-mara belahnya mengucap Alhamdulillah.

Semua mula menadah tangan apabila imam mula membaca doa, sempat wajah Hanum dibelakang dilihat sekilas.

Hadi yang duduk di sebelahnya turut menadah tangan sebelum tersenyum apabila mata mereka bertemu.

"Saya solat sekejap."

***

"Hotnya Khalif.." Bisik Dee disebelah Hanum.

Hanum melihat wajah Dee, gatal! Dah berpunya pun menggedik lagi. Eh cemburu ke?

"Terima kasih sebab terima anak umi, umi harap kita boleh jadi geng lepas ni."

Hanum tersenyum dan mengangguk, peha Dee diketam sedikit sebelum dirinya tergelak.

"Sakitlah Hanum! Eee.." Dee menggosok peha yang dicubit oleh Hanum.

Tiba-tiba kamera mula menghala ke wajahnya, ouh Khalif dah selesai solat. Dia? Dia tak boleh solat hahaha.

Kesian abang Khalif kita,

Khalif melutut di hadapan Hanum, cincin berwarna silver yang dihiasi permata putih diambil, tangan Hanum digapai.

Lembut. Perlahan-lahan cincin disarung ke jari manis Hanum. Hanum miliknya, dia cinta Hanum kerana Allah swt.

"Oi! Hadi nak masuk juga!" Khalif mencebik, baru nak berjiwang.

Hanum turut melakukan perbuatan sama iaitu menyarungkan cincin di jari manis Khalif, tangan itu dicium sebelum kepalanya terasa diusap.

"Cium la Khalif." Paksa Dee.

Khalif menggeleng lalu tersenyum.

"Tak nak la, orang tengok."

Seisi rumah mulai mengusik, habis merah wajah Khalif dan Hanum.

***

"Harini photoshoot pengantin sahaja dahulu, esok baru buat photoshoot sekali dengan adik okay?" Pujuk photographer.

"Eh kenapa pulak esok? Encik, saya ni busy tau tak? Homework saya tak buat lagi." Balas Hadi marah.

Pening kepala photographer melayan karenah Hadi yang sikit bersoal, bila nak ambil gambar dia.

"Ceyh, aku yang bertunang kau yang kahwin dulu." Sindir Dee.

"Cemburu cakap dik." Sindir Hanum sebelum tergelak melihat wajah Dee tidak puas hati.

"Tahniah, nanti kasi aku anak buah banyak-banyak. Boleh kita jadi besan nanti."

Hanum mencebik,

"Tak nak aku besan dengan kau.."

"Ee.. Hanum!"

Khalif hanya tergelak melihat telatah Hanum yang suka mengenakan Dee, tak sangka persahabatan mereka kekal sehingga kini.

Sebelum majlis akad, ada juga Dee berjumpa dengannya dan sempat memarahinya soal 8tahun yang lalu sebelum mengugut.

"Kalau aku tahu kau buat masalah dengan Hanum lagi, aku pijak-pijak tengkuk kau, faham?"

Agak seram, Dee ni bukan boleh main-main. Mata meliar melihat sekeliling.

"Saya nak bawa awak jumpa kawan saya."

Hanum dan Dee berhenti berbual, sebelum Dee meminta diri untuk pulang kerana harus kerja pada pagi itu.

"Rais." Bahu lelaki itu dicuit.

"Oi! Sobat dah kahwin!" Tanpa disangka tubuhnya dipeluk oleh Rais dan diikuti Kamal dan Zikir.

"Yeay, semua dah kahwin!" Jerit Kamal sehingga ada juga yang tersedak makanan.

"Abang, behavela malu orang tengok tu." Tegur Tiara.

"Akak faham, sabar Tiara." Aisyah menepuk bahu Tiara dan hanya mampu memberi senyuman.

Misha hanya member pandangan simpati.

"Nanti orang ingat aku gay la." Tubuh ketiga dijauhkan darinya.

"Ini, isteri aku Hanum. Saya ulang lagi sekali isteri ye.." Dengan wajah bangga.

"Eh kau berlagak pulak, kau tu dah la baru pegang tittle suami, newbie buat cara newbie eah.." Seloroh Zikir.

Hanum hanya tersenyum, dia kenal encik Rais je dan doktor Aisyah.

"Saya Tiara isteri Kamal, ini Misha isteri Zikir. Salam kenal!" Ramah Tiara.

Mereka bersalaman sambil berbual-bual, Khalif galak diusik oleh Kamal, Rais dan Zikir.

"Oi, tidur awal la member malam ni..." Usik Rais.

"Haahlah!"

Gelak ketawa mereka bersatu, Khalif hanya mencebik. Tidak lama selepas itu muncul Hadi dengan mata yang merah.

"Kenapa ni?"

"Photographer tu tak nak ambil gambar Hadi."

Tak lama selepas itu muncul pula photographer menerangkan kepada Khalif.

"Ibu, tengokla dia tak nak ambil gambar Hadi." Tangan ibunya digoyang-goyang meminta bantuan.

"Eh, anak sapa ni?" Usik Hanum seperti biasa.

"Ibu! Tak kan la terus lupa Hadi lepas ada ayah."

Hanum tergelak disambut yang lain melihat gelagat Hadi.

"Ee.. tak malu la, tengok tu Wafie tengok Hadi, Raisyah pun tengok Hadi. Apalah dah besar pun nak nangis."

Hadi membetulkan suaranya kepada suara asal.

"Mana ada Hadi nangisla, apalah ibu ni. Dah la nak main tiktok dengan tokmi, and you!" Jari ditunjuk kepada photographer.

"Ambil gambar saya kalau tak saya suruh ibu cucuk awak, ibu doktor tau!"

Makin galak gelakan mereka dengan telatah Hadi.

***









Aku tak ingat nama penuh Hanum, dan aku rasa aku tak pernah mention nama ibu ayah Hanum, so kalau ada terjumpa ke teringat boleh ingatkan aku.

HAHAHAHAHA

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now