20

739 72 4
                                    


"Nah!" Puan Sri Khalisa menghulurkan bungkusan kepada Hadi.

"Apa ni?"

"Spaghetti?"

Hadi menepuk dahi, lupa pulak dia ada minta tadi.

"Umi kene gerak dulu ni, ada meeting dengan client, Hanum dengan Khalif bawak kereta elok-elok. Hadi, nanti kita calling-calling okeh?" Puan Sri mula berdiri handbag dicapai.

"Baik tokmi, jangan lupa follow Tiktok Hadi tau!"

"Beres cucuku! Assalamualaikum. " Hanum, Khalif dan Hadi sempat bersalam dan berpelukan dengan Puan Sri Khalisa.

"Saya pun nak gerak, lunch dah nak habis." Hanum turut berdiri, diikuti dengan Hadi yang sedang menjinjit plastik yang berisi spaghetti.

"Pasal dinner malam esok, jangan lupa tau? Kalau boleh bawa abang Harris. "

Hanum hanya mengangguk, itu pun kalau abang Harris nak ikut. Tangan Hadi dicapai.

"Salam." Arah Hanum kepada Hadi.

Hadi mencapai tangan Khalif lalu disalam, Khalif pula sempat menundukkan wajah untuk mencium dahi Hadi.

"Jaga ibu, ayah sayang dua-dua." Kepala Hadi diusap.

"Serahkan saja pada Hadi ayahnda." Hadi mengenyitkan mata sebelah.

"Bawak kereta elok-elok, assalamualaikum."

Khalif melihat langkah Hanum dan Hadi yang berlalu meninggalkannya sendiri di bilik itu.

Dada dipegang, senyuman melebar.

"Aku akan dapatkan kemaafan Hanum walau apa cara."

***

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam. "

Rais tersenyum, tangan dihulur untuk bersalam.

"Silakan duduk encik.."

"Asiddiq."

"Baik encik Asiddiq, saya ingin memaklumkan projek yang sedang kita hasil tinggal lagi 90%, dan dijangka shopping mall tersebut akan mula beroperasi dalam tempoh 3bulan sahaja lagi,

Ini plan bangunan yang sudah siap dibina, ada apa-apa yang encik Asiddiq ingin tambah?"

Asiddiq hanya melihat acuh tak acuh, bukan dia faham pun. Papa yang suruh datang dan dengar, dia ikut jelah sambil-sambil menjalankan misi iaitu mendekati Rais.

"Tiada apa yang saya nak ubah, semua perfect."

Rais tersenyum puas,

"Sebenarnya aku datang nak cakap pasal Khalif." Jujur Asiddiq.

Senyuman Rais mati, macam mana lelaki dihadapannya tahu tentang Khalif?

"Ma.. macam mana encik tahu tentang Khalif?"

"Panggil aku kau je."

Setelah Rais mengangguk, Asiddiq memulakan biacara.

"Aku kenal kau, geng club VIP dulu kan? Aku dengar kau sekarang berkawan dengan Khalif, betul? "

"Betul."

"Aku kawan dia waktu sekolah, termasuk Qayeed."

Rais terkedu.

"Ada perkara aku nak minta tolong, sebenarnya Qay.."

Tiba-tiba pintu diketuk dan dibuka.

"Air tuan." Rais mengangguk kepada PAnya.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now