37

631 61 5
                                    


"Ma.." Panggil si dia.

Dia baru berumur lapan tahun, tapi pemikirannya lebih terbuka dengan situasi keluarga yang tidak bahagia.

Tidak indah.

Penuh sengketa.

"Pergi Hana, mama tak nak Hana masuk bilik ni." Halau si ibu.

Mata Hana mula berkaca, kalau mama menghalaunya, dia harus kemana?

Ibu bapanya baru sahaja bercerai, akibat kecurangan papa. Papa lebih memilih wanita lain berbanding mama, lalu mama membawa dia ke pulau ini untuk menenangkan fikiran.

Tapi mama malah memalaukan dia, dan lebih memilih melayan kesedihan.

"Mama.." Panggilnya lagi.

"Keluar Hana!" Tegas mamanya menghalau.

Hana terundur ke belakang beberapa tapak sebelum beredar. Dia baru berumur lapan tahun, tapi kenapa tuhan uji keluarganya?

Langkah diatur mendekati pantai dihadapannya, selipar dibuka dan disatukan lalu punggung dilabuhkan di atas seliparnya.

Mata memandang beberapa buah keluarga yang sedang bergelak ketawa. Senyuman terhias di bibir, dulu papa dan mama selalu membuat dirinya bahagia.

Tapi kini tidak, senyumannya mati. Lutut dibawa merapat kedada, harus kemana dia dengan umur sebegini?

***

"Ibu."

"Ya?" Hanum memandang Hadi yang menarik bajunya.

"Hadi nak pergi pantai tu." Tangan diarah ke pantai yang luas terbentang.

"Hati-hati, ibu tak nak ada setitik air pun kena Hadi. Main dekat kawasan sini je, jangan jauh sangat."

Hadi mengangguk, tangan sempat menggapai beberapa biji coklat di dalam bekas. Petang itu mereka makan bersama di kawasan pantai sambil berbual kosong.

Langkah diatur mendekati seorang kanak-kanak perempuan, entah. Dia tertarik.

Sebaik sahaja sampai dihadapan kanak-kanak perempuan itu, tiga biji gula-gula dihulur.

"Ambil lah." Ucapnya senada.

Sebaik sahaja kanak-kanak itu mengangkat wajah, Hadi terpana.

Mata dia warna hijau! Mana nak beli eh?

"Tak nak." Tolak kanak-kanak perempuan itu.

"Habis kau nak apa? Kenapa kau duduk sorang-sorang?" Hadi memerhati sekeliling, melihat jika ibu bapa kanak-kanak perempuan itu ada atau tidak.

Namun tanpa disangka, Hana pantas berdiri. Tidak selesa, dan kekok.

"Aku cakap dengan kau ni." Hadi merengus geram.

Orang bagi coklat tak nak pulak, tadi macam depress. Ke budak ni lari? Mata Hadi membulat.

"Kau kene culik eh? Lepastu kau lari kan?"

"Apa benda awak merepek ni?" Hana terus meninggalkan kanak-kanak lelaki dihadapannya.

"Aku Hadi, kau?"

"Hana! Ya Allah, papa cari Hana dekat bilik mama. Kenapa Hana pergi pantai sendiri ni?"

Papa datang? Mata Hana bersinar.

Hadi melihat wajah pakcik dihadapannya, ouh bapak dia. Mata hijau sebab tu Hana ni mata hijau.

"Kawan baru Hana ya?" Soal pakcik yang bergelar papa Hana.

"Tak lah, saya nak bagi dia coklat je. Dia sombong." Senada Hadi.

Apa? Betul lah dia bagi Hana tu coklat je, lepastu dia nak pergi main pasir. Tak akan dia nak berlakon jadi sahabat Hana pulak.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now