13

654 78 3
                                    


Hujan yang lebat diluar membuatkan Hanum mengeluh, tangan dihulur mengenai hujan.

"Hujan, payung?"

Dilihat wajah Khalif yang menghulur payung kepadanya, namun pantas dirinya menggeleng.

Khalif tersenyum,

"Ambil, saya pergi dulu." Terus lelaki itu berlalu ke block asrama lelaki sambil menutup kepala dengan tangan.

Payung yang diletak di bustop dilihat, perlahan-lahan senyumannya terukir, pantas dicapai payung tersebut.

"Ibu?"

"Ha?" Tangan yang basah pantas diturunkan biar air hujan menitis ke bawah.

"Jauh ke ibu parking kereta?" Soal Hadi sambil memimpin tangannya.

Kereta diparking agak jauh dari Restoren Kfc, sudahla payung dia tidak bawa. Sapu tangan di dalam handbag dikeluarkan lalu menutup sedikit kepalanya.

"Hadi duduk sini, ibu ambil kereta dan jangan pergi mana-mana."

Anak kecil itu hanya mengangguk.

***

"Kau kerja apa?"

"Takde kerja, dan malas nak kerja." Aiskrim Malaysia disedut.

Ais di dalam mulut mula mencair, nikmatnya.. Khalif masih khusyuk dengan aiskrimnya.

"Kau kata abi kau ada syarikat kan?"

Khalif mengangguk.

"Kenapa tak kerja kat sana?"

Hembusan dilepaskan, berapa kali dia nak beritahu Rais ni.

"Aku malas, faham tak malas? Aku tak nak kerja."

"Umur kau tu dah 25tahun, dah besar panjang takkan sampai ke tua kau tak nak kerja?"

"Haah, aku tak nak kerja.."

"Eh kau ni kang, tak nak kerja tapi ada hati nak lamar Hanum pastu kau nak bagi Hanum dengan anak kau makan apa?"

"Pasir?"

"Kalau Hanun terima aku, aku kerjala."

Sebal betul dengan jawapan Khalif yang acuh tak acuh, wajah Khalif yang sedang menikmati aiskrim dilihat.

Aku tahu sakit tu, tapi sampai bila nak jatuh Khalif?

***

"Doktor!"

Hanum menoleh ke belakang apabila terasa panggilan doktor itu tertuju kepadanya.

"Doktor Aisyah, kenapa?"

Pelik, sejak dua menjak selalu saja Doktor Aisyah menegurnya, kadang-kadang mereka lunch bersama.

"Saya nak ajak awak keluar makan malam."

"Ha?"

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba je.

"Saya nak ajak awak keluar makan malam ni." Terang Aisyah sekali lagi.

"Kenapa?"

"Saja, sebab ada seseorang nak jumpa awak."

Hanum mengerutkan dahinya, seseorang?

"Saya tak boleh ikut kut malam ni doktor, maaf."

Baru sahaja Hanum mahu memulakan langkah pergi, tangannya dipegang, seraut wajah Aisyah yang seolah merayu membuatkan dirinya mengeluh.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now