12

679 79 1
                                    


"Abang dengar Aiman cari Hanum, betul?"

Hanum berhenti menyedut air teh ais lalu memandang wajah abang Harris. Macam mana pula abang Harris boleh tahu?

"Tak payah buat muka terkejut, kenapa budak tu cari?" Dingin abang Harris.

Hanum hanya mengangkat bahu, bukan bersikap kurang ajar tapi biarla dia sendiri pun malas nak ambil kesah.

"Budak tak guna tu mana?"

"Jangan panggil anak Hanum macam tu." Tajam matanya abang Harris.

" Bela lah anak haram tu, eh Hanum abang dah cakap dari dulu Hanum gugurkan je budak tu, tengok bila dah besar makin bertambah orang hina kita." Abang Harris bukan seperti dulu.

Lelaki itu terus membenci Hadi, bahkan sejak Hadi lahir dia hanya datang menjenguk sekali dua dan setelah itu hanya duit yang dihulur di dalam bank.

Abang Harris memang tak suka Hadi, sebab wujudnya Hadi dirinya juga terjejas, dihina dimaki segala tempias abang Harris kena,

"Kau tak reti jaga adik kau ke?"

"Entah-entah kau sendiri pernah menyundal dengan adik kau. "

"Kesian Hanum dapat abang tak reti jaga adik."

"Aku rasa budak tu anak dia sendiri la."

Tertekan? Pasti. Kerana itu abang Harris sangat tidak suka dengan Hadi,  pelbagai cara dia gunakan untuk melembutkan hati abang Harris tapi tiada langsung yang berjaya.

"Anak haram tu anak Hanum, Hanum yang bertarung nyawa nak keluarkan dia. Abang kalau jumpa Hanum setakat nak hina anak Hanum, abang dengan orang kat luar sana sama je takde beza."

Harris terdiam, air kopi diteguk. Pahit lagi hatinya mendengar sindiran Hanum.

"Abang tak nak Hanum senang-senang maafkan diorang, diorang tu buat salah besar. Abang tak nak Hanum lurus bendul macam dulu, itu pun kalau Hanum tak nak pisang berbuah lagila. Hanum tak serik ke? "

Tanpa sedar soalan itu seperti menghina, mengkeji. Hanum senyum, tapi hati Hanum sakit.

Sakit sangat..

"Takpelah kalau abang cakap macam tu, Hanum pergi dulu nak ambil Hadi balik sekolah. " Sempat duit sepuluh ringgit diselit di bawah cawannya.

Dari dulu Hanum sudah berdikari, dari dulu Hanum belajar erti sendiri, dari dulu Hanum tetap disakiti.

Kalau sekarang abang Harris pun nak hina dia seperti mereka yang lain, teruskan. Dia tak peduli, asal Hadi bersamanya.

Melihat Hanum berlalu, Harris menunduk. Mulutnya dipegang.

"Kau bodoh Harris."

***

"Ibu!" Jerit Hadi selepas pintu kereta ditutup.

"Iyee, tak payah jerit ibu tak pekak pun budak kecik."

"Eh, orang dah besar. Dah sunat. "Bangga Hadi.

Hanum mencebik, lalu kereta mula bergerak. Kitaran hidup yang sama setiap hari.

Hantar Hadi ke sekolah,

Kerja,

Ambil Hadi dan dihantar ke rumah,

Lalu kerja kembali.

"Ibu, tadi kawan Hadi suruh Hadi buat homework abang dia lagi."

"Hadi buat ke? "

"Memang tak la, ingat Hadi ni stupid sangat ke nak bagi dia buli Hadi?"

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now