36

658 62 12
                                    


"Okey tak?" Soal Khalif sambil mata memandang sekilas ke arah Hanum.

"Saya rasa nak muntah la, kalau jumpa Rnr, awak berhenti."

Khalif hanya mengangguk, tak lama kemudian papan Rnr yang semakin hampir dalam 5KM dilihat.

Sebaik sahaja dia memberi signal ke kiri, dapat dilihat kereta Rais dihadapan turut memberi signal.

"Nak teman tak?" Khalif meregangkan badan seketika.

Sudah hampir tiga jam memandu, lenguh habis badan. Lagi-lagi pinggang sebab duduk lama sangat, kepala dipusing kebelakang. Hadi yang sudah mamai bangun masih termenung.

"Tak payah, awak urus Hadi. Bekal saya letak dekat bonet belakang, bagi Hadi makan. " Hanum terus mencabut tali pinggang dan beredar.

Tak tahan nak muntah, tak tahu la sebab duduk kereta lama sangat atau apa. Dia mana pernah jalan jauh-jauh macam ni, kampung pun tak ada.

Khalif turut menanggalkan tali pinggang, lalu bonet dibuka dan bekal yang isterinya sediakan di dalam plastik dibuka.

Dapat dilihat mereka yang lain turut beradu kelelahan, ada yang pergi ke tandas, juga ada yang membeli makanan. Lapar barangkali.

Pintu kereta bahagian belakang dibuka,

"Hadi, nak basuh muka dulu tak sebelum makan?" Badan dibongkok sedikit menyamai paras pintu kereta.

Anak kecil itu hanya mengangguk.

"Okey jom." Tangan Hadi dipimpin ke arah singki yang berada di kedai makan.

Kereta sempat ditinggal dengan keadaan tak berkunci oleh Rais. Member nak ushar katanya.

***

"Penat siot drive." Ujar Kamal.

"Anak kau meragam tak? Baru dua bulan lebih tu." Soal Rais sambil menggigit roti yang dibeli Aisyah.

"Tak la meragam sangat, tapi tengah syok babah dengan momi dia nak berbual. Mula lah nak bunyi, eish!" Muka Kamal jelas tidak puas hati.

"Anak kau, memang perangai kau lah." Khalif menggelengkan kepala.

Tiba-tiba muncul Aisyah dengan wajah cemas.

"Kenapa ni?" Soal Rais risau.

"Hanum."

Membulat mata Khalif, macam mana dia boleh lupa isteri dia tak balik dari tandas lebih setengah jam ni?!

Kalut dia berlari menuju ke tandas perempuan, habis terjerit kaum hawa disitu apabila dia meredah masuk.

"Sorry-sorry, saya cari isteri saya. Dia mengandung." Kaum hawa disitu mula mengerti.

"Khalif?" Terkejut Hanum apabila Khalif berada di tandas wanita.

Biar betul laki dia ni?

"Hanum! Ya Allah, sakit dekat mana? Okey tak ni? Teruk ke muntah? Awak tak jatuhkan?" Bertubi-tubi soalan dari mulut Khalif kerana terlalu risau.

Tangannya memusingkan badan Hanum, melihat kalau ada kesan luka, begitu juga wajah Hanum dipegang dan dibelek.

"Hey, saya okey lah. Awak dah kenapa attack saya ni?" Janggal dan malu apabila makcik-makcik di dalam tandas memandang ke arah mereka.

Hanum tanpa memikir panjang terus menarik tangan Khalif untuk keluar dari tandas wanita.

***

"Kenapa dengan Hanum, sayang?" Soal Rais.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now