31

660 69 6
                                    


(Heather - Conan Gray)

AMARAN! BAB KALI INI HAMBAR

Hari ini adalah ulang tahun Khalif kali ke 25, namun sudah seminggu juga suaminya itu dingin. Pregnancy test sudah diletakkan di dalam kotak kecil, ini hadiah buat Khalif juga buat keluarga kecil mereka.

Hadi sudah diambil oleh abang Harris, sejak kejadian Khalif merayu kepada abang Harris, Hadi mula rapat bersama paklongnya.

Jam ditangan dilihat, kini waktu lunch tiba. Tas tangan diambil sebaik sahaja jubah putih doktornya dicabut. Kereta yang diparking di perkarangan hospital didekati.

Niatnya, mahu mengajak Khalif keluar makan bersama. Biar lelaki itu ditolak, dia akan memaksa sehingga suaminya akur. Sebaik sahaja sampai di syarikat Khalif, Hanum menekan butang lif sambil tersenyum.

"Puan Hanum, nak ajak Encik Khalif lunch ke tu?" Sapa pekerja Khalif.

"Haah, pergi dulu ya?" Pamit Hanum sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Tak sabarnya nak jumpa Khalif. Dilihat meja PA suaminya kosong, mereka ada meeting ke? Tanpa ketukan, pintu pejabat Khalif ditolak.

"Khalif, sup.. rise.." Pandangan yang menyapa membuatkan hatinya tersentak.

"Han.. num." Khalif pantas melepaskan tubuh Kaisara.

***

"Kaisara, bawa masuk fail projek terbaru kita." Ucap Khalif melalui interkom.

Tak lama selepas itu wajah lesu Kaisara bersama fail yang memenuhi tangan wanita itu muncul.

"Tak sehat ke Kaisara?" Risau juga melihat wajah pucat rakannya itu.

"Tak ada apa Khalif." Panggilan mereka yang beranta dan anti sudah diubah.

Khalif berdiri mendekati Kaisara, niat di hati mahu mengambil fail dari tangan wanita itu, namun melihat Kaisara yang terhuyung-hayang, membuatkan dirinya pantas menangkap tubuh itu.

Tap!

Mata beralih ke arah pintu yang dibuka tanpa ketukan.

"Han..num." Pantas tubuh Kaisara dilepaskan.

***

Hanum menghela nafas sesak, mungkin ini bukan yang disangkakan. Positif Hanum, positif!

"Tak apa, Hanum tahu ni salah sangka kan?" Hanum cuba mengukir senyuman.

Khalif menghembus nafas lega, bukan niatnya mahu merapati Kaisara, tetapi wanita itu kelihatan tidak bermaya dan hampir pengsan.

"Saya minta kerja setengah hari boleh Khalif? Saya betul-betul tak boleh teruskan kerja harini. " Pinta Kaisara.

Setelah mendapat anggukan daripada Khalif, Kaisara pantas berlalu namun sempat juga dirinya memohon maaf atas situasi yang tak sepatutnya berlaku sebentar tadi.

"Kenapa datang tiba-tiba?" Soal Khalif sambil matanya sibuk mengemas fail yang jatuh berselerak.

"Hanum nak ajak awak lunch, jom?!" Ajak isterinya teruja.

Sesungguhnya kemarahan terhadap Hanum sudah reda, namun rasa sakit itu masih ada kerana sampai kini Hanum diam tidak memberitahunya apa-apa.

"Saya sibuk." Balas Khalif mendatar.

"Khalif, please?" Rayu Hanum.

"Hanum, jangan paksa saya boleh? Saya busy sangat ni." Tegas Khalif, sempat matanya menatap wajah Hanum tajam.

Sesungguhnya, Khalif sendiri tidak tahu harini hari apa, dan tidak sedar harini adalah hari lahirnya sendiri.

Hana menggenggam erat tas tangannya, tidak nampak kah Khalif bahawa dia sudah membuang egonya? Hanya semata-mata mahu memujuk lelaki itu, walaupun atas kesalahan apa dirinya sendiri tidak pasti.

Romance : Ahmad Khalif ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu