4

682 91 6
                                    


"Jom?" Ajak Qayeed.

Khalif menggeleng kepala, melihat pakaian mereka semua pun boleh buat Khalif menggigil badan, dengan celak hitam, baju hitam seluruh dari kaki hingga ke kepala, rantai melilit di  leher, cincin-cincin tengkorak.

"Tak syok la budak baru tak join!" Keluh Aiman disambut anggukan dari empat orang yang lain.

"Tapi ana takkan pakai baju macam korang semua."

"Boleh, tapi mulai harini jangan ana anta dah dengan orang, kau kene biasakan kau dan aku amacam deal?"

Lama Khalif diam,

"Deal."

Khalif menukar baju kepada t-shirt lengan pendek digabungkan dengan jacket hitam, seluar berwarna coklat cair dipakai.

"Macam budak-budak suci betul muka!" Sindir Asiddiq disambut gelakkan mereka semua.

Qayeed mengunci pintu dorm, sebelum melalui belakang sekolah, Khalif hanya mengikut. Dua buah kereta berjenama dinaiki mereka.

Kereta siapa lagi kalau bukan Qayeed? Tiba di suatu tempat membuatkan Khalif agak tak selesa, dari luar sudah kedengaran bunyi muzik yang rancak dan kuat.

"Aiman, kenapa kita pergi sini? Kan dosa tak boleh.." Panggil Khalif sambil menarik tangan Aiman.

Aiman memutarkan kepala, alah budak ni!

"Kita datang sini nak enjoy, kau faham tak? Takdelah dosa-dosa ni, mengarut! Dah jom!" Aiman menarik tangan Khalif memasuki pusat club itu.

Mereka berenam selalu datang di club setiap hujung minggu selepas maghrib, dan pulang pada paginya, lagi pun cikgu bukan tahu jalan tikus yang diorang lalu nak keluar dari sekolah.

"Qayeed! Bos besar dah datang semua!" Sambut seorang lelaki juga berpakaian seperti mereka.

Rata-rata di dalam itu memakai pakaian seperti Qayeed dan rakan-rakannya.

"Hye hensem, nak minum?" Soal wanita yang hanya mengenakan pakaian ketat ke arahnya.

Khalif menggeleng laju, terasa pehanya dipegang dengan wanita yang agak muda usia,

"U nak tak?" Soal wanita itu menggoda.

Khalif terus bangun dari duduknya, tempat apa ni?! Mengarut! Terus dia keluar dari tempat itu, tak betah berlama.

Rakan-rakannya yang lain semua leka melompat terkinja-kinja macam beruk, Qayeed pulak sibuk melayan wanita, Asiddiq dan Amad sedang berlawan minum, dan Khalif rasa tu air arak?

Khalif membetulkan rambutnya, biarlah dia duduk di luar sini dan menunggu rakannya di dalam.

***

Hanum dan Dee berjalan gembira selepas dapat membeli makanan mereka di kedai runcit, walau agak jauh dari asrama, tapi dah pengetua bagi.

"Hari tu Hanum, aku nampak Qayeed dengan budak-budak dia melepak dekat club depan tu, tak padan nak spm!"

Hanum hanya tersenyum, lalu mata melihat club yang ditunjukkan oleh Dee, club berjenama dan terkenal, Qayeed pulak anak keturunan Arab, bapanya Syed, tak hairan punya wang yang banyak.

Sedang dia melihat suasana club itu mata dapat menangkap susuk lelaki yang sedang duduk bercangkung di depan club.

Terus tangan Dee ditarik menghampiri club tersebut.

"Weyh Hanum, kau jangan tergoda dengan club! Dosa Hanum! Dosaa!" Jerit Dee apabila tangan ditarik mendadak.

"Hanum! Kau nak mati ke? Asal kita dekat depan club ni! Nanti kalau maknyah tarik macam mana Hanum?!" Takut Dee.

Seram kot! Hanum hanya memperdulikan Dee yang bising disebelahnya, sticky note dan pen di dalam poket dikeluarkan lalu ditulis sesuatu.

***

Khalif yang perasan seolah ada bayangan di hadapan mengangkat kepala dari tertunduk.

"Hanum?!" Soal Khalif terkejut.

Takkan...

"Woo.. bro aku dengan Hanum bukan jenis budak club eh!" Suara Dee apabila melihat wajah Khalif yang mula nak berfikir negatif.

Hanum menghulurkan sticky note kepada Khalif, Khalif hanya menyambut dan membaca.

"Asal kau dekat sini?"

Khalif menghembus nafasnya.

"Qayeed dengan kawan dia ajak, saya ikut je lah."

"Baru sehari kau masuk sekolah tu, dah follow je diorang?! Qayeed ni pun satu, budak baru je semua di sebat!"

Bebel Dee panjang lebar namun Hanum membuat isyarat diam apabila melihat beberapa pengunjung di situ mula terganggu dengan suara nyaring Dee.

Hanum menulis sesuatu di sticky note sebelum diberi kepada Khalif.

"Kalau nak balik, ikut aku dengan Dee."

Khalif laju mengangguk, baik dia balik dan tidur! Dari di sini, macam menempah neraka.

Khalif terus berdiri dan ikut Hanum dan Dee berjalan pulang ke asrama.

***

"Khalif takde!" Ucap Paan cemas.

Qayeed berdecit geram, bodoh punya budak baru.

"Balik, aku ada hadiah untuk budak baru tu, berani dia blah."

Semua hanya mengangguk dan mengikut Qayeed berjalan ke dalam kereta, sampai sahaja di asrama tubuh Khalif yang sedang tidur terus ditendang.

"Apa ni?" Soal Khalif tersentak. Tengah sedap tidur tiba-tiba kene tendang, siapa tak marah?

"Asal kau balik tak bagitahu kita orang?!" Tengking Qayeed.

Khalif menarik nafas, tak suka betul ditengking sebegini.

"Ana... Saya balik sebab saya tak selesa, tempat tu tak bagus, saya tak nak ikut lagi pergi situ lepas ni."

Tanpa amaran wajahnya ditumbuk oleh Qayeed.

"Aku."

"Tuan."

"Kau."

Khalif meneguk air liur, apa yang Qayeed mengarut ni?

"Apa awak ni? Tumbuk saya."

"Mulai harini, apa yang aku suruh kau kene buat." Ucap Qayeed sebelum beredar.

Khalif masih memegang pipinya yang terasa sakit, kenapa dia kena dengar cakap Qayeed? Qayeed bukan tuhan.

Tiba-tiba ada baju dan seluar hitam dilempar kepadanya.

"Mulai esok, kalau kita keluar ke apa, kau kene pakai macam kita orang."

Dalam kepelikkan tetap Khalif mengangguk, dari dia dibelasah baik dia iyakan. Tanpa sedar, Khalif bukan lagi Khalif.

Qayeed sempat tersenyum sinis di hadapan pintu dorm, mulai hari ni Khalif adalah budaknya, sekali dia sudah membuat keputusan, takkan dapat diundur.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now