5

681 85 9
                                    


"Sakit abang... Adik tak nak!"

Terus tubuh itu bangun secara duduk tiba-tiba, peluh yang keluar di sekitar dahi di lap pantas.

Locker yang menempatkan pakaian serta alat peribadi pantas dibuka, sepapan pil yang diselit di bawah baju diambil, botol air dicapai lalu diteguk rakus.

"Hanum?" Soal rakan dari satu dormnya, mungkin terjaga sebab bunyi locker bising.

Dirinya cepat-cepat menutup locker sebelum baring semula di atas katil dan menutup seluruh tubuh. Kawal Hanum, kawal.

Air mata yang ditahan menitis jua, tangan meramas kuat, dia tak mahu ingat. Kesakitan yang tiada tandingnya.

***

"Hanum, asal mata kau bengkak?" Soal Dee disebelah sambil membuka plastik coklat yang dibeli di kedai runcit kelmarin.

Hanum hanya menggeleng, maaf Dee bukan niat aku nak palau kau. Lama Dee memerhatinya.

"Takpelah kalau macam tu, tapi nanti kalau kau rasa nak story atau nak buat karangan bagi aku baca, aku sanggup hulur bahu aku yang cantik ni." Hanum hanya mengangguk.

Sedang leka mata melihat sekeliling, matanya terpaut pada seseorang yang sedang duduk sendiri sambil memegang Al-Quran namun seolah mahu pitam?

Pantas Hanum mendekati.

"Eh Hanum! Aish dia ni kan!" Dee melajukan langkah ke arah Hanum.

Sampai sahaja di hadapan lelaki tersebut, Hanum mengeluarkan pen lalu di cocok bahu tersebut.

Perlahan-lahan wajah itu mengangkat muka.

"Hanum?"

Hanum segera menutup mulutnya, kenapa bau mulut Khalif ni? Bau yang tajam menusuk sehingga meloyakan!

"We Hanum, agak ah nak ting.. busuk siot!" Dee menutup hidung cepat-cepat.

Mata Dee jatuh kepada wajah Khalif yang seakan khayal, jangan cakap lelaki ni..

"Kau mabuk ke Khalif?!!!"

***

Hembusan rokok dilepaskan ke udara, siapa suruh lawan cakap aku, Qayeed tersenyum sinis.

Orang boleh cakap aku setan, aku bodoh, aku tak guna, aku memang sial terusla kutuk.

"Macam aku kesah?" Ucapnya sendiri tak ubah seperti seorang yang gila.

Teringat kejadian pagi tadi saat..

"Khalif, malam ni aku nak kau jumpa sorang lelaki, dan bagi barang ni dekat dia." Sampul berwarna coklat dihulurkan.

"Dalam ni ada apa?" Soal Khalif pelik.

"Barang,kira kau cod kan la nanti kau dapat upah."

"Saya tak nak la, saya datang sini nak sekolah bukan kerja." Khalif menghulur kembali sampul tersebut ke tangan Qayeed.

Qayeed mendengus geram, sampul diambil lalu di letakkan di atas meja, tanpa amaran terus wajah Khalif ditumbuk.

"Aku dah cakap kan?! Apa aku suruh kau kene buat!!" Tengking Qayeed kuat sebelum meludah di wajah Khalif.

Melihat Khalif masih berdiam diri membuatkan Qayeed mengambil sebotol arak di atas meja lalu dituangkan ke mulut Khalif secara paksa.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now